Sukhothai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
สุโขทัย
Sukhothai
Peta Thailand menunjukkan Sukhothai
Statistik
Keluasan (km²) 6,596.1
Jumlah penduduk 593,264 (tahun 2000)
Kepadatan (orang/km²) 90

Sukhothai (Bahasa Thai: สุโขทัย) ialah salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di Thailand utara. Provinsi-provinsi yang berjiran termasuk (dari hala utara ikut jam) adalah Phrae, Uttaradit, Phitsanulok, Kamphaeng Phet, Tak, dan Lampang.

Sukhothai boleh diterjemahkan sebagai Subuh Kebahagiaan.


Geografi[sunting | sunting sumber]

Sukhothai terletak di lembah Sungai Yom. Taman Negara Ramkhamhaeng di bahagian selatan wilayah ini dan Sri Satchanalai di bahagian barat laut melindungi kawasan-kawasan hutan yang bergunung-ganang di wilayah ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Wilayah Sukhothai termasyhur kerana bandar raya Sukhothai, bandar raya bersejarahnya yang merupakan ibu kota Kemaharajaan Sukhothai. Bandar raya Sukhothai terletak lebih kurang 12 kilometer dari bandar raya Sukhothai Baru yang moden. Tidak jauh dari bandar raya Sukhothai ialah Taman bersejarah Si Satchanalai, kota kedua daripada zaman yang sama.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Mohor wilayah menunjukkan Raja Ramkhamhaeng Agung duduk di atas singgahsana Managkhasila Asana. Di bawah pemerintahan Raja Ramkhamhaeng, kemaharajaan Sukhothai paling berkembang maju.

Pokok wilayah Sukhothai ialah Afzelia xylocarpa, manakala bunga wilayah ialah bunga teratai (Nymphaea lotus).

Daerah pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Amphoe

Wilayah Sukhothai dibahagikan kepada 9 buah daerah (Amphoe) yang dibahagikan pula kepada 86 buah komun (tambon) dan 782 buah desa (muban).

  1. Mueang Sukhothai
  2. Ban Dan Lan Hoi
  3. Khiri Mat
  4. Kong Krailat
  5. Si Satchanalai
  1. Si Samrong
  2. Sawankhalok
  3. Si Nakhon
  4. Thung Saliam


Pautan luar[sunting | sunting sumber]