Wilayah Songkhla
Singgora สงขลา | ||
---|---|---|
![]() | ||
| ||
![]() Map of Thailand highlighting Songkhla Province | ||
Negara | ![]() | |
Ibu kota | Songkhla | |
Kerajaan | ||
• Gabenor | Kritsada Bunrat | |
Keluasan | ||
• Jumlah | 7,393.9 km2 (2,854.8 batu persegi) | |
Kedudukan keluasan | Ke-26 | |
Penduduk (2011) | ||
• Jumlah | 1,367,010 | |
• Kedudukan | Ke-11 | |
• Kepadatan | 179.2/km2 (464/batu persegi) | |
• Kedudukan kepadatan | Ke-14 | |
Zon waktu | UTC+7 (Waktu di Thailand) | |
Kod ISO 3166 | TH-90 |
Songkhla (Bahasa Thai: สงขลา, disebut [sǒŋ.kʰlǎː]) ataupun Singgora merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang berdekatan adalah Satun, Phatthalung, Nakhon Si Thammarat, Pattani dan Yala. Di bahagian selatan Songkhla bersempadan dengan Malaysia.
Berbeza dengan kebanyakan wilayah lain, ibu kota, Songkhla bukanlah bandar terbesar dalam wilayah itu. Bandar yang lebih baru Hat Yai, yang mempunyai populasi seramai 359,813 orang, dianggap lebih besar, dua kali lebih banyak daripada populasi Songkhla (163,072). Ini sering membawa salah tanggapan bahawa Hat Yai adalah ibu kota wilayah.
Isi kandungan
Geografi[sunting | sunting sumber]
Wilayah ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu dan berpantai dengan Teluk Thailand. Tempat paling tinggi adalah Khao Mai Kaeo dengan 821 meter.
Di utara wilayah ini terletak Tasik Songkhla, tasik semula jadi terbesar di Thailand. Tasik ini berkeluasan 1,040 km². Dua taman negara terketak dalam wilayah ini. San Kala Khiri meliputi 214 km² tanah tinggi pergunungan di sempadan Thai-Melayu; Khao Nam Khang, juga terletak di kawasan pergunungan.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Nama Songkhla sebenarnya adalah dari perkataan Thai Singgora (Jawi: سيڠڬورا); nama asalnya bermaksud kota singa dalam Bahasa Melayu. Ini merujuk kepada sebuah gunung berbentuk singa berdekatan kota Songkhla.
Demografi[sunting | sunting sumber]
Majoriti penduduk Songkhla beragama Buddha, kebanyakannya orang Thai atau Cina Thai.[1] Kira-kira satu perempat daripada penduduk adalah Muslim.[2]
Simbol[sunting | sunting sumber]
Lamabang wilayah Songkhla memaparkan kulit kerang di atas Phan (dulang) dengan hiasan kaca.
Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Songkhla dibahagikan kepada 16 daerah (amphoe), daerah-daerah ini pula dibahagi lagi kepada 127 sub daerah (tambon) dan 987 kampung (muban).
|
|
Peta Nombor Nama Thai Melayu Amphoe Yala.svg 1 Mueang Yala เมืองยะลา Jala, Jolor 2 Betong เบตง Betung 3 Bannang Sata บันนังสตา Benang Setar 4 Than To ธารโต Air Kedung 5 Yaha ยะหา Johar 6 Raman รามัน Reman 7 Kabang กาบัง Kabae, Kabe 8 Krong Pinang กรงปินัง Kampung Pinang
Nota[sunting | sunting sumber]
- ^ Geoffrey Benjamin, Cynthia Chou. Tribal Communities in the Malay World. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 80. ISBN 981-230-166-6.
- ^ Kobkua Suwannathat-Pian. The Historical Development of Thai-Speaking Muslim Communities in Southern Thailand and Northern Malaysia. Civility and Savagery: Social Identity in Tai States. Routledge. m/s. 173. ISBN 0-7007-1173-2.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Stargardt, Janice (2001), "Behind the shadows: Archaeological data on two-way sea trade between Quanzhou and Satingpra, south Thailand, 10th-14th century", dalam Schottenhammer, Angela, The emporium of the world: maritime Quanzhou, 1000-1400, Volume 49 of Sinica Leidensia, Brill, m/s. 309–393, ISBN 90-04-11773-3
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Halaman wilayah daripada Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand
- Laman web wilayah
- Peta wilayah Songkhla, jata dan cop pos
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() | ||
![]() ![]() | ||||
![]() | ||||
![]() |
![]() |
![]() |