Suku-suku Minangkabau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masyarakat etnik Minangkabau yang datang dari kawasan barat pulau Sumatera dibahagikan kepada sebilangan suku-sakat. Kedudukan dan keberadaan sesebuah suku ini pada awalnya kemungkinan ditentukan oleh raja kerajaan Pagaruyung yang memerintah ke atas orang Minang.[1]

Imigrasi beramai-ramai orang Minangkabau menyebar luas dari Sumatera Barat telah memunculkan suku-suku pecahan luar dari yang ada dalam ranah Minang itu sendiri.

Suku utama di Ranah Darek[sunting | sunting sumber]

Menurut tambo alam Minangkabau, pada masa awal pembentukan budaya Minangkabau oleh Datuk Ketumanggungan dan Datuk Perpatih Nan Sebatang, hanya ada empat suku awal yang dijadikan nama dari dua "kelarasan" (lareh) yang bertindak sebagai sistem kekuasaan adat perpatih teras budaya. Suku-suku tersebut adalah:[1][2]

Lareh Suku Asal nama
Koto-Piliang Suku Koto kotto (kota): "benteng" atau "kubu"
Suku Piliang pilih + hyang: "pilihan tuhan"
Bodi Caniago Suku Bodi bodhi: "orang yang terbangun/mendapat petunjuk"[3]
Suku Caniago chana + ago: "sesuatu yang berharga"

Dua-dua lareh ini mempunyai cara pentadbiran yang berbeza: Kelarasan Koto Piliang cenderung menganut sistem mirip suatu kelas bangsawan sedangkan Kelarasan Bodi Caniago menganut sistem konfederasi.

Suku di Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Penghijrahan orang-orang Minang ke kawasan Semenanjung Melayu yang di bawah kekuasaan Kesultanan Johor mewujudkan kampung atau nagari sendiri kemudiannya terlahirnya Negeri Sembilan. Asas lareh-lareh yang ada disatukan dalam satu adat tergabung untuk aturan suku-suku baharu di negeri ini dikenali sebagai Adat Alam Minangkabau atau Adat Tuah Disakato.[4]

Sebanyak 12 suku kesemuanya yang ada di Negeri Sembilan iaitu:[5]

  1. Tanah Datar (Tanah Data)
  2. Batu Hampar (Tompar)
  3. Seri Lemak (Solomak)
  4. Anak Melaka
  5. Mungkal
  6. Payakumbuh
  7. Seri Melenggang (Simalenggan)
  8. Tigo Batu
  9. Tigo Nenek (Tigo Niniak)
  10. Anak Aceh - Suku Anak Acheh pula bukan berasal daripada nama kampung di Minangkabau tetapi dipercayai diberi nama menghormati seorang pemimpin agama yang berasal dari Acheh.
  11. Batu Belang
  12. Biduanda (Biduando / Dondo)

Sebahagian suku-suku ini diberikan nama sempena luak-luak asal mereka di Sumatera Barat.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Batuah, A. Dt. & Madjoindo, A. Dt., (1959), Tambo Minangkabau dan Adatnya, Jakarta: Balai Pustaka.
  2. ^ Suku dalam Etnis Minangkabau
  3. ^ Soekmono, R., (2002), Pengantar sejarah kebudayaan Indonesia 2, Yogyakarta: Penerbit Karnisius, ISBN 978-979-413-290-6
  4. ^ "Informasi Negeri: Adat Perpatih". ns.gov.my. Kerajaan Negeri Sembilan. 15 September 2021.
  5. ^ Ibrahim Abdullah (1990). "Struktur Suku di Rembau". Dalam Norazit Selat (penyunting). Negeri Sembilan: dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, Muzium Negara.
  6. ^ Mohd Hisa Tahat (1987). "Sejarah hubungan Minangkabau dengan Negeri Sembilan". Warisan. Persatuan Sejarah Malaysia (12): 94–99 – melalui Institut Tamadun dan Alam Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.