Suku Biduanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Suku Biduanda (juga disebut Dondo[1]) merupakan salah satu dari 12 suku Minangkabau yang menduduki Negeri Sembilan sejak abad ke-15. Ia merupakan suku tertua yang diasaskan dari masyarakat ini hasil perkahwinan campur antara orang-orang Minang dengan penduduk asli setempat yakni orang-orang Sakai dan Jakun.[2]

Suku ini terbahagi lagi kepada 2 "perut" iaitu:

  1. Biduanda Di Air: perut mempunyai pertalian langsung datang dari Sumatera. Perut ini adalah suku yang layak menjawat jawatan Undang atau Penghulu dalam luak-luak adat.
  2. Biduanda Di Darat: perut golongan penduduk asal iaitu golongan orang asli yang sedia ada di Negeri Sembilan ketika itu seperti etnik orang-orang Semang, Sakai dan Jakun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Adat Perpatih Masyarakat dan Perubahan" (PDF). Pusat Rujukan Sehenti Penyelidikan Alam Melayu. Dicapai pada 16 September 2021.
  2. ^ Mohd Hisa Tahat (1987). "Sejarah hubungan Minangkabau dengan Negeri Sembilan". Warisan. Persatuan Sejarah Malaysia (12): 94–99 – melalui Institut Tamadun dan Alam Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.