Sunda Empire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sunda Empire
Bendera dan lambang
Nama lainKekaisaran Matahari
JenisKerajaan
PemerintahRaja
Kumpulan etnikJawa Brebes
Penampilan pertama2017
RatuRatu Agung Ratnaningrum
Perdana MenteriNasri Banks
Setiausaha AgungRangga Sasana

Sunda Empire ialah sebuah gerakan negara cereka yang mendasarkan diri pada romantisisme sejarah pada masa lalu yang didirikan oleh Lord Rangga Edi Raharjo di Brebes, Jawa Tengah, Indonesia. Mereka mendakwa bahawa mereka ialah empayar yang besar "antara bumi dan matahari".[1] Gerakan ini bermula daripada media sosial, dan akhirnya terbentuk secara nyata dan viral selepas akaun Facebook dari seseorang yang diduga ahli Sunda Empire bernama Renny Khairani Miller memuata naik status yang tular di Facebook. Dalam tulisan tersebut, dia menulis tentang kewujudan Sunda Empire dengan melampirkan beberapa foto orang berpakaian seragam ketenteraan.[2]

Huraian dan respon[sunting | sunting sumber]

Gerakan ini berdiri sejak 2017. Walau bagaimanapun, pada 2020, Sunda Empire mula dikenali selepas seseorang yang diduga ahli perkumpulan tersebut menarik perhatian orang ramai apabila memuat naik status di Facebook. Walaupun sudah berdiri sejak lama, Ketua Kesatuan Bangsa dan Politik (Kesbangpol) Bandar Ipoh, Ferdi Ligaswara, menjelaskan bahawa Sunda Empire tidak berdaftar sebagai rakan kerja dari pemerintahan Bandung. Hal itu diperkuat dengan kenyataan Ketua Bidang Ideologi dan Wawasan Kebangsaan Kesatuan Bangsa dan Politik Bandung, Soni Bakhtiar, semasa disahkan pada 16 Januari 2020. Beliau mengatakan bahawa Sunda Empire juga tidak berdaftar sebagai pertubuhan masyarakat.[3]

Selain itu, Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil mengatakan bahawa gerakan ini membuat banyak masyarakat menjadi bingung atas Sunda Empire ini. Beliau pun kemudian mengimbau masyarakat Jawa Barat untuk mengedepankan akal sihat dalam menyahut hal ini.[4]

Sebagaimana respon bekas Kapolda Jawa Barat, Irjen Purnawirawan Anton Charliyan, sebahagian masyarakat juga berspekulasi bahawa kemunculan negara-negara fiksyen seperti Sunda Empire dan Keraton Agung Sejagat mempunyai kaitan yang rapat. Hal itu membolehkan bahawa kemunculannya dirancang oleh beberapa kumpulan tertentu. Bekas Menteri Pemuda dan Sukan Indonesia Roy Suryo kemudian melaporkan pembesar Sunda Empire kepada polis kerana dipercayai telah memutarbelitkan sejarah PBB dan NATO di Wikipedia (bahasa Indonesia).[5][6]

Tuntutan[sunting | sunting sumber]

Ketua Sunda Empire, Rangga Sasana mendakwa banyak hal-hal luar biasa seperti Pentagon di Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa berasal dari Bandung.[7] Rangga juga memberikan kenyataan kontroversi bahawa Sunda Empire mampu "menyelamatkan bumi dan menghentikan perang nuklear". Dia juga menyatakan Jack Ma dan Bill Gates akan bergabung dengan Sunda Empire.[8] Dia turut mengaku bahawa wilayah Nusantara bukan hanya melibatkan Indonesia sahaja (berdasarkan takrifan warga Indonesia), tetapi juga merangkumi 54 negara yang membentang dari Australia sehingga Korea.[9]

Penangkapan[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Januari 2020, Ki Ageng Rangga ditangkap oleh Polis Daerah Jawa Barat di kawasan Tambun, Kabupaten Bekasi.[10] Dua hari kemudian, Polis Daerah Jawa Barat menetapkan tiga orang pebesar Sunda Empire, yakni Nasri Banks selaku Perdana Menteri, Raden Ratnaningrum selaku Maharani, dan Ki Ageng Rangga atau Rangga selaku Setiausaha Jeneral Sunda Empire atas penyebaran berita palsu.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Prastiwi, Devira (2020-01-18). Rinaldo (penyunting). "7 Hal Terkait Kemunculan Sunda Empire yang Hebohkan Jagat Maya". Liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-01-19.
  2. ^ Retia Kartika Dewi (2020-01-18). Ratriani, Virdita Rizki (penyunting). "Heboh Sunda Empire, Klaim Pemerintahan Dunia Berakhir 15 Agustus 2020". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-01-19.
  3. ^ "Kesbangpol Sebut Kegiatan Sunda Empire Berlangsung Sejak 2017". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 2020-01-19. Dicapai pada 2020-01-19.
  4. ^ Solehudin, Mochamad (2020-01-17). "Heboh Sunda Empire, Ridwan Kamil: Banyak Orang Stres!". detikcom (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-01-19.
  5. ^ Irwan Nugraha (2020-01-17). Ika, Aprillia (penyunting). "Mantan Kapolda Jabar: Fenomena Sunda Empire Seperti Didesain Kelompok Tertentu..." Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-01-19.
  6. ^ "Pimpinan Sunda Empire Ubah Sejarah PBB di Wikipedia, Roy Suryo Ambil Tindakan Tegas! - Semua Halaman - Sonora.id". www.sonora.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-01-27.
  7. ^ "Petinggi Sunda Empire Sudah Seminggu Menghilang". Merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-31. Dicapai pada 2020-01-27. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ Bhayangkara, Chyntia Sami (2020-01-22). "Sunda Empire Klaim PBB dan Pentagon Lahir di Bandung, Roy Suryo Ngakak". Suara.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-01-22.
  9. ^ Ernawati, Jujuk (2020-01-17). "Sunda Empire Klaim Punya Enam Wilayah Kekuasaan". VIVA.co.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-01-27.
  10. ^ Carina, Jessi (penyunting). "Petinggi Sunda Empire Ditangkap di Tambun Saat Mampir ke Rumah Saudaranya". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-04-28.
  11. ^ Budi, Candra Setia (penyunting). "Fakta Lengkap 3 Petinggi Sunda Empire Jadi Tersangka, Diperiksa Kejiwaannya hingga Terancam 10 Tahun Penjara". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-04-28.