Sungai Bakakang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Bakakang
Sungei Bakakang, Sungai/Sungei Bekakang
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 1.12 km (0.70 bt) ke timur laut dari Rumah Jimbai, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 80 dan 100 meter (262.5 dan 328.1 ka)
MuaraSungai Selangau 
 • lokasi
Rumah Janting, Daerah Selangau
 • koordinat
2°27′38″N 112°26′51″E / 2.46068°N 112.44761°E / 2.46068; 112.44761Koordinat: 2°27′38″N 112°26′51″E / 2.46068°N 112.44761°E / 2.46068; 112.44761
 • ketinggian
di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka)
Panjang1.68 kilometer (1.0 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Selangau → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Peta topografiJUPEM Selangau (DNMM5201)
JUPEM Nanga Arau (MY512A)

Sungai Bakakang (Jawi: سوڠاي باكاكڠ) merupakan sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[4] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Bakakang telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 29 Julai 2023. Pengenal pasti Sungai Bakakang dalam GeoNames ialah 12547385.[5] Nama lain bagi Sungai Bakakang yang dicatatkan ialah Sungei Bakakang, Sungai Bekakang dan Sungei Bekakang.[5]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Bakakang berpunca di kawasan perhutanan di Hutan Simpan Selangau dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu lebih kurang 1.12 kilometer (0.7 bt) ke bahagian timur laut dari petempatan manusia terhampir iaitu Rumah Jimbai. Aliran air Sungai Bakakang adalah menuju ke arah barat laut di peringkat hulu, kemudian berkelok ke barat daya untuk menghampiri penamat. Setibanya di penamatnya, Sungai Bakakang akan membuat pertemuan dengan Sungai Selangau dan terus mengalir ke Batang Mukah. Pertemuan dua sungai ini terletak sangat hampir dengan Rumah Janting.[1][2]

Sungai Bakakang mengalir sepanjang kira-kira 1.68 kilometer (1.0 bt) dari punca ke muaranya di Sungai Selangau. Punca bagi Sungai Bakakang terletak di ketinggian di antara 80 dan 100 meter (262.5 dan 328.1 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Bakakang pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Bakakang merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3][4] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Selangau terletak di antara Sungai Merau dan Sungai Baloh.[2][5]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Bakakang.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Bakakang telah dilitupi dengan kawasan perhutanan sekunder yang tebal. Terdapat juga beberapa petempatan manusia yang dibina dan kawasan pertanian pindah di lembah Sungai Bakakang.[6] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Bakakang ialah Rumah Janting, Rumah Merayang, dan Rumah Jimbai.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Merau, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Baloh, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2006). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Selangau (187)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  5. ^ a b c d "Sungai Bakakang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 29 Julai 2023. Dicapai pada 29 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.