Sungai Terangku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Terangku
Sungei Terangku, Sg. Terangku, Sungai Trangku, Sungei Trangku
Sungai Terangku is located in Bumi
Sungai Terangku
Sungai Terangku (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Jatan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 180 dan 200 meter (590.6 dan 656.2 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 500 meter ke arah timur dari Rumah Angga, Daerah Selangau
 • koordinat
2°20′24″N 112°27′36″E / 2.34008°N 112.45989°E / 2.34008; 112.45989Koordinat: 2°20′24″N 112°27′36″E / 2.34008°N 112.45989°E / 2.34008; 112.45989
 • ketinggian
di antara 45 dan 55 meter (147.6 dan 180.4 ka)
Panjang2.96 kilometer (1.8 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Terangku (Jawi: سوڠاي ترڠكو) atau Sungai Trangku ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Terangku merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Terangku yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Terangku dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Terangku yang telah direkodkan terletak di 2°20′N 112°27′E / 2.333°N 112.450°E / 2.333; 112.450 (Sungai Terangku).[5][6] Sungai Terangku dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1740030.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Terangku berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di Bukit Jatan, kira-kira 2.16 kilometer (1.3 bt) ke arah timur laut dari Rumah Angga dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Terangku terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills yang juga berdekatan dengan sumber bagi Sungai Setapang dan Sungai Selabi. Sungai Terangku mengalir ke arah selatan sepanjang satu kilometer, kemudian melengkung sedikit ke tenggara untuk menghampiri muaranya. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Terangku dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 500 meter ke arah timur dari Rumah Angga.[1][2]

Sungai Terangku mengalir sepanjang kira-kira 2.96 kilometer (1.8 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Terangku terletak di ketinggian di antara 180 dan 200 meter (590.6 dan 656.2 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Sebaya pula terletak di ketinggian di antara 45 dan 55 meter (147.6 dan 180.4 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Terangku merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Rusa dan Sungai Dap.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Terangku.[7] Kawasan lembah Sungai Terangku dilitupi dengan kawasan perhutanan yang agak tebal.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Terangku ialah Rumah Angga dan Rumah Pengarah.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Terangku mempunyai sebatang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Rusa, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Dap, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Terangku, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.