Sungai Kara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Kara
Sungei Kara, Sungai/Sungei Karah
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 2.90 km (1.80 bt) ke barat daya dari Rumah Pasang, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 140 dan 160 meter (459.3 dan 524.9 ka)
MuaraSungai Selangau 
 • lokasi
kira-kira 0.79 km (0.49 bt) ke tenggara dari Rumah Jimbai, Daerah Selangau
 • koordinat
2°27′21″N 112°27′17″E / 2.45582°N 112.45461°E / 2.45582; 112.45461Koordinat: 2°27′21″N 112°27′17″E / 2.45582°N 112.45461°E / 2.45582; 112.45461
 • ketinggian
di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka)
Panjang2.65 kilometer (1.6 bt)[1][2][3]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Selangau → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[4][5]
Peta topografiJUPEM Selangau dan Batu 36 Ulu Oya (DNMM5201)
JUPEM Nanga Arau (MY512A)

Sungai Kara (Jawi: سوڠاي كارا) merupakan sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][6] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[5] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Kara telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994. Pengenal pasti Sungai Kara dalam GeoNames ialah 1761929.[6] Nama lain bagi Sungai Kara yang dicatatkan ialah Sungei Kara, Sungai Karah dan Sungei Karah.[6]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Kara berpunca di kawasan perhutanan di Hutan Simpan Mukah Hills dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu lebih kurang 2.90 kilometer (1.8 bt) ke bahagian barat daya dari petempatan manusia yang terhampir iaitu Rumah Pasang. Punca untuk Sungai Kara juga berhampiran dengan puncak Bukit Jatan dan peringkat hulu Sungai Merau.[1][3] Sungai ini secara keseluruhanya bakal mengalir ke arah utara dengan beberapa likuan sungai yang terbentuk untuk menuju ke penamatnya. Setibanya di penamatnya, Sungai Kara akan membuat pertemuan dengan Sungai Selangau dan terus mengalir ke Batang Mukah. Pertemuan ini terletak lebih kurang 0.79 km (0.49 bt) ke bahagian tenggara dari Rumah Jimbai.[1][2]

Sungai Kara mengalir sepanjang kira-kira 2.65 kilometer (1.6 bt) dari punca ke muaranya di Sungai Selangau. Punca bagi Sungai Kara terletak di ketinggian di antara 140 dan 160 meter (459.3 dan 524.9 ka) dari atas paras laut,[1][3] manakala muara sungai bagi Sungai Kara pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Kara merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[4][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Selangau terletak di antara Sungai Baloh dan Sungai Tunggah.[2][6]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Kara.[7] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Kara telah dilitupi dengan kawasan perhutanan sekunder yang tebal. Terdapat juga beberapa petempatan manusia yang dibina dan kawasan pertanian pindah di lembah Sungai Kara.[7] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Kara ialah Rumah Janting, Rumah Merayang, dan Rumah Jimbai.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Baloh, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Tunggah, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2006). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Selangau (187)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b c Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2003). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Batu 36 Ulu Oya (202)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  4. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  5. ^ a b c Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  6. ^ a b c d "Sungai Kara, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.