Sungai Melano Kechil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Melano Kechil
Sungei Melano Kechil, Sungai Milano Kechil
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianKuching
DaerahLundu
Daerah kecilSematan
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikawasan belukar dan rumput di tenggara Kampung Teluk Melano
 • ketinggian10 meter (32.8 ka)
MuaraLaut China Selatan 
 • lokasi
Teluk Melano di Kampung Teluk Melano
 • koordinat
2°00′22″N 109°38′50″E / 2.00603°N 109.64716°E / 2.00603; 109.64716Koordinat: 2°00′22″N 109°38′50″E / 2.00603°N 109.64716°E / 2.00603; 109.64716
 • ketinggian
0 meter (0.0 ka)
Panjang512 meter (0.5 km)[1][2]

Sungai Melano Kechil (Jawi: سوڠاي ملانو كچيل; juga dikenali sebagai Sungei Melano Kechil dan Sungai Milano Kechil) merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Lundu, iaitu salah satu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai Melano Kechil secara pentadbirannya merupakan sungai dalam Bahagian Kuching, iaitu bahagian di barat daya negeri Sarawak.[3][4][5] Ia terletak kira-kira 900 kilometer (559.2 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Sungai Melano Kechil telah didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Melano Kechil yang direkodkan terletak di 2°00′N 109°39′E / 2.000°N 109.650°E / 2.000; 109.650 (Sungai Melano Kechil).[5][6]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Melano Kechil berpunca di kawasan belukar dan rumput menghijau di tenggara kawasan perkampungan kecil di pesisiran pantai iaitu Kampung Teluk Melano (atau Kampung Telok Melano). Ketinggian sumber bagi Sungai Melano Kechil ialah 10 meter (32.8 ka) dari paras laut. Pergerakan sungai ini akan menuju ke arah barat laut. Sebatang cabang jalan raya dari Lebuhraya Pan Borneo akan merentasi Sungai Melano Kechil, lalu sungai ini akan menelusuri kawasan Sekolah Kebangsaan Telok Melano dan Masjid Nurul Naim Kampung Teluk Manado. Sungai ini akan melengkung dan tiba di muara sungai di Teluk Melano (atau Telok Melano), iaitu bentuk muka bumi jenis teluk di Laut China Selatan, di ketinggian 0 meter (0.0 ka) dari paras laut.[1][2][4] Sungai Melano Kechil mempunyai panjang anggaran sebanyak 512 meter (0.5 km).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Melano Kechil merupakan salah satu sungai yang bermuara di Laut China Selatan.[1][2] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Melano Kechil, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[7] Kawasan lembah Sungai Melano Kechil dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][7]

Meteorologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan lembah sungai Sungai Melano Kechil ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di lembah sungai Sungai Melano Kechil untuk jangka tahun 1990–2010 ialah 26.8 °C (80.2 °F). Dalam rekod, bulan yang paling panas dalam tahun 1990–2010 ialah Ogos dengan suhu mencecah 27.3 °C (81.1 °F) dan bulan paling sejuk ialah Januari dengan suhu 26.0 °C (78.8 °F).[8] Purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah sebanyak 3,294.4 milimeter (129.7 in) pertahunnya. Bulan Januari merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 552.9 milimeter (21.8 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Ogos dengan 159.1 milimeter (6.3 in).[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1997). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar 213 (Kampung Telok Melano).
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  4. ^ a b "Sungai Melano Kechil, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ a b U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia, Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  8. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.