Susan Sontag

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Susan Sontag
Info kelahiran(1933-01-16)16 Januari 1933
New York, Amerika Syarikat
KematianDisember 28, 2004
PekerjaanPenulis, cendiakawan, pembikin filem
WarganegaraAmerika Syarikat Amerika Syarikat
GenreFiksyen, esei, novel
Pencapaian ketaraAgainst Interpretation, On Photography
PasanganPhillip Reiff (1950-1959) Annie Leibovitz (1989-2004)
Laman sesawang
http://www.susansontag.com/index.shtml


Susan Sontag (16 Januari 1933 - 28 Disember 2004) merupakan cendiakawan, penulis novel, and pembikin filem dari Amerika Syarikat. Beliau juga terkenal sebagai akitivis politik dan untuk esei-eseinya, terutamanya karyanya "Notes on Camp" (1964) dan bukunya On Photography (1977).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Susan Sontag dilahirkan di bandaraya New York dan membesar di Tucson, Arizona, Amerika Syarikat. Beliau mendapat pendidikan menengah di Los Angeles, California sebelum melanjutkan pendidikannya di Universiti California di Berkeley dan kemudiannya di Universiti Chicago dalam bidang falsafah, sejarah tamadun awal, dan sastera.[1] Sewaktu menuntut di Chicago, Susan Sontag giat mempelajari karya falsafah Jerman. Selepas dianugerahkan ijazah Sarjana dalam bidang falsafah, beliau melanjut ke peringkat Doktor Falsafah dengan kajiannya dalam metafizik, falsafah Yunani, dan teologi di Universiti Harvard.

Keluarga dan butiran peribadi[sunting | sunting sumber]

Sewaktu umurnya masih 17 tahun, Susan Sontag berkahwin dengan Phillip Rieff, seorang penulis dan pensyarah di Universiti Chicago. Perkahwinan mereka berlangsung selama 8 tahun dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, David. Selepas bercerai, beliau bercinta dengan wanita-wanita. Hubungannya yang terakhir adalah bersama jurugambar Annie Leibovitz.

Susan Sontag meninggal dunia di bandaraya New York setelah mengidap leukemia dan dikebumikan di Montparnasse di Paris. Beliau berusia 71 tahun ketika itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]