Pergi ke kandungan

Syed Adney Syed Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syed Adney Syed Hussein
Maklumat peribadi
Nama penuh Syed Adney bin Syed Hussein
Tarikh lahir (1986-11-29) 29 November 1986 (umur 37)
Tempat lahir Anfield, Liverpool, England
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Goalkeeper
Kerjaya remaja
2004–2005 Selangor U-19
2004–2006 Selangor President's Cup Team
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007 Selangor
2008–2009 UPB-MyTeam
2010–2011 Kelantan 13 (0)
2011Sabah (loan) 10 (0)
2012 Sabah 24 (0)
2013 Terengganu 1 (0)
2014–2015 ATM 37 (0)
2016 Negeri Sembilan
2017 Penang 7 (0)
2022 Tun Razak FC/Harini FT
Pasukan kebangsaan
2005–2009 Malaysia U-23
2007–2011 Malaysia 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada July 17, 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga January 23, 2017

Syed Adney Syed Hussein (Jawi: سيد ادني سيد حوسين) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang berdarah kacukan Inggeris-Melayu. Dilahirkan di Liverpool, England pada 29 November 1986 tetapi membesar di Subang Jaya, Selangor. Dia bermula dengan mewakili Selangor, Malaysia bawah 23 tahun dan Malaysia.[1]

Syed Adney tidak banyak bermain untuk pasukan kelab atau pun negeri. Dia lebih banyak berkhidmat untuk pasukan kebangsaan. Dia pernah mewakili Selangor FA pada musim 2006/07 tetapi gagal menarik minat jurulatih Selangor FA, Dollah Salleh untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama meskipun berpengalaman luas dalam pentas antarabangsa.[2]


Pada musim 2008, Syed Adney beralih ke UPB-MyTeam FC. Pada musim ini juga dia tidak banyak beraksi untuk pasukannya sebaliknya lebih kerap bersama pasukan kebangsaan untuk kejohanan pra-olimpik 2008 dan Pestabola Merdeka 2007.

Pada tahun 2006, Syed Adney membuat penampilan sulung antarabangsa bersama pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada Sukan Asia 2006 ketika menentang Oman. Dia melepaskan 10 gol pada Sukan Asia 2006. Pada kelayakan Sukan Olimpik 2008, Syed Adney hanya bermain dua perlawanan sahaja iaitu pada perlawanan menentang Syria dan perlawanan terakhir kelayakan menentang Jepun. Pada Pestabola Merdeka 2007, Syed Adney membantu Malaysia menjuarai kejohanan setelah menewaskan Myanmar 3-1.

Syed Adney kemudian membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika kelayakan Piala Dunia 2010 Zon Asia menentang Bahrain. Syed Adney melepaskan empat gol pada perlawanan pertama dan berjaya mengawal ketat pintu gol pada perlawanan kedua.

Pada Sukan Asia Tenggara 2007, Syed Adney bermain pada semua perlawanan dan berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti ketika menentang Singapura. Bagaimanapun Malaysia gagal ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1991.

sekarang dia dah jadi pengulas dan Football pundit kat Astro Arena

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Seng-Foo Lee (30 June 2015). "A starting XI of Malaysians with foreign heritage". FourFourTwo. Dicapai pada 10 September 2016.
  2. ^ "Boro trials for Syed Adney". thestar. 24 July 2007. Dicapai pada 24 July 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]