Dollah Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dollah Salleh
Maklumat peribadi
Nama penuhDollah bin Salleh
Tarikh lahir (1963-10-23) 23 Oktober 1963 (umur 55)
Tempat lahirMelaka, Malaysia
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniPerlis FA (Jurulatih)
Kerjaya remaja
[5]Pahang FC
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1985-1987
1988-1990
1991-1996
1997
1998
Johor
Selangor
Pahang
Melaka
Negeri Sembilan
Pasukan kebangsaan
1985 - 1996 Malaysia
Pasukan diurus
2003-2004
2005-2008
2009
2009-2013
2014-2015
2016
2017-
Selangor MPPJ
Selangor
Shahzan Muda
Pahang
PDRM FA
Perlis FA
Pahang FC
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Dollah Salleh (lahir pada 23 Oktober 1963) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia. Dia kini menjawat jawatan jurulatih untuk pasukan Perlis selepas meletak jawatan sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia yang menggantikan Datuk K. Rajagopal.

Memulakan kerjaya sebagai pemain pada 1985, Dollah menjadi antara penyerang yang digeruni apabila menyertai Selangor. Dia kemudian membentuk gandingan mantap bersama Zainal Abidin Hassan. Bersama-sama Zainal dan Fandi Ahmad, mereka membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia pada 1992.[1]

Bersama Malaysia, Dollah berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara 1989 dan Pestabola Merdeka pada 1993. Beliau juga membuat penampilan pada edisi pertama Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada 1996. Dia kemudian bersara sebagai pemain profesional selepas berakhirnya liga pada 1998.

Pada tahun 2003, Dollah kembali ke arena bola sepak tempatan sebagai jurulatih pasukan Selangor MPPJ. Dia mencipta sejarah apabila membawa MPPJ muncul juara Piala Malaysia pada 2003. Dia kemudian membawa MPPJ ke Liga Super setelah MPPJ muncul juara Liga Perdana pada 2004.

Pada 2005, Persatuan Bola Sepak Selangor membawanya menyertai Selangor. Pada tahun pertamanya bersama Selangor, beliau membawa Selangor menjuarai juara tiga piala (Liga Perdana Malaysia, Piala FA Malaysia, dan Piala Malaysia). Musim berikutnya, Dollah gagal membawa Selangor menjuarai sebarang piala.

Pada 2009, beliau menandatangani kontrak bersama Shahzan Muda. Pada Mei 2009, Pahang mendapatkan khidmatnya untuk membaiki prestasi pasukan Pahang yang merosot teruk.[2]

Ringkasan statistik pengurus semasa[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut memberikan ringkasan Dollah Salleh sebagai jurulatih Malaysia, termasuk kemajuan dalam persahabatan dan perlawanan persaingan.

Statistik tepat pada 25 Ogos 2016.
Jurulatih Kerjaya Malaysia P W D L Menang %
Salleh, DollahDollah Salleh 2014 – 2015 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&033.33000033.33

Kunci: P-permainan dimainkan, W-permainan dimenangi, D-game ditarik; L-permainan hilang, % - peratusan kemenangan

Pencapaian sebagai jurulatih[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Naib Juara: Kejohanan AFF 2014

Selangor MPPJ[sunting | sunting sumber]

Selangor[sunting | sunting sumber]

Pahang[sunting | sunting sumber]

PDRM[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Eric Samuel (5 November 2013). "Patience pays off for Pahang coach Dollah". The Star. Dicapai 7 July 2018. 
  2. ^ "Team Malaysia". FIFA. 1996. Dicapai 14 November 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]