Syed Ahmad Syed Jamal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Syed Ahmad)
Jump to navigation Jump to search
"Syed Ahmad" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Syed Ahmad (nyahkekaburan).
Yang Berbahagia Datuk

Syed Ahmad Syed Jamal
Syed-ahmad.jpg
Datuk Syed Ahmad Syed Jamal
Anugerah Seniman Negara - Lukisan
Dalam jawatan
1995–1997
Digantikan olehWan Su Othman
Butiran peribadi
LahirSyed Ahmad bin Syed Jamal
(1929-09-19)19 September 1929
Muar, Johor
Meninggal dunia30 Julai 2011(2011-07-30) (umur 81)

Datuk Syed Ahmad bin Syed Jamal[1] (19 September 1929 - 30 Julai 2011)[2] ialah seorang pelukis tersohor di Malaysia. Beliau ialah pemenang anugerah Seniman Negara Malaysia 1995.

Beliau berkahwin dengan Datin Hamidah Mohd Noor dan mendapat dua orang anak lelaki.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Syed Ahmad Jamal lahir pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah (1936-1938), sebelum ke Sekolah Tambatan Tinggi (1939), Ngee Heng English School (1940), Bukit Zahrah English School dan English College, Johor Bahru sehingga 1949.[perlu rujukan]

Dengan bantuan biasiswa Sultan Ibrahim, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture (1950) sebelum mengambil keputusan mengikuti pelajaran seni di Chelsea School of Art, London (1951-1955).[perlu rujukan]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor, dan bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur (1957). Peranannya sebagai pensyarah dilanjutkan di Malayan Teacher's College, Kirkby, United Kingdom (1958-1959) sebelum kembali semula mengajar di Maktab Perguruan Harian pada tahun 1960.[perlu rujukan]

Beliau seterusnya berkhidmat sebagai ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras (1961-1963). Pada tahun 1963, beliau menerima biasiswa United States Department untuk melanjutkan pelajaran di School of Art Chicago, Amerika Syarikat.[perlu rujukan]

Setahun selepas itu, beliau dilantik memegang jawatan Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas sehingga 1972. Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran.[perlu rujukan]

Pada tahun 1973, Syed Ahmad Jamal memperolehi biasiswa East-West Centre untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di University of Hawaii.[perlu rujukan]

Sekembalinya ke tanahair, beliau menjadi pensyarah lawatan di Universiti Malaya sehingga 1979, sebelum dilantik menjadi pengarah di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Tugas rasmi terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara bermula tahun 1983 hingga 1991.[perlu rujukan]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 1995, beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara. Pelbagai hadiah dan anugerah diterima sepanjang penglibatannya dalam seni lukis. Lukisannya ada dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Seterusnya, beliau dianugerahkan Seniman Negara.[perlu rujukan]

Anugerah Syed Ahmad Jamal[sunting | sunting sumber]

  • (1950) Sultan Ibrahim Scholarship
  • (1962) Indian Council for Cultural Relations
  • (1963–1964) United State Department Award
  • (1969) Ahli Mangku Negara
  • (1970) Alliance Francaise Medallion
  • (1973) East-West Centre Award
  • (1983) Kesatria Mangku Negara
  • (1984) Australia Cultural Award
  • (1987) Cultural Award (Visual Art)
  • (1995) Anugerah Seni Negara
  • (1996) Panglima Jasa Negara
  • (2005) Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • (2008–2009) Pelukis Tamu, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur

Jasa[sunting | sunting sumber]

Dunia catan tanah air semenjak tahun 30-an hingga tahun 50-an didominasi gaya konvensional, realis, impresionis dan ekspresionis. Pengaruh hasil kembara ilmu seni di luar negara mendorong Syed Ahmad Jamal berkarya stail ekspresionis abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang berasaskan kepada gerak isyarat (gestural) dan emotif. Dalam konteks Malaysia, beliau dianggap pelukis pertama yang menerokai catan non objektif melalui karya bertajuk "Umpan" (The Bait), sebuah karya agung yang dihasilkan pada tahun 1959.[perlu rujukan]

Dalam karya ekspresi-emotif bersifat alegoris ini, pengaruh lukisan Cina, Barat serta khat Arabik jelas terpancar melalui sapuan deras berus yang melahirkan bentuk-bentuk kaligrafik mujarad. Penggunaan awal tulisan Jawi dalam karya "Chairil Anwar" (1958) telah juga menjadikan Syed Ahmad Jamal sebagai pelopor seni lukis khat cat minyak atas kanvas.[perlu rujukan]

Pernyataan popular Syed Ahmad Jamal iaitu "kesenian Malaysia bermula sekarang!" merupakan indikator penting kepada sebuah era baru seni lukis moden Malaysia pada zaman itu.[perlu rujukan]

Sebagai seorang seniman yang sentiasa mengambil sikap (sehingga ke akhir hayatnya), Syed Ahmad Jamal, walau dalam sosok fizikal yang kelihatan gentleman, tetap mempunyai pendirian teguh bila memperkatakan tentang isu-isu yang berlegar dalam sfera sosial dan politik negara mahupun dunia.[perlu rujukan]

Kebangkitan pelajar dan pemberontakan tenaga buruh di Paris demi perubahan sosial sewaktu Revolusi Peranchis 1968, protes-protes pembantahan Perang Vietnam di merata dunia, termasuk peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di Malaysia merupakan antara adegan-adegan utama yang menjentik naluri kesenimanan Syed Ahmad Jamal untuk memberi respons secara visual.[3]

Pelbagai tema dilukis. Antaranya tentang kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004. Logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno mendapat kecaman pihak parti kerajaan.[perlu rujukan]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Julai 2011, beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun di rumahnya di Gombak, Selangor. Beliau meninggalkan isterinya Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki. Jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]