Syed Razlan Syed Putra Jamalullail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yang Amat Mulia Dato' Seri Diraja Tuan Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (21 Januari 1951) adalah bekas ahli parlimen Arau, Perlis. Beliau merupakan Tengku Syarif Laksamana Perlis dan juga anakanda ke-8 bagi mantan Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail[1]. Beliau menang bertanding mewakili (Barisan Nasional/UMNO ) dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004. Beliau mendapat 17,367 undi dengan majoriti 3,243 undi. Sementara pencabarnya Datuk Haron Din dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kalah, hanya mendapat 14,124 undi. Pada 15 Julai 2018, beliau telah menyertai PPBM dan diterima.

Dato' Seri

Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia, UPM
Dalam jawatan
6 Julai 2020 – 5 Julai 2023
Didahului olehAnuwar Ali
Digantikan olehIbrahim Komoo
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Arau
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Mastika Junaidah Husin
Digantikan oleh Ismail Kassim
Majoriti3,243 (PRU-11)
Butiran peribadi
Parti politik (2018-kini)
(-2018)
BapaTuanku Syed Putra Jamalullail
Alma materUniversity of North Carolina
PekerjaanAhli Politik

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Mulia Syed Razlan memiliki Diploma Pertanian dari Kolej Pertanian, Malaysia, Sarjana Muda Sains dari Louisiana State University, Sarjana Sains dari North Carolina State University, Amerika Syarikat dan Sijil Pemindahan Teknologi dari University of Philippines, Los Banos, Filipina.

Pengalaman pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Mulia Syed Razlan merupakan pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia (1967-1979), Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Makmor (1980), Pengerusi Eksekutif Defcom Services Sdn Bhd (1983-Sekarang), Ketua Pegawai Eksekutif American Malaysian Insurance Sdn Bhd (1988). -1993) dan Pengerusi Eksekutif, OrganiGro Sdn Bhd (2000-Kini). Beliau merupakan ahli lembaga pengarah Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan bekas Ahli Parlimen (M.P.) Arau, Perlis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Syed Razlan biasa makan, tidur dengan petani di kampung". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-27. Dicapai pada 2018-05-27.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]