T106 (bas Rapid KL)
T106 | ||||
---|---|---|---|---|
MRT Sri Damansara Barat–Bandar Sri Damansara | ||||
Gambaran menyeluruh | ||||
Pengendali | Rapid KL (Rapid Bus) | |||
Status | Beroperasi | |||
Perkhidmatan bermula | 16 Jun 2022 | |||
Mantan pengendali | Tiada | |||
Waktu malam | Ada | |||
Laluan | ||||
Jenis laluan | Laluan perantara | |||
Lokasi | Lembah Klang, Malaysia | |||
Melalui petempatan | Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya | |||
Melalui mercu tanda |
| |||
Titik mula | Hab MRT Sri Damansara Barat (Pintu A) | |||
Melalui |
| |||
Titik tamat | Hab MRT Sri Damansara Barat (Pintu A) | |||
Hentian/stesen bas | 17 hentian | |||
Perkhidmatan/servis | ||||
Jenis perkhidmatan | Perkhidmatan bas pengangkutan awam | |||
Kekerapan | 30–45 minit | |||
Hari operasi | Setiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam) | |||
Zon | Koridor Jalan Ipoh | |||
Pertukaran ke laluan lain |
| |||
|
Laluan bas T106 (Laluan MRT Sri Damansara Barat–Bandar Sri Damansara) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T106 merupakan sebuah laluan bas perantara dari Stesen MRT Sri Damansara Barat di Jalan Cempaka SD 12/5 menuju ke seluruh kawasan petempatan dalam Bandar Sri Damansara.[1][2] Memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama, laluan bas ini mempunyai 17 buah hentian bas.[2][3][4] Laluan bas T106 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[2]
Gambaran laluan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Laluan bas T106 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Jalan Ipoh (dalam kategori penomboran lauan bas 100–199).[5] T106 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Bandar Sri Damansara bagi menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat ke Stesen MRT Sri Damansara Barat, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Terdapat sebanyak 17 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T106, dengan sembilan hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain seperti laluan 801 dan PJ06.[2][6] Kekerapan bas laluan ini pula 30 hingga 45 minit dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa. Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala. Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja.[7][8] Laluan bas T106 telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, serentak dengan pemulaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya fasa pertama.[3]
Laluan bas
[sunting | sunting sumber]Titik mula laluan bas T106 terletak di Hab MRT Sri Damansara Barat Pintu A (kod hentian – PJ858) di Jalan Cempaka SD 12/5, susur Jalan Kuala Selangor (FT 54).[9][10] Laluan bas T106 bakal menuju selatan ke Persiaran Perdana melewati Kondominium Menara D'Sara dan 8trium Sri Damansara dan kemudian menuju ke komersial Ativo Plaza. Dekat DA Square, bas T106 berkelok ke barat menuju ke Persiaran Kenanga dan bakal melalui bangunan kondominium Sri Damansara Courts, Masjid Al-Mukarramah dan kawasan-kawasan perumahan Saga SD 8, dan Kenanga SD 9. Terdapat tiga hentian bas laluan T106 di Persiara Kenanga.[2]
Tiba di penamat Persiaran Kenanga, bas berkelok ke timur, kembali ke Persiaran Perdana dan bakal menuju ke Persiaran Meranti berdekatan dengan perumahan Damar SD 15. Di sepanjang Persiaran Meranti, bas T106 melewati beberapa bangunan kondominium dan pangsapuri seperti Kondominium Damansara Foresta, Kondominium Paradesa Rustica, Kondominium Paradesa Tropika, Apartmen Sri Damansara (SD) 1, Apartmen Sri Damansara (SD) 2, dan Pangsapuri Sri Meranti. Bas laluan T106 juga bakal melalui kawasan SMK Bandar Sri Damansara 1 dan SMK Bandar Sri Damansara 2. Laluan T106 bakal melewati sekali lagi Persiaran Perdana setibanya Persiaran Meranti tamat dan melewati kawasan komersial Bandar Sri Damansara. Lalu dilanjutkan menuju ke Persiaran Margosa untuk melalui Sekolah Antarabangsa Sri Bestari dan perumahan Margosa SD 10 dan Kiara SD 11. Jajaran Persiaran Margosa tamat, bas T106 akan kembali lagi melewati Persiaran Perdana, kemudian ke Jalan Cempaka SD 12/5 untuk menuju ke stesen MRT. Laluan bas T106 bakal tamat di Hab MRT Sri Damansara Barat Pintu A.[2]
Hentian bas
[sunting | sunting sumber]Terdapat 17 buah hentian bas dalam perkhidmatan bas laluan T106.[2][6]
Senarai hentian bas
[sunting | sunting sumber]Kod | Nama hentian bas | Lokasi | Pertukaran/sambungan | Nota | Gambar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
PJ858 | MRT Sri Damansara Barat Pintu A | Jalan Cempaka SD 12/5 | 12 MRT Sri Damansara Barat | Titik mula | ||||
PJ589 | Avito Plaza | Persiaran Perdana | Tiada gambar tersedia | |||||
PJ39 | Sri Damansara Courts | Persiaran Kenanga | ||||||
PJ40 | Masjid Al-Mukarramah | Persiaran Kenanga | ||||||
PJ41 | Perumahan Saga SD 8 | Persiaran Kenanga | ||||||
PJ645 | Paradesa Tropica Condominium (Opp) | Persiaran Meranti | Rapid Bus: 801 | |||||
PJ860 | Meranti 13 Residence | Persiaran Meranti | Rapid Bus: 801 | |||||
PJ647 | Sri Damansara Apartment 2 | Persiaran Meranti | Rapid Bus: 801 | |||||
PJ28 | Pangsapuri Sri Meranti | Persiaran Meranti | Rapid Bus: 801 | |||||
PJ31 | Komersial Bandar Sri Damansara 12 | Persiaran Meranti | Rapid Bus: 801 PJ City Bus: PJ06 |
|||||
Medan Selera Sri Damansara | ||||||||
PJ861 | Sri Bestari International School | Persiaran Margosa | ||||||
PJ862 | Margosa Residency | Persiaran Margosa | ||||||
PJ863 | Komersial Bandar Sri Damansara | Persiaran Margosa | Rapid Bus: 801 PJ City Bus: PJ06 |
|||||
PJ864 | Sri Damansara Apartment | Persiaran Perdana | Rapid Bus: 801 PJ City Bus: PJ06 |
|||||
PJ31 | Komersial Bandar Sri Damansara 12 | Persiaran Perdana | Rapid Bus: 801 PJ City Bus: PJ06 |
|||||
PJ865 | Amanah Ikhtiar Malaysia | Persiaran Perdana | Rapid Bus: 801 PJ City Bus: PJ06 |
|||||
PJ858 | MRT Sri Damansara Barat Pintu A | Jalan Cempaka SD 12/5 | 12 MRT Sri Damansara Barat | Titik tamat |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya". mymrt.com.my. Mass Rapid Transit (MRT) Corp. 2023. Dicapai pada 27 Disember 2023.
- ^ a b c d e f g h "MyRapid - Bus Kiosk | T106" [MyRapid - Hentian Bas | T106]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 14 Disember 2023. Dicapai pada 14 Disember 2023.
- ^ a b Farah (15 Jun 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen". Pandu Laju. Kuala Lumpur: Pandu Laju. Dicapai pada 27 Disember 2023.
- ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T106 (MRT Sri Damansara Barat – Bandar Sri Damansara)". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
- ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b c "Laluan T106 Rapid KL | MRT Sri Damansara Barat ↺ Bandar Sri Damansara". Moovit. 28 Disember 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ Hazril Hafiz (17 Mac 2023). "MRT Laluan Putrajaya percuma hingga 31 Mac — apa yang perlu anda tahu; soalan lazim, terma & syarat". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ "Sri Damansara Barat MRT station, MRT station built to serve the suburb of Bandar Sri Damansara" [Stesen MRT Sri Damansara Barat, stesen MRT menyediakan perkhidmatan di subbandar Bandar Sri Damansara di Selangor]. klia2.info (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 November 2022.
- ^ MRT Corp. "Putrajaya Line Revised Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan T106 (bas Rapid KL) di Wikimedia Commons