T117 (bas Rapid KL)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
T118
MRT Jinjang–Taman Sri Segambut
Gambaran menyeluruh
PengendaliRapid KL (Rapid Bus)
StatusBeroperasi
Perkhidmatan bermula16 Jun 2022; 21 bulan yang lalu (2022-06-16)
Waktu malamAda
Laluan
Jenis laluanLaluan perantara
LokasiLembah Klang, Malaysia
Melalui petempatan
  • TSI Business Industrial Park
  • Kawasan Perusahaan Kepong
  • Taman Pusat Kepong
  • Taman Sri Segambut
  • Jinjang Selatan Tambahan
Melalui mercu tanda
  • Masjid Al-Qurtubi
  • Kuil Sri Maha Mariamman Taman Sri Segambut
  • SRA Al-Qurtubi
  • Depoh Bas MRT Jinjang
Titik mulaMRT Jinjang (Pintu B)
Melalui
Senarai jalan raya
    • Jalan Kepong
    • Jalan 1/32A
    • Jalan 5/32A
    • Jalan 4/40
    • Jalan Udang Rawa
    • Jalan Mergastua
    • Pintasan Segambut
Titik tamatMRT Jinjang (Pintu B)
Hentian/stesen bas15 hentian
Perkhidmatan/servis
Jenis perkhidmatanPerkhidmatan bas pengangkutan awam
Kekerapan30–45 minit
Hari operasiSetiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam)
ZonKoridor Jalan Ipoh
Pertukaran ke laluan lain
← T115  Laluan bas di Lembah Klang  T118 →

Laluan bas T117 (MRT Jinjang–Taman Sri Segambut) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T117 merupakan sebuah laluan bas perantara yang bermula dari Stesen MRT Jinjang di Kuala Lumpur menuju ke kawasan petempatan Taman Pusat Kepong, Taman Sri Segambut dan Jinjang Selatan Tambahan dan kawasan perindustrian TSI Business Industrial Park dan Kawasan Perusahaan Kepong.[1][2]

Laluan bas ini berkhidmat di 15 buah hentian bas,[2] dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama dari stesen Kwasa Damansara ke stesen Kampung Batu.[3] Laluan bas T117 merupakan satu daripada 14 buah laluan bas perantara MRT Laluan Putrajaya yang memulakan perkhidmatannya serentak dengan MRT Laluan Putrajaya.[4] Laluan bas T117 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[2]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Laluan bas T117 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Jalan Ipoh (dalam kategori penomboran laluan bas 100–199).[5] T117 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Taman Pusat Kepong, Taman Sri Segambut dan Jinjang Selatan Tambahan, TSI Business Industrial Park dan Kawasan Perusahaan Kepong. Perkhidmatan bas ini menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat di kawasan tersebut ke Stesen MRT Jinjang, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL) ke Kwasa Damansara dan Putrajaya Sentral.[2]

Terdapat sebanyak 15 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T117, dengan sembilan hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain.[2] Kekerapan bas laluan ini pula 30 hingga 45 minit dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa. Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala. Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja.[6][7] Laluan bas T117 telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, serentak dengan pemulaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya fasa pertama.[3]

Gambaran laluan[sunting | sunting sumber]

Laluan bas T117 bermula di Hab Bas MRT Jinjang Pintu B (kod hentian bas – KL2475) di Pintasan Segambut, dekat Jinjang, Kuala Lumpur. Di sini merupakan titik mula bagi perkhidmatan bas laluan T117. T117 akan berkelok ke barat menuju ke Jalan Kepong dan melewati Pencawang Masuk Utama (PMU) Jinjang. T117 akan berkelok ke barat daya menuju ke Jalan 1/32A, kemudian Jalan 5/32A dan melewati kawasan perindustrian TSI Business Industrial Park dan Kawasan Perusahaan Kepong. Kemudian, laluan akan berkhidmat di Jalan 4/40, melewati komersial Taman Pusat Kepong, diikuti dengan Jalan Udang Rawa dan melewati kawasan komersial dan perumahan Taman Sri Segambut.[2]

Bas akan melalui Jalan Mergastua ke arah tenggara pula, setelah jajaran Jalan Udang Rawa tamat. Dekat bangunan Masjid Al-Qurtubi, ia akan membelok ke timur laut, kemudian ke utara ke Pintasan Segambut. Ia akan melewati kawasan perumahan Taman Pusat Kepong, Taman Sri Segambut di tebing kiri jalan dan Jinjang Selatan Tambahan di tebing kanan jalan. T117 juga bakal melalui Kuil Sri Maha Mariamman Taman Sri Segambut dan Depoh Bas MRT Jinjang. Tidak jauh dari Depoh Bas MRT Jinjang, T117 akan menghampiri penamatnya iaitu Hab Bas MRT Jinjang Pintu B di Pintasan Segambut.[2]

Hentian bas[sunting | sunting sumber]

Terdapat 15 buah hentian bas dalam perkhidmatan bas laluan T117.[2]

Senarai hentian bas[sunting | sunting sumber]

Hentian bas laluan T117 (Setakat Januari 2024)[2]
Kod Nama hentian bas Lokasi Pertukaran/sambungan Nota Gambar
KL2475 MRT Jinjang Pintu B Pintasan Segambut 12 MRT Jinjang
Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-12 (Krim), GOKL-13 (Merah Lembayung)
Pengangkutan bas Selangor Bus: 100, 103, 104, 107
Untuk pertukaran ke laluan bas Selangor Bus dan Bas Bandar GoKL (GoKL City Bus) laluan GOKL-12, hentian Pencawang Masuk Utama Jinjang (KL480) dan hentian Taman Fadason (KL472) di Jalan Kepong paling hampir dengan hentian ini.
KL481 Komersial Kepong Usaha Jalan Kepong Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-12, GOKL-13
Pengangkutan bas Selangor Bus: 100, 103, 104, 107
KL2476 TSI Business Industrial Park Jalan 1/32A
KL2477 Kawasan Perusahaan Kepong Jalan 5/32A
KL1879 Taman Pusat Kepong Jalan 4/40
KL1877 Taman Sri Segambut Jalan Udang Rawa Pengangkutan bas Rapid KL: 191
KL1041 Komersial Sri Segambut Jalan Udang Rawa Pengangkutan bas Rapid KL: 191
KL1042 Taman Sri Segambut (Selatan) Jalan Mergastua Pengangkutan bas Rapid KL: 191
Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-13
KL1043 Masjid Al-Qurtubi Jalan Mergastua Pengangkutan bas Rapid KL: 191
Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-13
KL2478 SRA Al-Qurtubi Jalan Mergastua Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-13
KL802 Mariamman Temple Pintasan Segambut Pengangkutan bas Rapid KL: 191
Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-13
KL2479 Taman Pusat Kepong (Selatan) Pintasan Segambut Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-13
KL2780 Taman Pusat Kepong (Utara) Pintasan Segambut Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-13
KL2781 Depoh Bas MRT Jinjang Pintasan Segambut Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-13
KL2475 MRT Jinjang Pintu B Pintasan Segambut 12 MRT Jinjang
Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-12, GOKL-13
Pengangkutan bas Selangor Bus: 100, 103, 104, 107
Untuk pertukaran ke laluan bas Selangor Bus dan Bas Bandar GoKL (GoKL City Bus) laluan GOKL-12, hentian Pencawang Masuk Utama Jinjang (KL480) dan hentian Taman Fadason (KL472) di Jalan Kepong paling hampir dengan hentian ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya". mymrt.com.my. Perbadanan MRT [MRT Corp]. 2023. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  2. ^ a b c d e f g h i "MyRapid - Bus Kiosk | T117" [MyRapid - Hentian Bas | T117]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  3. ^ a b Farah (15 Jun 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen". Pandu Laju. Kuala Lumpur: Pandu Laju. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2022. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  4. ^ MRT Laluan Putrajaya: Penghubung Rakyat Malaysia (risalah). Rapid KL (Prasarana Malaysia Berhad). 2022. Diperolehi pada 4 Januari 2024.
  5. ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  7. ^ Hazril Hafiz (17 Mac 2023). "MRT Laluan Putrajaya percuma hingga 31 Mac — apa yang perlu anda tahu; soalan lazim, terma & syarat". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.