T118 (bas Rapid KL)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
T118
MRT Sri Delima–Taman Kok Doh
Gambaran menyeluruh
PengendaliRapid KL (Rapid Bus)
StatusBeroperasi
Perkhidmatan bermula16 Jun 2022; 21 bulan yang lalu (2022-06-16)
Waktu malamAda
Laluan
Jenis laluanLaluan perantara
LokasiLembah Klang, Malaysia
Melalui petempatan
  • Jinjang Selatan
  • Taman Sri Delima
  • Taman Koh Doh
  • Taman Sejahtera
  • Kampung Pasir Segambut
  • Taman Sejahtera
  • Taman City
  • Taman Lawa
  • Taman Batu
Melalui mercu tanda
Titik mulaMRT Sri Delima (Pintu B)
Melalui
Senarai jalan raya
    • Jalan Jambu Berteh 2
    • Jalan Jambu Kerteh
    • Jalan Jambu
    • Jalan 17/42
    • Jalan 6/42A
    • Jalan 4/42A
    • Jalan 1/42
    • Jalan Jambu Golok
    • Jalan D
    • Jalan E
    • Jalan Jambu Jembah 1
    • Jalan A
Titik tamatMRT Sri Delima (Pintu B)
Hentian/stesen bas14 hentian
Perkhidmatan/servis
Jenis perkhidmatanPerkhidmatan bas pengangkutan awam
Kekerapan30–45 minit
Hari operasiSetiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam)
ZonKoridor Jalan Ipoh
Pertukaran ke laluan lain
← T117  Laluan bas di Lembah Klang  T119 →

Laluan bas T118 (MRT Sri Delima–Taman Koh Doh) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T118 merupakan sebuah laluan bas perantara yang bermula dari Stesen MRT Sri Delima di Kuala Lumpur menuju ke kawasan petempatan Jinjang Selatan, Taman Sri Delima, Taman Koh Doh, Taman Sejahtera, Kampung Pasir Segambut, Taman Sejahtera, Taman City, Taman Lawa, dan Taman Batu.[1][2]

Laluan bas ini berkhidmat di 14 buah hentian bas,[2] dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama dari stesen Kwasa Damansara ke stesen Kampung Batu.[3] Laluan bas T118 merupakan satu daripada 14 buah laluan bas perantara MRT Laluan Putrajaya yang memulakan perkhidmatannya serentak dengan MRT Laluan Putrajaya.[4] Laluan bas T118 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[2]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Laluan bas T118 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Jalan Ipoh (dalam kategori penomboran laluan bas 100–199).[5] T118 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Jinjang Selatan, Taman Sri Delima, Taman Koh Doh, Taman Sejahtera, Kampung Pasir Segambut, Taman Sejahtera, Taman City, Taman Lawa, dan Taman Batu. Perkhidmatan bas ini menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat di kawasan tersebut ke Stesen MRT Sri Delima, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL) ke Kwasa Damansara dan Putrajaya Sentral.[2]

Terdapat sebanyak 14 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T118, dengan tujuh hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain.[2] Kekerapan bas laluan ini pula 30 hingga 45 minit dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa. Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala. Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja.[6][7] Laluan bas T118 telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, serentak dengan pemulaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya fasa pertama.[3]

Gambaran laluan[sunting | sunting sumber]

Laluan bas T118 bermula di Hab Bas MRT Sri Delima Pintu B (kod hentian bas – KL2482) di susur Jalan Jambu Kerteh, dekat Jinjang, Kuala Lumpur. Di sini merupakan titik mula bagi perkhidmatan bas laluan T118. Ia akan melalui Jalan Jambu Merah, lalu diikuti dengan Jalan Jambu Kerteh kemudian berkelok ke tenggara menuju ke Jalan Jambu. Laluan dilanjutkan lagi dengan melalui kawasan perumahan Taman Sri Delima dengan melewati belakang Brem Mall Kepong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Abdullah. Dekat simpang Jalan Jambu Golok dengan Jalan A, laluan diteruskan ke selatan melalui Jalan 17/42 melewati kawasan perdagangan Taman Lawa dan Taman Koh Doh. Ia dilanjutkan lagi dengan melalui Jalan 6/42A, lalu membelok ke timur menuju ke Jalan 4/42A di dekat Taman Sejahtera.[2]

Dekat kawasan yang sama juga, laluan akan menuju ke Jalan 1/42 ke utara. Ia akan melewati kawasan komersial Taman City, lalu membelok ke barat, untuk berkhidmat di Jalan Jambu Golok dan Jalan D. Dekat gelanggang bola keranjang di Taman Lawa, ia akan membelok ke barat daya melewati Jalan E, lalu ke utara. Sebaiknya memasuki kawasan perumahan Jinjang Selatan, T118 akan berkelok ke timur laut melewati Jalan Jambu Berteh 1, kemudian ke tenggara melewati Jalan A. T118 akan melalui kawasan perumahan dan kawasan komersial Taman Batu. Kemudian, T118 akan membelok ke utara, sebaiknya sahaja jajaran Jalan A tamat, dan kembali melalui kawasan Taman Sri Delima. T118 kembali melalui Jalan Jambu Kerteh, kemudian memasuki susur Jalan Jambu Kerteh dan tamat di Hab Bas MRT Sri Delima Pintu B.[2]

Hentian bas[sunting | sunting sumber]

Terdapat 14 buah hentian bas dalam perkhidmatan bas laluan T118.[2]

Senarai hentian bas[sunting | sunting sumber]

Hentian bas laluan T118 (Setakat Januari 2024)[2]
Kod Nama hentian bas Lokasi Pertukaran/sambungan Nota Gambar
KL2482 MRT Sri Delima Pintu B Jalan Jambu Kerteh 12 MRT Sri Delima
Pengangkutan bas Rapid KL: T121
Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-12
Pengangkutan bas Selangor Bus: 100, 103, 104, 107, 120
Untuk pertukaran ke laluan bas Selangor Bus dan Bas Bandar GoKL (GoKL City Bus), hentian Wisma TNB Kepong (Timur) (KL477) di Jalan Kepong paling hampir dengan hentian ini.
KL527 SMK Raja Abdullah (Opp) Jalan Jambu
KL528 Surau Mahmudiah, Taman Sri Delima Jalan Jambu
KL1855 Komersial Taman Lawa (Opp) Jalan 17/42 Pengangkutan bas Rapid KL: 191
KL1491 Taman Koh Doh Jalan 6/42A Pengangkutan bas Rapid KL: 191
KL1857 Taman Sejahtera Jalan 6/24A Pengangkutan bas Rapid KL: 191
KL1859 Komersial Taman Sejahtera Jalan 4/42A Pengangkutan bas Rapid KL: 191
KL2483 Komersial Taman City Jalan 1/42 Pengangkutan bas Rapid KL: T819 Untuk pertukaran ke laluan T819, hentian Taman Sri Kuching (KL1790) di Jalan Kuching paling hampir dengan hentian ini.
KL2484 Kawasan Rekreasi Taman Sri Delima Jalan Jambu Golok
KL1869 Taman Lawa Jalan D Pengangkutan bas Rapid KL: 191
KL2486 Perumahan Jinjang Selatan Jalan Jambu Berteh 1
KL1660 Padang Bola Taman Batu Jalan A Pengangkutan bas Rapid KL: 191
KL526 SMK Raja Abdullah Jalan Jambu
KL2482 MRT Sri Delima Pintu B Jalan Jambu Kerteh 12 MRT Sri Delima
Pengangkutan bas Rapid KL: T121
Pengangkutan bas Bas Bandar GoKL: GOKL-12
Pengangkutan bas Selangor Bus: 100, 103, 104, 107, 120
Untuk pertukaran ke laluan bas Selangor Bus dan Bas Bandar GoKL (GoKL City Bus), hentian Wisma TNB Kepong (Timur) (KL477) di Jalan Kepong paling hampir dengan hentian ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya". mymrt.com.my. Perbadanan MRT [MRT Corp]. 2023. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  2. ^ a b c d e f g h i "MyRapid - Bus Kiosk | T118" [MyRapid - Hentian Bas | T118]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  3. ^ a b Farah (15 Jun 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen". Pandu Laju. Kuala Lumpur: Pandu Laju. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2022. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  4. ^ MRT Laluan Putrajaya: Penghubung Rakyat Malaysia (risalah). Rapid KL (Prasarana Malaysia Berhad). 2022. Diperolehi pada 4 Januari 2024.
  5. ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  7. ^ Hazril Hafiz (17 Mac 2023). "MRT Laluan Putrajaya percuma hingga 31 Mac — apa yang perlu anda tahu; soalan lazim, terma & syarat". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.