Stesen MRT Sri Delima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sri Delima
Sri Delima MRT Station outview (220710) 06.jpg
LokasiStesen MRT Sri Delima, Jalan Kepong, Jinjang, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°12′26″N 101°39′56″E / 3.207275°N 101.665505°E / 3.207275; 101.665505Koordinat: 3°12′26″N 101°39′56″E / 3.207275°N 101.665505°E / 3.207275; 101.665505
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T118
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY12 
Sejarah
Dibuka16 Jun 2022; 50 hari yang lalu (2022-06-16)
DielektrikkanYa
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya
menghala ke Putrajaya Sentral (dalam pembinaan)
Lokasi

Stesen MRT Sri Delima ialah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Jinjang, Kuala Lumpur, Malaysia di mana Laluan Putrajaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini telah dibuka rasmi pada 16 Jun 2022 dibawah pembukaan Fasa 1 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Jinjang dan Stesen MRT Kampung Batu serta mempunyai kod stesen iaitu PY12.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tren menghampiri Stesen MRT Sri Delima

Projek Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang kini dikenali sebagai Laluan Putrajaya telah mula dibina secara rasmi pada 15 September 2016. Pada hari yang sama juga, nama stesen "Sri Delima" diumumkan sebagai salah-satu stesen Laluan MRT Putrajaya di dalam video "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" (Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP)) di saluran rasmi MRT Corp di Youtube dengan kod S08.[2][3]

Pembukaan stesen-stesen Laluan Putrajaya terbahagi kepada dua fasa; Fasa 1 dan Fasa 2. Pada asalnya, Stesen MRT Sri Delima akan dibuka di bawah Fasa 1 pada Jun 2021 bersama-sama dengan stesen lain iaitu dari Stesen MRT Kwasa Damansara hingga ke Stesen MRT Kampung Batu.[4] Namun, ia telah ditangguhkan ke November 2021, tetapi ia dibatalkan juga akibat pandemik COVID_19 masih melanda di Malaysia.[5] MRT Corp telah membuat keputusan akhir dengan membuka stesen Laluan Putrajaya yang di bawah Fasa 1 secara rasmi pada 16 Jun 2022.[6]

Stesen MRT Sri Delima merupakan sebahagian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[7]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di Jalan Besar Kepong (Jalan Persekutuan 54). Ia terletak di dalam kawasan Jinjang, Kuala Lumpur. Stesen MRT Sri Delima berhampiran dengan Wisma TNB Kepong, Kampung Baru Jinjang Selatan, Taman Sri Delima, Taman Batu, Taman Jinjang Baru, SJK (C) Jinjang Selatan, SMK Raja Abdullah, Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Pertonas Jalan Jambu Kerteh, Brem Mall Kepong, Stadium Hriphi Kuala Lumpur, dan Pejabat Kesihatan Kepong.[8]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform MRT
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Kampung Batu)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY04  Kwasa Damansara (Jinjang)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 menuju ke Kwasa Damansara.[3] Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Sri Delima tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan atau Park and Ride.[1] Stesen MRT ini juga dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[9]

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Peta stesen dengan lokasi sekitar dengan skala 100 meter.

Secara keseluruhannya, Stesen MRT Sri Delima mempunyai tiga pintu masuk dan keluar utama dan masing-masing terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu B terletak di selatan stesen mengarahkan pengguna ke Jalan Jambu Merah, Taman Sri Delima dan Brem Mall Kepong manakala Pintu C pula terletak di timur stesen dekat Jalan Besar Kepong, berhampiran Wisma TNB Kepong. Pintu A ditandakan akan datang pada peta stesen rasmi. Pintu B dan C mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya. Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik T118 beroperasi sepenuhnya di Pintu B sahaja.[10][11]

Stesen Laluan Putrajaya — Sri Delima Rapid KL
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A
Akan datang
N/A
B Selatan stesen Jalan Jambu Merah Akses OKU Pengangkutan bas Buying a Car (89571) - The Noun Project.svg Aiga elevator.svg
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Brem Mall Kepong, Taman Sri Delima, Pertonas Jambu Kerteh, Taman Batu
Sri Delima MRT Station Entrance B stairs (220710).jpg
C Timur stesen Jalan Jinjang Permai 2 Akses OKU Pengangkutan bas Buying a Car (89571) - The Noun Project.svg Aiga elevator.svg
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Jinjang Permai, Wisma TNB Kepong,
Sri Delima MRT Station Entrance C (220710).jpg

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Laluan Koridor Pengendali Terminal[10] Jumlah perhentian
(termasuk terminal)
Ruj.
Bus-logo-white.svgT118  Koridor Jalan Ipoh RapidKL MRT Sri Delima Pintu B Taman Koh Doh 13 stesen [12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ MRT Malaysia (2016-09-15). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube. Dicapai pada 2021-12-12.
  3. ^ a b "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  5. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  6. ^ Astro Awani (16 Jun 2022). "Fasa 1 MRT laluan Putrajaya beroperasi hari ini". Astro Awani. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  7. ^ Izzul Ikram (4 Oktober 2021). "Phase 1 of MRT Putrajaya line to open in November, Phase 2 now 93.52% completed" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Market Malaysia. Dicapai pada 2021-10-18.
  8. ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  9. ^ "Stesen MRT Sri Delima". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 2021-10-18.
  10. ^ a b "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  11. ^ "Sri Delima MRT Station" [Stesen MRT Sri Delima]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  12. ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T118 (MRT Sri Delima — Taman Koh Doh)". RapidKL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]