Tabung Wakaf Air Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Tabung Wakaf Air Nasional
Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air
Wakaf Air.png
Tujuanmembekalkan air bersih terawat kepada rakyat terutama mereka yang berada di luar bandar dan ketika berlaku krisis air.
JenisPendanaan awam / Wakaf
NegaraMalaysia
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Muhyiddin Yassin
KementerianKementerian Alam Sekitar dan Air
Orang pentingMenteri Alam Sekitar dan Air
PAS logo.svg Tuan Ibrahim Tuan Man
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Dilancarkan17 Disember 2020; 11 bulan yang lalu (2020-12-17)
Bangunan Kementerian Alam Sekitar dan Air, Putrajaya.
Laman sesawangwww.ywm.gov.my/wakaf-air


Tabung Wakaf Air Nasional (Jawi: تابوڠ وقف اير ناسيونل; diringkaskan: Wakaf Air) merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia dalam membangunkan mekanisme pembiayaan projek bekalan air luar bandar alternatif di Malaysia[1]. Ia bertujuan membekalkan air bersih terawat kepada rakyat[2] terutama mereka yang berada di luar bandar dan ketika berlaku krisis air[3]. Ia juga bertujuan memberi peluang kepada masyarakat awam untuk sama menyumbang dalam pengurusan infrastruktur bekalan air. Ia ditubuhkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia semasa pentadbiran Menteri, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia dilancarkan pada 17 Disember 2020[4].

Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man, pelaksanaan Wakaf Air mengambil contoh daripada tindakan Sayidina Uthman bin Affan yang telah mewakafkan sebuah telaga di rumahnya untuk kegunaan penduduk Madinah pada masa pemerintahan Rasulullah SAW[5]

Konsep[sunting | sunting sumber]

Model Wakaf Air ialah berkonsepkan pembiayaan pendanaan awam bagi mewujudkan akses bekalan air kepada masyarakat luar bandar. Ciri utama Wakaf Air ialah menerima sumbangan dalam bentuk tunai daripada individu atau syarikat dengan niat untuk mewakafkan air, mengurus sumbangan dana berdasarkan ruang lingkup yang ditetapkan dan pembiayaan pelaksanaan insfrastruktur bekalan air berskala kecil tidak lebih RM50,000 seperti penggalian perigi, pembelian peralatan pam, penyediaan mini empangan dan tangki-tangki simpanan bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air walaupun musim kemarau[6].

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Ogos 2020, Menteri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia sedang dalam proses untuk memuktamadkan model tadbir urus Wakaf Air dengan mengadakan kerjasama dengan Yayasan Wakaf Malaysia[7]. Menteri menjangkakan projek ini akan dilancarkan pada bulan Disember 2020 dan projek pertama Wakaf Air akan dimulakan hujung tahun 2020[1].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Penyata Rasmi Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua, Bil. 22 (PDF). Kuala Lumpur: Parlimen Malaysia. 2020. m/s. 8–11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 Ogos 2020.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Izwan Abdul Halim (18 Ogos 2020). "KASA giat realisasikan Wakaf Air". Harakahdaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2020. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
  2. ^ Berita Harian (19 Ogos 2020). "Wakaf Air bakal dimuktamadkan". KLIK. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
  3. ^ Zulhisham Isahak (8 Disember 2020). "Wakaf Air sedia bekalan air terawat ketika krisis". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Disember 2020.
  4. ^ Samadi Ahmad (17 Disember 2020). "Wakaf Air bantu bekalan air kawasan pedalaman". HMetro. Dicapai pada 17 Disember 2020.
  5. ^ "Model tadbir urus Wakaf Air dalam proses untuk dimuktamadkan - Tuan Ibrahim". BERNAMA. 18 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
  6. ^ Penyata Rasmi Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua, Bil. 22 (PDF). Kuala Lumpur: Parlimen Malaysia. 2020. m/s. 8–11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 Ogos 2020.
  7. ^ Sairul Zamri Misrani (18 Ogos 2020). "KASA komited realisasikan Wakaf Air". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 24 Ogos 2020.