Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Alam Sekitar dan Air
كمنترين عالم سكيتر دان اءير
KASA
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk2020
Agensi-agensi terdahulu
  • Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia
  • Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia
JenisKerajaan
Ibu pejabatPutrajaya
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
Laman sesawang
www.kasa.gov.my

Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia (KASA) (Tulisan Jawi: كمنترين عالم سكيتر دان اءير) merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

Kini, KASA diterajui oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku Menteri Alam Sekitar dan Air dan Mansor Othman sebagai Timbalan Menteri yang telah mengangkat sumpah pada 10 Mac 2020.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

  • Pada tahun 1974, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Persekitaran.
  • Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976.
  • Bermula 2004, Kerajaan memisahkan portfolio Sains dan Teknologi bagi membentuk kementerian lain dan portfolios Alam Sekitar digabungkan dengan portfolio Sumber Asli menjadi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
  • Pada 2018, Pakatan Harapan yang telah menang dalam pilihan raya umum ke-14 menjadi kerajaan baharu telah membentuk Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) menggabungkan keseluruhan komponen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

Jabatan & Agensi[sunting | sunting sumber]

Jabatan/Agensi
Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Meteorologi Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
Jabatan Biokeselamatan (JBK)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Indah Water Konsortium (IWK)
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
Pusat Perubahan Iklam dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC)
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan
Tabung Wakaf Air Nasional (Wakaf Air)

Lihat luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]