Tamam Idris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Tamam Idris
Kelahiran
Bustamam Idris

(1939-05-03)3 Mei 1939
Meninggal dunia7 Julai 2016(2016-07-07) (umur 77)
Tempat ditanamAlam Damai, Cheras, Selangor
PekerjaanPelakon
Terkenal keranaLakonan dalam drama Seorang Tua Di Kaki Gunung[1]

Tamam Idris atau nama sebenar Bustamam Idris (3 Mei 1939 - 7 Julai 2016) adalah pelakon lelaki Malaysia era 1980-an yang memulakan kerjayanya di Studio Merdeka, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kepada Idris Hashim yang turut bekerja sebagai seorang seniman.

Tamam menetap di Hulu Klang iaitu di Kampung Klang Gate Baru.[2] Tamam pernah berlakon sebagai Pak Malau dalam drama yang diarahkan oleh ayah beliau iaitu Tragedi Sri Mersing, drama enam episod pada 1985.

Tamam Idris meninggal dunia pada 7 Julai 2016 akibat komplikasi pada paru-paru[3] di Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).[1] Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Majallah Filem, bil. 143 Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik
  1. ^ a b "Pelakon Tamam Idris Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Paru-Paru". Berita Harian. 8 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  2. ^ "Pelakon Tamam Idris Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Paru-Paru". Harian Metro. 8 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  3. ^ "Pelakon Tamam Idris Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Paru-Paru". mSTAR. 8 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]