Tengku Ampuan Bariah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tengku Bariah
Tengku Ampuan Besar Terengganu
Pemerintahan21 September 1979 – 14 Mei 1998
Kemahkotaan21 Mei 1980
Didahului olehTunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja
Diikuti olehTuanku Nur Zahirah
KeputeraanTengku Bariah binti Tengku Alam Shah
(1933-08-31)31 Ogos 1933
Klang, Selangor, Tanah Melayu
Kemangkatan21 Mac 2011(2011-03-21) (umur 77)
Klang, Selangor, Malaysia
Pemakaman21 Mac 2011
Makam Diraja, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu
PasanganSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Nama penuh
Tengku Ampuan Hajah Bariah Binti Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj
AyahandaSultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
BondaYang Amat Berbahagia Cik Puan Kalsum Mahmud
AgamaIslam

Tengku Ampuan Bariah binti Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah (31 Ogos 1933 – 21 Mac 2011) merupakan Tengku Ampuan Besar Terengganu dari 1979 hingga 1998 sebagai raja permaisuri kepada Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Baginda merupakan adinda perempuan kepada Almarhum Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah dan bonda tiri sultan terkini, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Tengku Bariah diputerakan pada 31 Ogos 1933 di Klang, Selangor, kepada Tengku Alam Shah (kemudian Sultan Hisamuddin) dan permaisuri kedua baginda, Cik Puan Kalsum Mahmud.[1][2] Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Klang, Maktab Perempuan Melayu (kini dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah), Kuala Lumpur, dan kemudian Cuckfield Park College, Sussex.[2]

Pada 22 Mac 1951, baginda berkahwin dengan Tengku Mahmud ibni Sultan Ismail Nasiruddin, Yang di-Pertuan Muda Terengganu seterusnya, di Kuala Lumpur. Baginda dikurniakan gelaran Tengku Puan Muda pada 7 April 1954.[1]

Pada tahun 1979, Tengku Mahmud bergelar Sultan Terengganu. Baginda bergelar Tengku Ampuan Besar pada 20 September 1979.[1] Suami baginda memerintah hingga tahun 1998, dan diganti oleh paduka putera tirinya Tengku Mizan Zainal Abidin.

Setelah kemangkatan suaminya, baginda bergelar Tengku Ampuan, manakala bonda mertuanya, Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja, bergelar Tengku Ampuan Tua (gelaran yang lebih tinggi kanan).[3] Baginda mengekalkan kedudukan baginda sebagai ahli terkanan kerabat diraja Selangor. Baginda berangkat ke adat istiadat pertabalan paduka putera saudaranya, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada 9 Mac 2003.[4]

Tengku Ampuan Bariah mangkat pada 21 Mac 2011 di Hospital Seri Kota, Klang, ketika pemerintahan paduka putera tiri baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong. Baginda dimakamkan di makam diraja berdekatan Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Kuala Terengganu, bersebelahan dengan suaminya.[1][5] Pemakaman Almarhumah dihadiri oleh Raja Perempuan Perlis, Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah, dan ahli kerabat diraja Selangor, Johor, Kedah dan Negeri Sembilan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d A. Azam Idris (22 Mac 2011). "King's mother laid to rest". New Straits Times. Local p. 11.
  2. ^ a b "Selangor 8". Royal Ark. Dicapai pada 8 Jun 2011.
  3. ^ Finestone, Jeffrey and Shaharil Talib (1994) Op Cit
  4. ^ "Selangor Sultan crowned". New Straits Times. 9 Mac 2003.
  5. ^ "Tengku Ampuan Bariah selamat disemadi". Berita Harian. 22 Mac 2011. Dicapai pada 8 Jun 2011.
  6. ^ "Tengku Ampuan Bariah laid to rest next to her husband's tomb". New Straits Times. 21 Mac 2011. Dicapai pada 8 Jun 2011.
Kerabat diraja Malaysia
Didahului oleh
Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja
Tengku Ampuan Besar
Raja permaisuri Sultan Terengganu
Tengku Ampuan Besar

1979–1998
Diikuti oleh:
Tuanku Nur Zahirah
Sultanah