Tentera Darat Umum Kedua (Jepun)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Darat Umum Kedua
Second General Army
Jepun: 第2総軍 (日本軍)
Dai-ni Sōgun
Aktif8 April 1945 – 30 November 1945
NegaraEmpayar Jepun
KesetiaanMaharaja Jepun
CawanganTentera Darat Imperial Jepun
JenisTentera Darat Umum
PangkalanHiroshima
Nama samaranSaiho (Jepun: 西方, Hepburn: Barat)
PertempuranTiada (Operasi Downfall)
Command structure of Tentera Darat Umum Kedua Jepun (1945)
Parent unit Markas Besar Imperial
Components

Tentera Darat Umum Kedua (Jepun: 第2総軍 (日本軍), Hepburn: Dai-ni Sōgun) ialah sebuah tentera darat umum (setaraf dengan kumpulan tentera darat) bagi Tentera Darat Imperial Jepun yang bertanggungjawab bagi pertahanan barat Honshū, Kyūshū dan Shikoku semasa peringkat terakhir Perang Pasifik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Umum Kedua telah ditubuhkan pada 8 April 1945 dengan pembubaran Markas Pertahanan Am kepada Tentera Darat Umum Pertama dan Tentera Darat Umum Kedua. Ia pada dasarnya adalah pengawal tempatan dan garison, yang bertanggungjawab bagi pertahanan awam, pertahanan anti-pesawat, dan untuk mengatur peperangan gerila bagi menentang pencerobohan Pihak Bersekutu ke atas kepulauan halaman Jepun dalam Operasi Downfall (atau Operasi Ketsugō (Jepun: 決号作戦, Hepburn: Ketsugō sakusen) dalam bahasa Jepun). Walaupun wilayahnya merangkumi seluruh barat Jepun, misi utamanya ialah untuk memastikan keselamatan selatan Kyūshū, yang dianggap sebagai sasaran utama untuk pencerobohan. Sebahagian besar ketumbukannya terdiri daripada askar-askar simpanan, pelajar kerahan dan pengawal militia tempatan yang tidak terlatih dan kurang bersenjata.

Selepas kejatuhan Okinawa, markas pemerintahan Tentera Darat Umum Kedua telah dipindahkan ke Hiroshima. Apabila bom atom digugurkan ke atas Hiroshima, kebanyakkan unit-unit tentera, pasukan logistik, dan staf markas Tentera Darat Umum Kedua telah terkorban. Bersama dengan Divisyen Ke-5, Tentera Darat Ke-59, dan divisyen tempur lain di bandar itu yang turut dibom, dianggarkan 20,000 askar Jepun terkorban.[1]

Mereka yang terselamat berkumpul di Pangkalan Udara Ujina di pinggir bandar Hiroshima, dimana mereka mengatur usaha bantuan dan menjaga ketenteraman awam di Hiroshima sebaik sahaja undang-undang tentera diumumkan. Walau bagaimanapun, pemboman atom menamatkan Tentera Darat Umum Kedua sebagai organisasi ketenteraan yang berkesan untuk unit-unit Tentera Darat Imperial Jepun di barat Jepun. Elemen-elemennya kekal ditempatkan dibawah pihak berkuasa Amerika sehingga November 1945 untuk membantu mengdemobilisasi tentera Jepun.

Pemerintah tertinggi[sunting | sunting sumber]

Panglima[sunting | sunting sumber]

Nama Daripada Hingga
1 Fil Marsyal Shunroku Hata 5 April 1945 15 Oktober 1945

Ketua Staf[sunting | sunting sumber]

Nama Daripada Hingga
1 Leftenan Jeneral Tadakazu Wakamatsu 6 April 1945 18 Julai 1945
2 Leftenan Jeneral Seisaburo Okazaki 18 Julai 1945 15 Oktober 1945

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Brooks, Lester (1968). Behind Japan's Surrender: The Secret Struggle That Ended an Empire. New York: McGraw-Hill Book Company.
  • Drea, Edward J. (1998). "Japanese Preparations for the Defense of the Homeland & Intelligence Forecasting for the Invasion of Japan". In the Service of the Emperor: Essays on the Imperial Japanese Army. University of Nebraska Press. ISBN 0-8032-1708-0.
  • Frank, Richard B (1999). Downfall: The End of the Imperial Japanese Empire. New York: Random House. ISBN 0-679-41424-X.
  • Jowett, Bernard (1999). The Japanese Army 1931-45 (Volume 2, 1942-45). Osprey Publishing. ISBN 1-84176-354-3.
  • Madej, Victor (1981). Japanese Armed Forces Order of Battle, 1937-1945. Game Publishing Company. ASIN: B000L4CYWW.
  • Marston, Daniel (2005). The Pacific War Companion: From Pearl Harbor to Hiroshima. Osprey Publishing. ISBN 1-84176-882-0.
  • Skates, John Ray (1994). The Invasion of Japan: Alternative to the Bomb Downfall. New York: University of South Carolina Press. ISBN 0-87249-972-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Frank 1999, m/s. 286–287.