Novak Djokovic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Novak Djokovic
Negara Serbia
ResidenMonte Carlo, Monaco
Ketinggian1.88 m (6 ka 2 in)
Berat80.0 kg (176.4 lb; 12.60 st)
Menjadi pro2003
GayaRight-handed; two-handed backhand
Wang hadiahUS$ 147,751,252
Perseorangan
Rekod kerjaya943–192 (83.1%)
Kejuaraan kerjaya82
Ranking tertinggiNo. 1 (4 Julai 2011)
Keputusan Perseorangan Grand Slam
Terbuka AustraliaW (2008,2011,2012,2013,2015,2016,2019,2020,2021)
Terbuka PerancisW (2016)
WimbledonW (2011,2014,2015,2018,2019)
Terbuka ASW (2011,2015,2018)
Kejohanan lain
Tour FinalsW (2008,2012,2013,2014,2015)
Sukan Olimpik Bronze Medal (2008)
Beregu
Rekod kerjaya56–73
Kejuaraan kerjaya1
Ranking tertinggiNo. 114 (November 30, 2009)
Terakhir dikemaskini pada: 1 Mac 2021.
Rekod pingat Olimpik
Mewakili  Serbia
Men's Tennis
Pingat gangsa – tempat ketiga 2008 Beijing Singles

Mengenai audio iniNovak Đoković  (Serbia: Новак Ђоковић, rumi: Novak Đoković, ˈnɔvaːk 'ʥɔːkɔviʨ, lahir Mei 22, 1987 di Belgrade, Serbia adalah pemain tenis profesional Serbia bertaraf yang menduduki No.1 dunia sejak 4 Julai 2011.

Beliau memenangi kejuaraan Grand Slam perseorangan di Terbuka Australia 2008, 2011 dan 2012. Semasa Terbuka Australia 2012, beliau mengatasi No.4 dunia Andy Murray dalam separuh akhir, Djokovic menewaskan pemain No.2 dunia Rafael Nadal dalam final. Beliau adalah Juara dalam Terbuka US 2011 dan memenangi pingat gangsa dalam perseorangan mewakili Serbia dalam Sukan Olimpik Muaim Panas 2008. Dia memenangi Piala Masters Tenis pada 2008 dan menang empat kejohanan Siri Masters.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Djokovic dilahirkan pada 22 Mei, 1987 di Belgrade, Serbia. Beliau anak kepada ayahnya Srđan ibunya Dijana, dan paling sulung daripada tiga anak lelaki mereka.[4] Beliau mempunyai dua adik lelaki, Đorđe and Marko, yang merupakan pemain tenis dengan aspirasi profesional.[5] Beliau mula bermain tenis sejak berumur empat tahun, dan diajak oleh pemain legenda Yugoslavia Jelena Genčić pada umur lapan tahun, yang menyatakan "Ini merupakan bakat paling unggul yang pernah saya lihat selepas Monica Seles."[4] Semasa berumur 12 tahun, beliau mengikuti pengajian selama 3 tahun di akademi tenis milik Nikola Pilić di Munich, Germany, dan ketika berumur 14 tahun, karier antarabangsanya bermula, menang kejohanan Eropah dalam perseorangan, beregu, dan berpasukanan.[4] Beliau kini mendiami di Monte Carlo, Monaco dan dilatih oleh bekas pemain tenis Slovakia, Marián Vajda.[6]

Djokovic bertutur dalam bahasa Serbia, Itali, dan fasih berbahasa Inggeris dan sering mengajukan wawancara dan sidang media dalam semua tiga bahasa itu. Beliau juga boleh bertutur sedikit dalam bahasa Jerman. Pada 2008, beliau menyatakan dalam beberapa wawancara bahawa beliau ingin mempelajari bahasa Perancis sebagaimana beliau tinggal di Monte Carlo.[perlu rujukan]

Djokovic juga dikenali ramai dengan mengajuk cara off-court pemain seperjuangannya yang lucu, yang mana kebanyakan pemain yang diajuk itu didapati adalah kawannya sendiri. Ini digambarkan dalam dunia tenis sendiri selepas berakhirnya perlawanan suku akhir Terbuka A.S 2007 yang menang ke atas Carlos Moyà, yang mana beliau menghiburkan penonton dengan mengajuk gaya personaliti Rafael Nadal dan Maria Sharapova.[7]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2003-2005[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan kerjaya profesionalnya, Djokovic sering beraksi dalam kejohanan Futures dan Challenger, menang tiga daripada setiap jenis itu.

2006[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Piala Hopman 2006 dengan pemain seperjuangan dari Serbia Ana Ivanović, secara gandingan yang nyaris-nyaris terkeluar daripada peringkat akhir.

Pada Mei 2006, banyak laporan yang diutarakan oleh media British tentang ibu Djokovic iaitu Dijana menghubungi Persekutuan Tenis Padang Britain mengenai penyertaan anaknya dalam kedudukan tenis British dan berkemungkinan mereka sekeluarga akan berpindah dari Serbia untuk tinggal di Britain.[8] Walaupun begitu, semua desas-desus itu tidak menjejaskan langsung permainan Djokovic. Beliau memulakan musim 2006 pada ranking ke-78, tetapi setelah prestasi cemerlang beliau dalam melayakkan diri ke suku akhir Terbuka Perancis dan perlawanan pusingan keempat bagi Wimbledon, telah mengangkat diri beliau berada dalam lingkungan 40 terbaik.

Tiga minggu selepas Wimbledon, beliau memenangi gelaran dalam Terbuka Belanda di Amersfoort tanpa kekalahan mana-mana set, menentang Nicolás Massú pada peringkat akhir. Djokovic menang gelaran kedua kariernya dalam Open de Moselle di Metz, dan dengan kejuaraan itu beliau telah beranjak ke 20 terbaik yang merupakan kali pertama dalam kariernya sendiri.

Pada Terbuka A.S, Djokovic tumpas di pusingan ketiga kepada bekas pemain No. 1 dunia Lleyton Hewitt 6–3, 6–1, 6–2.

2007[sunting | sunting sumber]

Novak Djokovic di Terbuka A.S 2007

Djokovic memulakan tahun itu dengan kemenangan di Adelaide, menumpaskan pemain Australia Chris Guccione pada perlawanan akhir. Pada Terbuka Australia, beliau tewas di pusingan keempat setelah bertemu dengan juara bertahan Roger Federer dalam 'straight sets'.

Aksi beliau dalam acara Masters Series di Indian Wells, California dan Key Biscayne, Florida, selaku naib juara dan juara masing-masing kejohanan, membolehkan beliau berada dalam sepuluh terbaik. Djokovic kalah dalam peringkat akhir Indian Wells kepada Rafael Nadal tetapi menumpaskan Nadal dalam kejohanan Key Biscayne sebelum menentang Guillermo Cañas dalam perlawanan akhir.

Beliau kemudian beraksi pada Masters Series Terbuka Monte Carlo yang mana beliau ditentang oleh David Ferrer pada pusingan ketiga dalam 'straight sets'. Pada Terbuka Estoril, Djokovic menentang pemain Perancis Richard Gasquet pada perlawanan akhir. Beliau layak ke suku akhir dalam kedua-dua kejohanan iaitu Internazionali d'Italia di Rome dan Masters Series Hamburg tetapi tewas kepada Carlos Moyà dan Nadal, masing-masing.

Pada Terbuka Perancis, Djokovic mencapai peringkat separuh akhir Grand Slam buat pertama kalinya, tetapi tewas kepada juara bertahan Nadal.

Semasa Wimbledon, Djokovic menang pertarungan suku akhir selama lima jam ke atas Marcos Baghdatis 7–6(4), 7–6(9), 6–7(3), 4–6, 7–5. Pada perlawanan separuh akhir, beliau terpaksa menarik diri untuk menentang Nadal disebabkan kecederaan belakang dan masalah kaki. Beliau menjadi pemain pertama yang menarik diri dalam perlawanan separuh akhir di Wimbledon.

Djokovic kemudian menang Masters Series Piala Rogers di Montreal. Beliau menentang pemain No. 3 dunia Andy Roddick di suku akhir, No. 2 Nadal di separuh akhir, dan No. 1 dunia di akhir. Ini merupakan kali pertama pemain menentang pemain tiga terbaik berturut-turut dalam suatu kejohanan selepas Boris Becker pada 1994 serta Djokovic juga merupakan pemain kedua, selepas Tomáš Berdych, yang menentang kedua-dua pemain iaitu Federer dan Nadal selepas mereka menjadi pemain dua terbaik di dunia. Selepas kejohanan ini, Björn Borg menyatakan bahawa Djokovic "is definitely a contender to win a Grand Slam (tournament)."[9] Walaupun demikian, minggu berikutnya dalam kejohanan Western & Southern Financial Group Masters di Cincinnati, Ohio, Djokovic tewas mudah dalam pusingan kedua kepada Carlos Moyà menerusi 'straight sets'.

Selepas bebas daripada kecederaan kecil, Djokovic menang gelaran kelimanya dalam tahun itu dalam BA-CA TennisTrophy di Vienna, menewaskan Stanislas Wawrinka pada perlawanan akhir. Kejohanan berikut Djokovic Mutua Madrileña Masters di Madrid, yang mana beliau tewas kepada David Nalbandian pada pusingan separuh akhir 6–4, 7–6(4).

Djokovic, kemudian memastikan beliau mengakhiri tahun itu sebagai pemain no.3 dunia dan buat kali pertama, beliau layak ke Piala Masters Tenis. Djokovic menjadi pemain pertama yang layak. Beliau juga merupakan pemain pertama yang terkeluar daripada saingan setelah tewas dalam tiga perlawanan round-robin menerusi 'straight sets'. Beliau tewas kepada Ferrer 6–4, 6–4; Gasquet 6–4, 6–2;, dan Nadal 6–4, 6–4.

2008[sunting | sunting sumber]

Djokovic di Rod Laver Arena semasa Terbuka Australia 2008.

Đoković bermula dengan bermain Piala Hopman bersama dengan rakan seperjuangannya bergelar pemain no.3 dunia Jelena Janković. Beliau memenangi kesemua pertandingan 'round-robin'nya dan akhirnya pasukannya, layak ke pusingan akhir. Mereka kalah 2-1 kepada pasukan Amerika yang terdiri daripada Serena Williams dan Mardy Fish.

Pada Terbuka Australia 2008, Djokovic layak ke pusingan akhir kejohanan tanpa kekalahan sebarang set. Beliau menumpaskan pemain pilihan teratas dan juara bertahan Roger Federer dalam separuh akhir 7–5, 6–3, 7–6(5). Djokovic menjadi pemain pertama yang mengalahkan Federer menerusi straight set dalam kejohanan Grand Slam selepas Gustavo Kuerten pada Terbuka Perancis 2004 berbuat demikian. Djokovic kemudian menewaskan pemain bukan pilihan dari Perancis Jo-Wilfried Tsonga pada perlawanan akhir yang mendapatkan gelaran perseorangan Grand Slam yang pertama bagi Serbia dan dirinya sendiri. Pada umur 20 tahun dan 250 hari, beliau menjadi pemain paling muda yang memenangi gelaran perseorangan Terbuka Australia selepas Stefan Edberg pada 1985.[10] Ini menjadikan beliau memperoleh hadiah wang tunai kariernya sebanyak US$6 juta.

Gaya main[sunting | sunting sumber]

Đoković adalah seorang all-court player. Dia menggunakan groundstrokes berkuasa, terutamanya forehand, yang berkuasa, dalam, dan well-angled, dan pukulan dengan topspin kuat. Dengan agak laju, khidmat adalah salah satu senjata utamanya. Đoković, , sering menyelesaikan poin-poin dengan menghampiri jaring yang mirip dengan Roger Federer. Dia juga memasuki suatu backhand dropshot/slice dengan repertoire pukulannya.

Equipment[sunting | sunting sumber]

Đoković ditaja oleh Wilson dan Adidas. Dia kini sedang menggunakan raket Wilson K-Blade Tour. Đoković juga memakai kasut Adidas Barricade V dan Adidas Edge Group untuk pakaian.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Akhir perseorangan Grand Slam (7)[sunting | sunting sumber]

Juara (5)[sunting | sunting sumber]

Tahun Kejohanan Lawannya pada Akhir Mata
2008 Terbuka Australia Perancis Jo-Wilfried Tsonga 4-6, 6-4, 6-3, 7-6(2)
2011 Terbuka Australia United Kingdom Andy Murray 6-4, 6-2, 6-3
2011 Terbuka Wimbledon Sepanyol Rafael Nadal 6-4, 6-1, 1-6, 6-3
2011 Terbuka A.S Sepanyol Rafael Nadal 6–2, 6–4, 6–7(3–7), 6–1
2012 Terbuka Australia Sepanyol Rafael Nadal 5–7, 6–4, 6–2, 6–7(5–7), 7–5

Naib juara (2)[sunting | sunting sumber]

Tahun Kejohanan Lawan pada Akhir Mata
2007 Terbuka A.S Switzerland Roger Federer 7-6(4), 7-6(2), 6-4
2010 Terbuka A.S Sepanyol Rafael Nadal 4–6, 7–5, 4–6, 2–6

Akhir perseorangan Piala Masters Tenis (1)[sunting | sunting sumber]

Juara (1)[sunting | sunting sumber]
Tahun Kejohanan Lawan pada Akhir Mata pada Akhir
2008 Shanghai Rusia Nikolay Davydenko 6–1, 7–5

Akhir perseorangan Siri Masters (6)[sunting | sunting sumber]

Juara (4)

Tahun Kejohanan Lawan pada Akhir Mata pada Akhir
2007 Miami Argentina Guillermo Cañas 6-3, 6-2, 6-4
2007 Montréal Switzerland Roger Federer 7-6(2), 2-6, 7-6(2)
2008 Indian Wells Amerika Syarikat Mardy Fish 6–2, 5–7, 6–3
2008 Rome Switzerland Stanislas Wawrinka 4–6, 6–3, 6–3

Naib juara (2)

Tahun Kejohanan Lawan pada Akhir Mata pada Akhir
2007 Indian Wells Sepanyol Rafael Nadal 6-2, 7-5
2008 Cincinnati United Kingdom Andy Murray 7–6(4), 7–6(5)

Kerjaya akhir (18)[sunting | sunting sumber]

Perseorangan (17)[sunting | sunting sumber]

Juara (11)

Legend
Grand Slam (1)
Piala Masters Tenis (1)
Siri Masters ATP (4)
Jelajah ATP (5)
Gelaran mengikut permukaan
Keras (8)
Tanah liat (3)
Rumput (0)
Permaidani (0)
No. Tarikh Kejohanan, Lokasi Lawannya pada Akhir Mata
1. 17 Julai 2006 Amersfoort, Belanda Chile Nicolás Massú 7-6(5), 6-4
2. 2 Oktober 2006 Metz, France Austria Jürgen Melzer 4-6, 6-3, 6-2
3. 1 Januari 2007 Adelaide, Australia Australia Chris Guccione 6-3, 6-7(6), 6-4
4. 1 April 2007 Miami, A.S. Argentina Guillermo Cañas 6-3, 6-2, 6-4
5. 29 April 2007 Estoril, Portugal Perancis Richard Gasquet 7-6(7), 0-6, 6-1
6. 12 Ogos 2007 Montréal, Canada Switzerland Roger Federer 7-6(2), 2-6, 7-6(2)
7. 14 Oktober 2007 Vienna, Austria Switzerland Stanislas Wawrinka 6-4, 6-0
8. 27 Januari 2008 Terbuka Australia, Melbourne, Australia Perancis Jo-Wilfried Tsonga 4-6, 6-4, 6-3, 7-6(2)
9. 23 Mac 2008 Indian Wells, A.S. Amerika Syarikat Mardy Fish 6–2, 5–7, 6–3
10. 11 Mei 2008 Rome, Itali Switzerland Stanislas Wawrinka 4–6, 6–3, 6–3
11. 16 November 2008 Piala Masters Tenis, Shanghai Rusia Nikolay Davydenko 6–1, 7–5

Naib juara (6)

Legend
Grand Slam (1)
Siri Masters ATP (1)
Jelajah ATP (1)
No. Tarikh Kejohanan, Lokasi Lawannya pada Akhir Mata
1. 30 Julai 2006 Umag, Croatia Switzerland Stanislas Wawrinka 6-6(1) ret.
2. 18 Mac 2007 Indian Wells, U.S. Sepanyol Rafael Nadal 6-2, 7-5
3. 9 September 2007 Terbuka A.S, New York, U.S. Switzerland Roger Federer 7-6(4), 7-6(2), 6-4
4. 14 Jun 2008 London Queen's Club, London Sepanyol Rafael Nadal 7–6(6), 7–5
5. 3 Ogos 2008 Cincinnati, A.S. United Kingdom Andy Murray 7–6(4), 7–6(5)
6. 28 September 2008 Bangkok, Thailand Perancis Jo-Wilfried Tsonga 7–6(4), 6–4

Beregu (1)[sunting | sunting sumber]

Naib juara (1)

No. Tarikh Kejohanan, Lokasi Pasangan Lawannya pada Akhir Mata
1. 7 Januari 2007 Adelaide, Australia Republik Czech Radek Štěpánek Afrika Selatan Wesley Moodie &
Australia Todd Perry
6-4, 3-6, 15-13

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Official Internet Site of Novak Djokovic: Biography". Dicapai pada 2008-07-19.
  2. ^ Pearce, Linda (2008-01-12). "The man they call the Djoker". The Age. Dicapai pada 2008-01-31.
  3. ^ >Berry, Gavin (2008-06-15). "Super Novak's Perfect Match". The Scottish Sunday Mail Newspaper Online. Dicapai pada 2008-11-26.
  4. ^ a b c "The Official Internet Site of Novak Djokovic: Biography". Dicapai pada 19-07-2008. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ MacPherson, Paul (10-09-2007). "Joker in the Pack Holds All the Aces". DEUCE Magazine, summer 2007. Dicapai pada 31-10-2008. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)[pautan mati kekal]
  6. ^ "ITF Tennis - Mens Circuit - Player Biography". Dicapai pada 14-08-2007. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  7. ^ MacPherson, Paul (10-09-2007). "Joker in the Pack Holds All the Aces". DEUCE Magazine, summer 2007. Dicapai pada 12-09-2007. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  8. ^ Hodgkinson, Mark (2006-05-17). "Serbian may join British ranks". Telegraph.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 13-08-2007. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  9. ^ "Borg: 'Djokovic can win a Grand Slam'". BlackRock Tour of Champions. 13-08-2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 13-08-2007W. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  10. ^ Roger Federer vs. Novak Djokovic Australian Open Preview. Tennis-X.com. Retrieved on January 27, 2007.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]