Terukir Di Bintang (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai siri drama televisyen Malaysia 2013. Untuk album Yuna dengan judul sama, sila lihat Terukir Di Bintang. Untuk lagu Yuna dengan judul sama, sila lihat Terukir Di Bintang (lagu).
Terukir Di Bintang
GenreDrama
PenciptaSofia. J Rhyland (cerita dan idea asal)
Ditulis olehSofia. J Rhyland
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Terukir Di Bintang" oleh Yuna Zarai
Lagu penutup"Terukir Di Bintang" oleh Yuna Zarai
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran20–25 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal6 November 2013 – 10 Disember 2013

Terukir Di Bintang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Jamal Khan dengan skrip oleh Sofia J. Rhyland.[1] Ia mengisahkan percintaan anak muda yang penuh dengan pengorbanan, cinta terpendam dan juga cinta yang tidak kesampaian berlaku di pusat peranginan terkemuka, Cameron Highlands. Dibintangi oleh Tasha Shila, Kamal Adli, Wan Ellyas dan Shiha Zikir, drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 6 November 2013 hingga 10 Disember 2013 menggantikan Fira Ayuni.[2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Adam (Wan Elyas) seorang chef muda yang bekerja di sebuah hotel 5 bintang di Cameron Highland, bercita-cita tinggi untuk mendapat tempat dalam pertandingan memasak di peringkat antarabangsa. Peluang untuk ke pertandingan tersebut terbentang luas bila Adam mendapat perhatian daripada Ketua Chef di tempat kerjanya tetapi Adam perlu melalui beberapa pertandingan sesama chef ditempat kerjanya untuk maju ke pertandingan tersebut. Dalam masa yang sama, Adam berkawan baik sejak kecil dengan Jee (Shiha Mentor), seorang gadis yang berperwatakan kasar. Jee berkerja bersama keluarganya yang membuka perusahan ladang Strawberry di mana Jee menghantar bekalan buah Strawbery kepada hotel Adam setiap pagi. Dalam diam, sebenarnya Jee menaruh hati terhadap Adam tetapi tidak meluahkannya manakala Adam pula hanya menganggap Jee sebagai teman biasa.

Dalam kesibukan Adam berkerja sambil menyiapkan diri bertanding dengan sekutu chef mudanya Rizman di hotel tempatnya bekerja, tiba-tiba muncul Asmara (Tasha Shilla), seorang gadis dari Kuala Lumpur menginap di Hotel dimana Adam bekerja. Adam sangkakan Asmara ialah seorang pengintip dari hotel lain untuk mengorek rahsia resepinya bagi pertandingan memasak tetapi sangkaan Adam meleset apabila mendapat tahu bahawa Asmara adalah seorang pengkritik makanan malahan Adam menjadi bertambah mesra dengan Asmara apabila Asmara membantunya dalam membuat persiapan untuk pertandingan tersebut. Adam telah jatuh hati terhadap Asmara dan mengetahuinya tetapi menganggap Adam sebagai teman baik sahaja.

Sebenarnya Asmara telah bertunang dengan Zen tetapi tanpa pengetahuan keluarga dan tunangnya, Asmara telah berhenti kerja dan melarikan diri ke Cameren Highland bila mengetahui dirinya menghidap radang hati. Jee lalu memgambil keputusan untuk menjadi kawan rapat kepada Asmara dengan harapan dapat mencungkil rahsia siapa diri Asmara sebenarnya tetapi akhirnya Jee terlepas cakap bahawa dia sebenarnya mencintai Adam. Dalam kesibukan Adam menyiapkan diri untuk pertandingan itu, Jee bertemu dengan Adam dan memberitahu Adam bahawa Asmara telah berpunya dan suka bertukar-tukar pasangan. Adam merasa amat kecewa apabila terserempak dengan Asmara bersama tunangnya Zen. Adam lalu melarikan diri dari Asmara tetapi setelah diberitahu perkara sebenarnya, Adam lalu meluahkan perasaan nya terhadap Asmara.

Manakala Jee merasa cemburu dan terpukul dengan kehadiran Asmara, sedikit demi sedikit menukar personalitinya dari perwatakan kasar kepada lebih feminin dimana menjadi bahan ejekan kawan kawannya. Jee amat berbakat dalam mencipta lagu lalu melepaskan kekecewaannya dengan mencipta lagu yang berkaitan cintanya terhadap Adam dan diposkan melalui You Tube. Jee lalu membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita citanya menjadi seorang komposer.

Hubungan Adam dan Asmara bertambah intim, Asmara tahu bahawa Adam amat mencintainya lalu memberitau Adam, ia memghidapi radang hati dan menganggap Adam sebagai kawan sahaja. Asmara lalu pulang kepangkuan keluarga bila keadaannya bertambah teruk. Penyakitnya hanya boleh pulih hanya dengan prosess pemindahan hati dan Adam rela mendermakan hatinya untuk Asmara. Dalam pada itu Asmara memberitahu Adam bahawa Jee amat mencintainya. Adam baru tersedar atas keikhlasan cinta Jee lalu mencari Jee kembali ke Cameron Highland tetapi Jee telah membawa dirinya yang kecewa ke Kuala Lumpur. Adam nekad untuk memberikan hatinya pada Asmara walaupun mengetahui risikonya terlalu tinggi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penggambaran drama ini dijalankan sebahagiannya di Cameron Highlands, Pahang dan termasuk juga Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (4 November 2013). Sinopsis Drama Terukir Di Bintang Lakonan Shiha Mentor Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 Jun 2014.
  2. ^ Terukir di Bintang Anizyn. Dicapai pada 18 Jun 2014.
  3. ^ Drama Terukir di Bintang di Slot Samarinda TV3 EDTV Blog (31 Oktober 2013). Dicapai pada 18 Jun 2014.