Pergi ke kandungan

The Legend of Zelda: Link's Awakening

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Legend of Zelda:
Link's Awakening
Gambar kotak
PembangunNintendo EAD
PenerbitNintendo
PengarahTakashi Tezuka
PengeluarShigeru Miyamoto
ArtisYoichi Kotabe
PenulisYoshiaki Koizumi
Kensuke Tanabe
KomposerMinako Hamano
Kozue Ishikawa
SiriThe Legend of Zelda
PlatformGame Boy, Game Boy Color, Virtual Console 3DS
PelepasanGame Boy
    Game Boy Color
      Virtual Console 3DS
        GenreAksi-pengembaraan
        ModPemain tunggal

        The Legend of Zelda: Link's Awakening, juga dikenali sebagai Zelda no Densetsu: Yume o Miru Shima (ゼルダの伝説 夢をみる島, harf. "The Legend of Zelda: Dream Island") di Jepun, ialah permainan video aksi-pengembaraan 1992 yang dibangunkan oleh bahagian Analisis dan Pembangunan Hiburan Nintendo dan diterbitkan oleh Nintendo untuk Game Boy. Ia merupakan keluaran keempat dalam siri The Legend of Zelda dan merupakan permainan pertama siri ini bagi konsol permainan pegangan tangan (handheld).

        Link's Awakening bermula sebagai alihan (port) permainan video Super Nintendo, The Legend of Zelda: A Link to the Past, yang dibangunkan selepas waktu kerja oleh staf Nintendo. Ia berkembang menjadi projek asli di bawah arahan Takashi Tezuka, dengan cerita dan skrip tulisan Yoshiaki Koizumi dan Kensuke Tanabe. Ia salah satu daripada beberapa permainan Zelda yang tidak bertempat di Hyrule, dan tidak mengandungi relik Triforce atau watak Puteri Zelda. Sebaliknya, permainan ini bermula dengan watak protagonis, Link, tersadai di Pulau Koholint, sebuah tempat yang dilindungi oleh satu makhluk yang digelar Ikan Angin (Wind Fish). Dengan memainkan Link, pemain perlu melawan raksasa dan menyelesaikan teka-teki (puzzles) sementara mencari lapan alat muzik yang akan mengejutkan Ikan Angin tersebut yang sedang tidur dan membolehkannya bebas daripada pulau itu.

        Link's Awakening berjaya dari segi komersial dan kritikal. Para pengkritik memuji kedalaman permainan ini dan bilangan ciri-ciri; aduan biasanya menyentuh berkenaan skema kawalannya serta grafik monokromnya. Pembuatan semula permainan ini bertajuk The Legend of Zelda: Link's Awakening DX telah dikeluarkan untuk Game Boy Color pada 1998 dan mengandungi grafik berwarna, keserasian dengan Game Boy Printer serta kurungan berdasarkan warna eksklusif. Kedua-dua versi permainan ini secara keseluruhannya telah terjual sebanyak enam juta unit di seluruh dunia, dan telah muncul dalam senarai permainan terbaik sepanjang masa oleh banyak penerbitan permainan video.

        1. ^ ゼルダの伝説 夢をみる島 (dalam bahasa Jepun). Nintendo Co., Ltd. Dicapai pada 2009-03-26.
        2. ^ "Game Boy (original) Games" (PDF). Nintendo of America Inc. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2011-01-17. Dicapai pada 2011-01-17.
        3. ^ "Iwata Asks: Zelda Handheld History – Like an Afterschool Club". Nintendo of Europe GmbH. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-17. Dicapai pada 2011-01-17.
        4. ^ The Legend of Zelda: Link's Awakening (1993) Game Boy release dates - MobyGames: "Country: United Kingdom - Release Date: Nov 18, 1993"
        5. ^ Mega Fun 11/1993 (majalah Jerman; Scan @ Kultboy.com): "Erscheinungstermin: November" (Tarikh keluaran: November)
        6. ^ "Zeldaの伝説 – Introduction" (dalam bahasa Jepun). Nintendo Co., Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-16. Dicapai pada 2011-01-17.
        7. ^ "Guide 64: Game Boy Release Schedule". Diarkibkan daripada yang asal pada 1999-10-09. Dicapai pada 2014-12-27.
        8. ^ "The Legend of Zelda: Link's Awakening DX". Nintendo of Europe GmbH. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-18. Dicapai pada 2009-05-17.