The Legend of Zelda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Legend of Zelda
The text "The Legend of Zelda"
Logo terkini The Legend of Zelda
GenreAksi-pengembaraan
PembangunNintendo EAD
Capcom/Flagship
Vanpool
Grezzo
Monolith Soft
PenerbitNintendo
PenciptaShigeru Miyamoto
Takashi Tezuka
Eiji Aonuma
Koji Kondo
PlatformGame and Watch
Game Boy
Game Boy Color
Game Boy Advance
Nintendo DS
Nintendo DSi
Nintendo 3DS
Nintendo Entertainment System
Super Nintendo Entertainment System
Philips CD-i
Nintendo 64
Nintendo GameCube
Wii
Wii U
Virtual Console
Keluaran pertamaThe Legend of Zelda
21 Februari 1986
Keluaran terkiniHyrule Warriors
26 September 2013

The Legend of Zelda (Jepun: ゼルダの伝説, Hepburn: Zeruda no Densetsu) ialah siri permainan video aksi-pengembaraan bertemakan fantasi tinggi yang dicipta oleh pereka permainan video Jepun, Shigeru Miyamoto, Takashi Tezuka dan Eiji Aonuma. Ia dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo, dengan beberapa siri mudah alih yang dihasilkan oleh Flagship/Capcom, Vanpool dan Grezzo. Permainannya meliputi unsur aksi, kembara dan penyelesaian teka-teki (puzzle solving). Francais ini dianggap sebagai salah satu francais Nintendo yang paling penting dan terkenal.

Siri ini tertumpu kepada Link, watak yang boleh dimainkan. Link selalunya diberikan tugas menyelamatkan Puteri Zelda dan Hyrule daripada Ganondorf, seorang pencuri berbangsa Gerudo yang merupakan antagonis utama dalam siri ini. Namun, ada juga latar dan antagonis yang berlainan muncul dalam permainan ini; Vaati, misalnya, merupakan antagonis kedua yang muncul dalam keluaran Game Boy Advance siri ini. Kisah permainan ini biasanya melibatkan suatu relik yang dikenali sebagai Triforce, satu peranggu segi tiga keemasan yang omnipotens. Protagonis dalam setiap permainan biasanya bukan Link yang sama, tetapi ada beberapa pengecualian bagi hal ini.

Siri The Legend of Zelda terdiri daripada 17 permainan rasmi yang boleh dimainkan dalam semua konsol permainan utama Nintendo, dan juga beberapa terbitan turunan (spin-off). Siri animasi Amerika yang berdasarkan permainan video ini telah disiarkan pada 1989, dan adaptasi-adaptasi manga yang telah diterima dan dipesan oleh Nintendo telah dihasilkan di Jepun sejak 1997. Setakat 2011, siri ini telah terjual sebanyak 67 juta salinan.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Mekanik permainan[sunting | sunting sumber]

Permainan-permainan The Legend of Zelda merangkumi campuran teka-teki, aksi, pertempuran, penerokaan dan pencarian. Elemen-elemen ini kekal sepanjang siri ini, tetapi penambahbaikan dan ciri-ciri tambahan diterapkan dalam setiap permainan baru. Permainan-permainan yang lebih baru dalam siri ini turut menerapkan unsur mekanik permainan selinap, yang mana pemain perlu mengelak daripada bertembung dengan lawan ketika melepasi satu tahap; dan juga unsur perlumbaan. Walaupun permainan-permainan ini boleh dihabiskan dengan kurang penerokaan dan misi sampingan (side quests), pemain biasanya diberikan ganjaran item-item yang berguna atau kebolehan yang lebih jika mereka menyelesaikan teka-teki atau meneroka kawasan tersembunyi. Sesetengah item muncul dalam setiap permainan dalam siri ini (seperti bom dan bunga bom yang boleh digunakan sebagai senjata dan untuk membuka laluan yang terhalang atau tersembunyi, bumerang yang boleh membunuh atau mencederakan musuh, kunci-kunci untuk pintu yang terkunci, pedang ajaib, perisai dan busur dan panah), manakala sesetengah yang lain hanya muncul dalam permainan-permainan tertentu. Meskipun permainan-permainan dalam siri ini mengandungi banyak unsur permainan video berperanan (role-playing games) (Zelda II juga satu-satunya permainan dalam siri ini yang mempunyai sistem pengalaman), ia menekankan pertempuran secara terus berbanding pertempuran strategik, berdasarkan giliran atau masa aktif seperti yang terdapat dalam permainan video Final Fantasy. Unsur permainan video berperanan dalam siri ini menyebabkan sesetengah pihak[nyatakan menurut siapa?] mempertikaikan bahawa permainan video Zelda sepatutnya dikelaskan sebagai permainan video berperanan aksi, satu genre yang banyak dipengaruhi oleh siri ini.[1]

Setiap permainan dalam siri Zelda utama terdiri daripada tiga kawasan utama: dunia permukaan (overworld), di mana pemain boleh bergerak dalam pelbagai arah, lantas memberikan pemain beberapa darjah kebebasan dalam tindakan mereka; kawasan interaksi dengan watak lain (dalam permainan pertama, kawasan ini hanya terdiri daripada gua-gua atau bilik-bilik tersembunyi, tetapi dalam permainan-permainan seterusnya, kawasan ini turut meliputi seluruh bandar) di mana pemain boleh mendapat item istimewa atau nasihat; dan kurungan bawah tanah (dungeon), iaitu kawasan dengan susun atur yang berselirat, biasanya terletak di bawah tanah, dan mempunyai banyak musuh yang sukar dikalahkan, bos-bos dan item. Setiap kurungan bawah tanah biasanya mempunyai satu item penting yang selalunya perlu untuk menyelesaikan pelbagai teka-teki di dalam kurungan tersebut dan turut memainkan peranan penting dalam menewaskan bos kurungan itu, di samping membantu meneruskan permainan itu. Dalam hampir semua permainan Zelda, ada peta kurungan yang disediakan untuk pemain, yang mendedahkan susun atur kawasan; dan kompas yang menunjukkan lokasi item-item kecil atau lebih penting seperti kunci-kunci dan peralatan. Dalam permainan-permainan yang lebih baru, siri ini turut menyertakan satu "kunci besar" khas untuk membuka pintu untuk bertarung dengan musuh bos dalam kurungan tersebut.

Dalam kebanyakan permainan video Zelda, meter nyawa pemain dinyatakan dalam bentuk sebaris hati. Meter ini dipenuhkan semula melalui banyak cara, seperti mengutip hati yang digugurkan oleh sesetengah musuh yang ditewaskan, melalui pari-pari atau mata air yang terdapat di lokasi-lokasi tertentu, atau menggunakan item seperti posyen. Kebanyakan permainan dalam siri ini mempunyai "bekas hati" atau "cebisan hati" ("heart containers" dan "piece of heart", mengikut turutan) sebagai ganjaran menewaskan bos terakhir dalam satu kurungan atau menyelesaikan sesetengah misi sampingan; satu bekas hati atau empat cebisan hati (lima dalam Twilight Princess) menambahkan satu hati pada meter nyawa. Kedua-dua item ini akan memenuhkan kesihatan pemain.

Permainan-permainan The Legend of Zelda memperkenalkan beberapa ciri yang akan menjadi standard dalam industri permainan video. Permainan Legend of Zelda asal merupakan permainan konsol pertama yang memiliki fungsi simpan yang membolehkan pemain berhenti bermain dan sambung kemudian, manakala The Legend of Zelda: Ocarina of Time memperkenalkan sistem sasaran yang memudahkan pertempuran 3D.

Muzik dan bunyi[sunting | sunting sumber]

legeKoji Kondo, penggubah muzik siri ini, 2007

Kebanyakan muzik dalam siri ini digubah oleh Koji Kondo, seorang yang digambarkan sebagai "legenda terbesar industri audio permainan video" kerana hasil kerjanya untuk Nintendo, meskipun permainan terakhir yang runut bunyinya dihasilkan sepenuhnya oleh beliau ialah The Legend of Zelda: Ocarina of Time.[2]

Permainan-permainan dalam siri The Legend of Zelda selalunya mempunyai alat muzik dalam permainan, terutamanya dalam teka-teki berunsur muzikal yang banyak dalam siri ini.[3] Selalunya, alat muzik ini mencetuskan peristiwa dalam permainan: contohnya, rekorder dalam The Legend of Zelda boleh mendedahkan kawasan-kawasan "rahsia" serta "melompatkan" (warp) Link ke pintu masuk kurungan bawah tanah. Fungsi pelompatan dengan muzik ini juga digunakan dalam A Link to the Past dan Link's Awakening. Dalam Ocarina of Time, bermain alat muzik ialah bahagian utama permainan ini; pemain perlu memainkan alat muzik melalui pengawal permainan untuk meneruskan permainan.[4] Ocarina of Time ialah "[salah satu] permainan kontemporari bukan tarian pertama yang menerapkan unsur menghasilkan muzik sebagai sebahagian daripada mekanik permainan",[5] dengan menggunakan muzik sebagai komponen heuristik dan memerlukan pemain untuk menggunapakai lagu-lagu untuk maju dalam permainan.[6] Mekanik permainan ini juga didapati dalam Majora's Mask,[7] serta beberapa entri lain dalam siri ini dalam bentuk yang kurang menonjol.

"Lagu Tema The Legend of Zelda" ialah muzik yang berulang kali digunakan dalam siri ini dan ia telah dihasilkan untuk permainan pertama dalam francais ini. Komposernya, Koji Kondo, pada asalnya ingin menggunakan Boléro gubahan Maurice Ravel sebagai lagu tema permainan ini, tetapi beliau terpaksa mengubah pilihan beliau apabila sewaktu pembangunan permainan ini, beliau mendapati hak cipta untuk Boléro belum lagi luput; oleh itu beliau menulis gubahan baru untuk tema dunia permukaan dalam satu hari.[8] "Lagu Tema Zelda" menduduki tempat teratas dalam senarai "Sepuluh Lagu Tema Permainan Video Teratas Sepanjang Zaman" oleh ScrewAttack.[9]

Sehingga kini, setiap permainan dalam siri ini mengelak daripada menggunakan pelakon suara untuk watak-watak dalam permainan, sebaliknya hanya bergantung kepada dialog bertulis. Pembuat Skyward Sword telah berkata bahawa, oleh sebab Link tidak bercakap langsung, agak tidak kena sekiranya watak lain bercakap sedangkan Link diam sahaja.[10]

Inspirasi[sunting | sunting sumber]

The Legend of Zelda mendapat inspirasi daripada zaman kanak-kanak Shigeru Miyamoto, ketika mana beliau meneroka kawasan lereng bukit di sekitar rumahnya sewaktu kecil di Sonobe, Jepun. Beliau pernah meneroka hutan dengan tasik-tasik yang tersorok, gua-gua dan kampung-kampung di luar bandar. Menurut Miyamoto, salah satu daripada pengalamannya yang paling beliau ingati ialah ketika beliau menemui pintu gua di tengah hutan belantara. Pada mulanya beliau teragak-agak, lalu beliau masuk ke dalam gua tersebut dengan rasa takut dan meneroka gua itu dengan bantuan cahaya lantera. Miyamoto telah berkata yang setiap permainan Zelda dihasilkan bertujuan untuk memberikan pemain sejenis "taman miniatur" untuk pemain bermain di dalamnya.[11]

Setelah mendengar berkenaan isteri kepada penulis novel Amerika F. Scott Fitzgerald, Zelda Fitzgerald, Miyamoto berpendapat nama tersebut kedengaran "sedap dan penting".[12] Bersempena beliau, Miyamoto menamakan puteri dalam siri ini berdasarkannya dan menamakan permainannya The Legend of Zelda.

Latar[sunting | sunting sumber]

The Legend of Zelda dalam NES

Siri The Legend of Zelda berlatartempatkan satu dunia fantasi bernama Hyrule. Sepanjang pengeluaran siri ini, Hyrule berkembang dengan sejarah yang mendalam dan geografi yang meluas. Kebanyakan penceritaan berkenaan penciptaan Hyrule didedahkan dalam permainan A Link to the Past, Ocarina of Time, The Wind Waker, Twilight Princess dan Skyward Sword. Majoriti penduduk Hyrule ialah bangsa humanoid (seperti manusia) berciri orang halus (elf) bergelar Hylian, yang termasuk watak pemain Link dan Puteri Zelda.

Menurut cerita dalam permainan ini, Hyrule dicipta oleh tiga dewi keemasan: Din, Farore dan Nayru.[13] Selepas dunia dicipta, sebelum mereka berangkat pergi, dewi-dewi ini meninggalkan satu artifak suci bernama Triforce, yang boleh menunaikan permintaan penggunanya. Ia terdiri daripada tiga segi tiga keemasan yang setiap satu daripadanya merupakan penjelmaan nilai setiap dewi: Kuasa, Keberanian, dan Kebijaksanaan (Power, Courage dan Wisdom).[14] Namun, Triforce ini tidak mempunyai pilihan sendiri,[15] ia tidak dapat membezakan antara baik dan buruk, maka ia akan menunaikan sebarang hajat.[16][17] Disebabkan hal ini, ia ditempatkan di dalam satu dunia berasingan yang dinamakan "Sacred Realm" atau "Golden Land" sehingga seorang yang layak menerima kuasanya boleh memperolehinya. Sacred Realm boleh dipengaruhi oleh hati nurani sesiapa yang memasukinya: sesiapa yang mempunyai hati yang bersih akan menjadikan kawasan itu syurga, dan sesiapa yang berhati jahat akan menukarkannya kepada alam kegelapan.[18]

Dalam Skyward Sword, Triforce ini dicari-cari oleh syaitan bernama Demise.[19] Selepas pertempuran yang panjang, Demise dikurung di dalam kuil dewi Hylia, penjaga Triforce.[14][20] Hylia menempatkan bangsa Hylian di atas pulau yang terapung (bernama Skyloft) di langit untuk melindungi mereka dan merumuskan satu cara untuk menghalang syaitan tadi daripada terlepas, iaitu dengan membuat Goddess Sword (yang kemudiannya akan menjadi Master Sword) bagi wira pilihannya,[21] serta meninggalkan sifat ketuhanannya untuk dilahirkan semula sebagai salah seorang penduduk Skyloft.[22] Tepat pada masanya, Zelda dan Link (Hylia yang dilahirkan semula dan wira pilihannya) menjalankan rancangan dewi ini dan Demise berjaya dihancurkan. Namun, Demise bersumpah yang kemarahannya akan dilahirkan semula dan akan menghantui kehidupan keturunan Link dan Zelda.[23] Kata-katanya menjadi nyata dalam Ocarina of Time apabila Ganondorf cuba mendapatkan Triforce dan menyebabkannya berpecah dan berserak, namun dia masih berjaya memperoleh Triforce Kuasa (Triforce of Power). Triforce Kebijaksanaan (Triforce of Wisdom) berada dengan puteri-puteri Hylian daripada keturunan Zelda, yang setiap satu daripadanya dinamakan bersempenanya, sementara Triforce Keberanian (Triforce of Courage) pula diturunkan kepada seorang anak muda bernama Link selama beberapa generasi.

Sejak permainan The Legend of Zelda yang asal, Triforce Kuasa dan Kebijaksanaan telah diperkenalkan, tetapi Triforce Keberanian mula diperkenalkan dalam Zelda II: The Adventure of Link; bahagian Triforce ini diperoleh Link di hujung kembaranya. Triforce, atau sebahagian daripadanya, tidak selalunya diserakkan dan disebarkan dalam satu kepingan. Dalam The Wind Waker, misalnya, Link perlu mencari semua kepingan Triforce Keberanian asal (yang dinamakan Triforce Shards; Serpihan Triforce) sebelum dia boleh pulang ke Hyrule. Malah, dalam The Legend of Zelda yang asal pun, Zelda memecahkan Triforce Kebijaksanaan miliknya kepada 8 kepingan untuk dicari Link sebelum Zelda ditangkap oleh Ganon. Dunia fiksyen yang didirikan oleh siri Zelda menjadi pentas kepada setiap pengembaraan. Beberapa permainan dalam siri ini mengambil tempat di kawasan-kawasan dengan ceritanya sendiri. Sebagai contoh, Termina ialah dunia selari[24] manakala Koholint pula ialah sebuah pulau yang terletak jauh dari Hyrule yang sebenarnya sebahagian daripada sebuah mimpi.[25]

Kronologi siri[sunting | sunting sumber]

Kronologi siri The Legend of Zelda
Kejatuhan Hyrule
(The Decline of Hyrule)
Alam Senjakala
(The Twilight Realm)
Dunia Baru
(A New World)

Kronologi siri Legend of Zelda merupakan topik yang sering menjadi perdebatan di kalangan peminat sehinggalah satu garis masa yang rasmi dikeluarkan pada 21 Disember 2011 di dalam buku pengumpul, Hyrule Historia, yang pada asalnya hanya diterbitkan di Jepun tetapi kemudiannya dilepaskan di Amerika Syarikat.[26][27] Sebelum keluarannya, penerbit-penerbit siri ini mengesahkan kewujudan satu dokumen sulit yang menghubungkan setiap permainan dalam siri ini.[28][29] Sesetengah bahan dan pernyataan daripada pembuat siri ini pernah dijadikan garis masa separa yang rasmi bagi keluaran yang telah dipasarkan. Zelda II: The Adventure of Link ialah susulan bagi permainan The Legend of Zelda asal yang berlaku beberapa tahun kemudian.[30][31] Permainan ketiga, A Link to the Past, ialah prekuel bagi dua terbitan pertama,[32][33][34] dan diikuti secara terus oleh Link's Awakening.[35][36] Ocarina of Time merupakan pendahulu yang terjadi beberapa kurun sebelum permainan-permainan yang dikeluarkan sebelumnya; menurut pereka watak, Satoru Takizawa, tujuan permainan ini adalah untuk menerangkan secara terperinci Perang Pengurungan (Imprisoning War) yang terdapat dalam manual A Link to the Past.[37][38] Skyward Sword pula ialah prekuel kepada Ocarina of Time,[39] manakala Twilight Princess pula berlaku lebih 100 tahun selepas Ocarina of Time.[40][41]

The Wind Waker pula terletak dalam garis masa selari yang berlainan daripada garis masa sebelum ini, dan berpisah daripada garis masa utama selepas Ocarina of Time; latar masanya kira-kira lebih seabad selepas era dewasa Ocarina of Time.[40][41] Phantom Hourglass merupakan penerusan cerita dalam The Wind Waker,[42] dan ia diikuti oleh Spirit Tracks, yang berlaku kira-kira 100 tahun kemudian di sebuah benua maha (supercontinent) yang jauh dari dunia The Wind Waker.[43] Ketika ia dikeluarkan, Four Swords untuk Game Boy Advance dianggap sebagai cerita tertua dalam kronologi siri ini dan Four Swords Adventures berlaku selepas peristiwa dalam Four Swords.[44] The Minish Cap mendahului kedua-dua permainan tersebut; ia menceritakan tentang asal-usul watak jahat Vaati dan penciptaan Four Sword.[45] A Link Between Worlds berlaku enam generasi selepas A Link to the Past. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam permainan tersebut ialah peristiwa Triforce disatukan semula, dan Ganon dibangkitkan semula.[46]

Pengumuman garis masa oleh Nintendo pada 2011 menganjurkan bahawa selepas Ocarina of Time, garis masa siri ini berpecah kepada tiga hala berbeza: dalam garis masa pertama, Link gagal menewaskan Ganon, lantas membawa kepada peristiwa-peristiwa dalam A Link to the Past, Oracle of Seasons & Oracle of Ages, Link's Awakening, A Link Between Worlds, The Legend of Zelda dan Adventure of Link. Dalam garis masa kedua dan ketiga, Link berjaya menewaskan Ganon, lalu membawa kepada pembahagian garis masa kepada dua antara zaman kanak-kanaknya (ketika Zelda menghantarnya pulang ke masa lepas untuk memberitahu Zelda di masa lepas tentang nasib malang yang akan menimpa Hyrule) dan zaman dewasanya (ketika mana Zelda di masa hadapan terus hidup dan cuba membangunkan semula kerajaannya). Zaman kanak-kanak Link diteruskan dengan Majora's Mask, diikuti dengan Twilight Princess. Garis masa dewasa pula bersambung dengan Wind Waker, Phantom Hourglass dan Spirit Tracks.

Pada awal 2000-an, Nintendo Amerika telah mengeluarkan satu garis masa di laman Zelda.com, laman sesawang rasmi siri Legend of Zelda, yang menafsirkan setiap cerita daripada setiap permainan sehingga permainan-permainan Oracle sebagai pengembaraan seorang protagonis bernama Link.[47] Dan Owsen, penterjemah, dan rakan sekerjanya di Nintendo Amerika pernah menghasilkan satu lagi garis masa yang lengkap dan berniat untuk menerbitkannya di atas talian. Namun, pembangun-pembangun siri ini yang dari Jepun menghalang idea ini supaya para pemain boleh terus menafsirkan sendiri garis masa permainan ini.[48]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Hylian ialah bahasa utama yang digunakan di Hyrule, dan turut dituturkan di Termina, Holodrum dan Labrynna. Bahasa ini tidak pernah didengari sebutannya dalam siri permainan ini (kecuali oleh 3 watak tertentu dalam "The Legend of Zelda: The Wind Waker") dan hanya dilihat dalam bentuk penulisan. Sistem penulisan rekaan bahasa ini berubah antara setiap permainan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barton, Matt (2008). Dungeons & Desktops: The History of Computer Role-Playing Games. A K Peters, Ltd. m/s. 209–10, 216, 385. ISBN 1-56881-411-9. Dicapai pada September 8, 2010.
  2. ^ Kohler, Chris (15 Mac 2007). "Behind the Mario Maestro's Music". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-04.
  3. ^ Pichlmair, Martin (2007). "Levels of Sound: On the Principles of Interactivity in Music Video Games" (PDF). Situated Play, Proceedings of DiGRA 2007 Conference. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 Julai 2008. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ Lane, Pete (26 Februari 1999). "Review: Legend of Zelda". BBC News. Dicapai pada 6 April 2008.
  5. ^ McDonald, Glenn (26 Februari 1999). "A Brief Timeline of Video Game Music". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-18. Dicapai pada 6 April 2008.
  6. ^ Whalen, Zach (2007). "Play Along – An Approach to Videogame Music". Game Studies. 4 (1). Dicapai pada 6 April 2008.
  7. ^ Mirabella, Fran. "Legend of Zelda: Majora's Mask". IGN. Dicapai pada 6 April 2008.
  8. ^ "Zelda Exposed from 1UP.com". 1UP.com. March 5, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-02. Dicapai pada August 5, 2010.
  9. ^ "ScrewAttack's Top Ten Video Game Themes Ever". ScrewAttack. 17 Oktober 2008. Dicapai pada 23 November 2008.
  10. ^ "Zelda producer says Link may never talk". GamesRadar. Dicapai pada July 22, 2011.
  11. ^ Andrew Vestal (14 September 2000). "The History of Zelda". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-31. Dicapai pada 25 September 2006.
  12. ^ Todd Mowatt. "In the Game: Nintendo's Shigeru Miyamoto". Amazon.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-20. Dicapai pada 25 September 2006.
  13. ^ Nintendo (1998-11-21). The Legend of Zelda: Ocarina of Time (Nintendo 64). Nintendo. Great Deku Tree: Before time began, before spirits and life existed... Three golden goddesses descended upon the chaos that was Hyrule... Din, the Goddess of Power... Nayru, the Goddess of Wisdom... Farore, the Goddess of Courage... Din... With her strong flaming arms, she cultivated the land and created the red earth. Nayru... Poured her wisdom onto the earth and gave the spirit of law to the world. Farore... With her rich soul, produced all life forms who would uphold the law.
  14. ^ a b Shigeru Miyamoto, Eiji Aonuma (2013-01-29). The Legend of Zelda: Hyrule Historia. Milwaukie, Oregon: Dark Horse. m/s. 76. ISBN 978-1616550417.
  15. ^ Nintendo, penyunting (1992). The Legend of Zelda: A Link to the Past manual. Nintendo. m/s. 3.
  16. ^ Nintendo (1998-11-21). The Legend of Zelda: Ocarina of Time (Nintendo 64). Nintendo. Zelda: If someone with a righteous heart makes a wish, it will lead Hyrule into a golden age of prosperity. If one with an evil mind has his wish granted, the world will be consumed by evil... That is what is foretold...
  17. ^ Shigeru Miyamoto, Eiji Aonuma (2013-01-29). The Legend of Zelda: Hyrule Historia. Milwaukie, Oregon: Dark Horse. m/s. 70. ISBN 978-1616550417.
  18. ^ Nintendo (1998-11-21). The Legend of Zelda: Ocarina of Time (Nintendo 64). Nintendo. Sheik: The resting place of the sacred triangle, the Sacred Realm, is a mirror that reflects what is in the heart...the heart of one who enters it... If an evil heart, the Realm will become full of evil; if pure, the Realm will become a paradise.
  19. ^ Nintendo (2011-11-18). The Legend of Zelda: Skyward Sword (Wii). Nintendo. Zelda: In his thirst to make the world his own, Demise readied a massive army of monsters for war. He sought to take the Triforce for himself by force.
  20. ^ Nintendo (1998-11-21). The Legend of Zelda: Ocarina of Time (Nintendo 64). Nintendo. Introduction: Handed down by the gods of old, this power gave its holder the means to make any desire a reality. Such was the might of the ultimate power that the old ones placed it in the care of the goddess.
  21. ^ Nintendo (2011-11-18). The Legend of Zelda: Skyward Sword (Wii). Nintendo. Zelda: She made the spirit that resides in your sword to serve a single purpose: to assist her chosen hero on his mission.
  22. ^ Nintendo (2011-11-18). The Legend of Zelda: Skyward Sword (Wii). Nintendo. Zelda: Knowing this power was her last and only hope, the goddess gave up her divine powers and her immortal form.
  23. ^ Nintendo (2011-11-18). The Legend of Zelda: Skyward Sword (Wii). Nintendo. Demise: I will rise again. Those like you... Those who share the blood of the goddess and the spirit of the hero... They are eternally bound to this curse. An incarnation of my hatred shall ever follow your kind, dooming them to wander a blood-soaked sea of darkness for all time!
  24. ^ Nintendo, penyunting (2000). The Legend of Zelda: Majora's Mask manual. Nintendo. m/s. 6.
  25. ^ "The Great Hyrule Encyclopedia (K)". Nintendo. Dicapai pada 7 Jun 2009.
  26. ^ "Official Legend of Zelda Timeline Revealed". 22 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-30. Dicapai pada 2014-06-29.
  27. ^ Fred Dutton (3 Mei 2010). "Zelda Timeline Explained". Official Nintendo Magazine. Future Publishing Limited. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-31. Dicapai pada 18 Ogos 2010.
  28. ^ "Shigeru Miyamoto Interview". Super PLAY (dalam bahasa Sweden). Medströms Dataförlag AB (4/03). March 2003. Dicapai pada 24 September 2006.CS1 maint: unrecognized language (link)
  29. ^ Long, Neil; Scullion, Chris. "Game On – The Legend of Zelda: Skyward Sword". Official Nintendo Magazine. Future Publishing Limited (Julai 2010): 51.
  30. ^ Nintendo EAD (14 Januari 1987). The Legend of Zelda 2: Link no Bōken (Famicom Disk System). Nintendo Co., Ltd. Several years after Gannon was destroyed, Link learns from Impa about the another sleeping Princess Zelda.
  31. ^ Nintendo EAD (Disember 1988). Zelda II: The Adventure of Link (Nintendo Entertainment System). Nintendo of America, Inc. After Ganon was destroyed, Impa told Link a sleeping spell was cast on Princess Zelda.
  32. ^ "Zelda no Densetsu: Kamigami no Triforce – Back Cover" (dalam bahasa Japanese). Nintendo Co., Ltd. (via MobyGames). November 21, 1991. Dicapai pada June 10, 2010. 今度の舞台はリンクが活躍した頃よりも遥か昔、ハイラルが、まだ一つの王国であった時代。 / This time, the stage is set a long time before Link's exploits, an era when Hyrule was still one kingdom.CS1 maint: unrecognized language (link)
  33. ^ "The Legend of Zelda: A Link to the Past – Back Cover". Nintendo of America, Inc. (via MobyGames). April 13, 1992. Dicapai pada June 10, 2010. The predecessors of Link and Zelda face monsters on the march when a menacing magician takes over the kingdom.
  34. ^ Dengeki Nintendo 64. MediaWorks, Inc. January 1999. Shigeru Miyamoto: (時オカ→神トラ)それから初代ときてリンクの冒険という順番になる。 / Ocarina of Time, A Link to the Past, then comes the original one and The Adventure of Link in turn. Missing or empty |title= (bantuan)
  35. ^ Nintendo, ed (1993). The Legend of Zelda: Link's Awakening instruction manual. Nintendo. pp. 3–4. "Though you fulfilled the Hyrulian prophecy of the Legendary Hero and destroyed the evil tyrant Ganon, the land of Hyrule enjoyed only a precarious peace. "Who knows what threats may arise from Ganon's ashes?" the restless people murmured as they knitted their brows and shook their heads. Ever vigilant, you decided to journey away from Hyrule on a quest for enlightenment, in search of wisdom that would make you better able to withstand the next threat to your homeland."
  36. ^ "Zeldaの伝説 プロローグ". Nintendo Co., Ltd. Dicapai pada June 10, 2010.
  37. ^ The Legend of Zelda: A Link to the Past Instruction Booklet. Nintendo of America, Inc. April 13, 1992. m/s. 5–6. Many centuries have passed since the Imprisoning War.
  38. ^ "「ゼルダの伝説時のオカリナ」の情報・産地直送!". Hobo Nikkan Itoi Shinbun. November 26, 1998. Dicapai pada June 9, 2010. Satoru Takizawa: 今回のストーリーは本当のオリジナルではなくって、前作のスーパーファミコン版に出てきた「七賢者の封印戦争」を扱っているんだ / The story this time is not truly original, it's from the previous SNES version and tells of the "Seal War of the Seven Sages".
  39. ^ Neil Long, Chris Scullion. "Game On – The Legend of Zelda: Skyward Sword". Official Nintendo Magazine. Future Publishing Limited (July 2010): 51. Eiji Aonuma: I have already talked to Mr. Miyamoto about this so I am comfortable in releasing this information – this title [Skyward Sword] takes place before Ocarina of Time.
  40. ^ a b "Long interview with Eiji Aonuma". nindori.com. Nintendo DREAM. Feb 2007. Dicapai pada Jun 4, 2010. 『時のオカリナ』から百数年後の世界です。 ... 『風のタクト』はパラレルなんですよ。『時のオカリナ』でリンクが7年後の世界に飛んで、ガノンを倒すと、子ども時代に戻るじゃないですか。『トワイライトプリンセス』は、平和になった子ども時代から百数年後の世界なんです。 / It is a world 100 and something years after Ocarina of Time. ... The Wind Waker is parallel. In Ocarina of Time, Link leaps to a world seven years later, defeats Ganon, and then returns to the child era, right? Twilight Princess is the world 100 and something years after peace is restored in the child era.
  41. ^ a b Fennec Fox (Dec 6, 2002). "Interview With Nintendo's Shigeru Miyamoto and Eiji Aonuma". GamePro. GamePro Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-28. Dicapai pada May 30, 2010.
  42. ^ "The Legend of Zelda: Phantom Hourglass". Zelda Universe. Nintendo of America, Inc. Dicapai pada June 10, 2010.
  43. ^ "The Legend of Zelda: Spirit Tracks Eiji Aonuma Interview". GameSpot. November 20, 2009. Dicapai pada May 30, 2010. Eiji Aonuma: Yes, it is actually a sequel and it is taking place about 100 years after the world of the game Phantom Hourglass.
  44. ^ Billy Berghammer (May 17, 2004). "A Legend Of Zelda: The Eiji Aonuma Interview". Game Informer Online. Game Informer Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-07. Dicapai pada November 11, 2009.
  45. ^ "Zelda: The interview!". Nintendo of Europe GmbH. Nov 17, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada May 30, 2010. NoE: How does the Minish Cap fit into the Zelda chronology? Is it a prequel to the upcoming The Legend of Zelda: Four Swords Adventures on GameCube? Aonuma: Yes, this title takes place prior to The Legend of Zelda: Four Swords Adventures, and tells the secret of the birth of the Four Sword.
  46. ^ Jose Otero (August 7, 2013). "New Details for The Legend of Zelda: A Link Between Worlds". IGN. Dicapai pada August 7, 2013.
  47. ^ "The Library: Hall of Time". Nintendo of America, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-10-02. Dicapai pada 2014-06-29.
  48. ^ East, Thomas (May 23, 2011). "Ocarina writer wanted to put Zelda timeline online". Official Nintendo Magazine. Future Publishing Limited. Dicapai pada May 28, 2011.