The Legend of Zelda: A Link to the Past

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Legend of Zelda: A Link to the Past
250px
Gambar kulit Amerika Utara
PembangunNintendo EAD
Capcom (GBA)
PenerbitNintendo
PengarahTakashi Tezuka
PengeluarShigeru Miyamoto
PelukisMasanao Arimoto
Tsuyoshi Watanabe
PenulisKensuke Tanabe
Yoshiaki Koizumi
KomposerKoji Kondo
SiriThe Legend of Zelda
PelantarSuper NES, Satellaview, Game Boy Advance, Virtual Console
Keluaran
GenreAksi-pengembaraan
ModPemain tunggal

The Legend of Zelda: A Link to the Past, dikenali sebagai Zelda no Densetsu: Kamigami no Triforce (ゼルダの伝説 神々のトライフォース, Zeruda no Densetsu: Kamigami no Toraifōsu, secara harfiah "The Legend of Zelda: Triforce Dewa-dewa") di Jepun, ialah permainan video aksi-pengembaraan yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo untuk konsol permainan video Super Nintendo Entertainment System. Ia ialah keluaran ketiga dalam siri The Legend of Zelda dan dikeluarkan pada tahun 1991 di Jepun dan 1992 di Amerika Utara dan Eropah. Shigeru Miyamoto dan kumpulannya ialah satu-satunya kumpulan yang bertanggungjawab dalam pembangunan permainan video ini.

Jalan cerita A Link to the Past bertumpukan Link dalam perjalanannya menyelamatkan Hyrule, mengalahkan Ganon dan menyelamatkan tujuh orang keturunan Pendeta (Sages). A Link to the Past menggunakan pandangan perspektif atas ke bawah 3/4 serupa dengan permainan The Legend of Zelda yang asal dan mengeluarkan unsur-unsur tatal sisi Zelda II: The Adventure of Link. A Link to the Past memperkenalkan unsur-unsur baru ke dalam siri ini yang masih menjadi kebiasaan, seperti konsep dunia selari atau alternatif, Master Sword dan senjata-senjata dan item-item baru yang lain.

A Link to the Past selepas pengeluarannya memperoleh kejayaan komersial dan kritikal, dan merupakan terbitan yang menjadi mercu tanda utama bagi Nintendo. Sehingga kini, ia masih dianggap sebagai salah satu permainan video terhebat sepanjang masa. A Link to the Past telah terjual sebanyak 4 juta unit (satuan) di seluruh dunia dan telah dialihkan ke versi Game Boy Advance (dengan beberapa perubahan) dan Virtual Console untuk Wii dan Wii U. Alihan-alihan ini sangat terkenal dan menyumbang kepada kejayaan permainan ini.

Pengganti permainan ini telah dikeluarkan untuk Nintendo 3DS pada November 2013, yang bertajuk The Legend of Zelda: A Link Between Worlds.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]