The Legend of Zelda: Ocarina of Time

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Legend of Zelda:
Ocarina of Time
Pedang dan perisai yang bercorak tiga segi tiga Triforce dan gencana Hyrule yang berbentuk seperti burung, berada di belakang tajuk permainan ini.
Gambar kotak Amerika Utara
PembangunNintendo EAD
PenerbitNintendo
PengarahShigeru Miyamoto[1]
PengeluarShigeru Miyamoto
PerekaShigeru Miyamoto
Yoichi Yamada
Eiji Aonuma (rekaan kurungan)[2]
Yoshiaki Koizumi
ArtisYusuke Nakano
PenulisShigeru Miyamoto[3][4]
Toru Osawa
Yoshiaki Koizumi[5][6]
KomposerKoji Kondo
SiriThe Legend of Zelda
PlatformNintendo 64, GameCube, iQue Player, Virtual Console (Wii)
Pelepasan
21 November 1998
  • Nintendo 64

            GameCube

                  iQue Player

                  • CHN: November 2003

                  Virtual Console

                      GenreAksi-pengembaraan
                      ModPemain tunggal

                      The Legend of Zelda: Ocarina of Time (Jepun: ゼルダの伝説 時のオカリナ, Hepburn: Zeruda no Densetsu: Toki no Okarina) ialah permainan video aksi-pengembaraan yang dibangunkan oleh bahagian Analisis dan Pembangunan Hiburan Nintendo untuk konsol permainan video Nintendo 64. Ia dikeluarkan di Jepun pada 21 November 1998; di Amerika Utara pada 23 November 1998; dan di Eropah pada 11 Disember 1998. Permainan ini pada asalnya dibangunkan untuk perkakas persisian Nintendo 64DD,[11] tetapi sebaliknya dikeluarkan dalam bentuk kartrij 256 megabit (32 megabait), yang ketika itu merupakan kartrij berkapasiti paling besar yang dihasilkan Nintendo. Ocarina of Time ialah permainan kelima dalam siri The Legend of Zelda, dan merupakan yang pertama menggunakan grafik 3D. Ia disusuli 18 bulan kemudian selepas pengeluarannya oleh sebuah sekuel terus, The Legend of Zelda: Majora's Mask.

                      Dalam Ocarina of Time, pemain mengawal watak protagonis, Link, dalam dunia Hyrule. Link memulakan kembaranya untuk menghentikan Ganondorf, Raja puak Gerudo, daripada memperoleh Triforce, sebuah relik suci yang mampu menunaikan permintaan pemegangnya. Link menjelajah melalui masa dan melepasi pelbagai kurungan (dungeons) untuk membangkitkan pendeta-pendeta yang berkuasa mengurung Ganondorf selama-lamanya. Muzik memainkan perana penting dalam permainan ini—untuk maju, pemain perlu mempelajari dan memainkan beberapa lagu menggunakan okarina. Permainan ini bertanggungjawab dalam meningkatkan minat dan jualan alat muzik itu sendiri.[12]

                      Permainan ini menerima kritikan yang teramat positif. Mekanik permainan Ocarina of Time memperkenalkan ciri-ciri seperti sistem kunci sasaran dan butang-butang yang bertukar fungsi mengikut konteks yang sejak itu menjadi kebiasaan dalam permainan pengembaraan 3D.[13][14] Di Jepun, ia terjual sebanyak 820,000 cetakan pada tahun 1998, menjadikannya permainan kesepuluh paling laris dijual tahun itu.[15] Sepanjang hayatnya, Ocarina of Time terjual sebanyak 1.14 juta salinan di Jepun,[16] dan hampir 7.6 juta salinan di seluruh dunia.[17] Permainan ini memenangi Hadiah Utama dalam bahagian Seni Interaktif di Festival Seni Media Jepun,[18] dan memenangi enam kehormatan dalam Anugerah Pencapaian Interaktif Tahunan ke-2.[19] Ia kini merupakan permainan berkadar tertinggi di laman mengumpul ulasan Metacritic, dengan markah 99/100; pada 2008 dan 2010, Rekod Dunia Guinness menyenaraikan Ocarina of Time sebagai permainan berkadar tertinggi pernah diulas.[20] Penerimaan positif terhadap permainan ini kekal sejak ia dikeluarkan, dan ia kini dianggap oleh ramai pengkritik dan pemain permainan video sebagai permainan video terhebat sepanjang masa.[a]

                      Ocarina of Time telah memiliki empat keluaran semula utama. Ia dialih secara asli ke GameCube bersama-sama Ocarina of Time Master Quest (yang memiliki kurungan-kurungan yang direka semula dengan teka-teki (puzzles) baru, dan ke The Legend of Zelda: Collector's Edition sebagai alihan terus. Ia juga dialih ke iQue Player pada 2003, dan ke perkhidmatan Virtual Console Wii pada 2007. Keluaran-keluaran semula ini diterima dengan baik: meskipun sesetengah pengkritik menganggap permainan yang secara relatifnya tidak berubah ini lapuk,[32][33] pengkritik-pengkritik lain merasakan bahawa permainan ini telah bertahan kualitinya dengan baik selama ini.[34][35] Akhir sekali, keluaran tertingkat 3DS telah dikeluarkan pada 2011; ia sekali lagi mengandungi Master Quest dengan kurungan-kurungan tersusun semula (yang tidak terdapat dalam versi Wii dan iQue), dan juga grafik yang telah dikemas kini serta kesan 3D.

                      Nota[sunting | sunting sumber]

                      Rujukan[sunting | sunting sumber]

                      1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan miyadirect tidak disediakan
                      2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan eijidungeon tidak disediakan
                      3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan miyastory1 tidak disediakan
                      4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan miyastory2 tidak disediakan
                      5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan koistory1 tidak disediakan
                      6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan koistory2 tidak disediakan
                      7. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan releaseZD tidak disediakan
                      8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan releaseIGN tidak disediakan
                      9. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan releaseGB tidak disediakan
                      10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan releaseMQIGN tidak disediakan
                      11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Iwata Asks OoT 3D tidak disediakan
                      12. ^ King, Sharon R. (15 Februari 1999). "Compressed Data; Can You Play 'Feelings' On the Ocarina?". The New York Times. Dicapai pada 25 Ogos 2009.
                      13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Essential 50 tidak disediakan
                      14. ^ Fahs, Travis (17 Disember 2008). "IGN Presents the History of Zelda". IGN. Dicapai pada 16 Januari 2009.
                      15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 1998 sales tidak disediakan
                      16. ^ "販売本数ランキング". ゲームランキング. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-25. Dicapai pada 28 Mei 2009.
                      17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGN GDC 2004 tidak disediakan
                      18. ^ "2nd Annual Japan Media Arts Festival". Japan Media Arts Plaza. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada 20 September 2007.
                      19. ^ "2nd Annual Interactive Achievement Awards". Interactive.org. Dicapai pada 6 Januari 2009.
                      20. ^ Guinness World Records (5 April 2008). "Nintendo Records". Dicapai pada 22 April 2011.
                      21. ^ "The 100 Greatest Games of All Time". www.empireonline.com. Dicapai pada 1 April 2014.
                      22. ^ "The Best Video Games in the History of Humanity". Filibustercartoons.com. Dicapai pada 12 September 2010.
                      23. ^ Ryan, Michael E. "'I Gotta Have This Game Machine!' (Cover Story)." Familypc 7.11 (2000): 112. MasterFILE Premier. Web. 24 Julai 2013. FamilyPC says "Considered by many to be the greatest video game ever [...]"
                      24. ^ "Spring 2009: Best. Game. Ever". GameFAQs. Dicapai pada 10 Jun 2009.
                      25. ^ Mott, Tony, penyunting (2007). Edge Presents The 100 Best Videogames. Future Publishing. m/s. 255. Bahan cetakan semula daripada Edge isu ke-80.
                      26. ^ Mott, Tony, penyunting (2007). Edge Presents The 100 Best Videogames. Future Publishing. m/s. 222.
                        Komentar diterbitkan atas talian: Edge Staff (21 April 2014). "Retrospective: The Legend Of Zelda: Ocarina Of Time". Edge. Future Publishing. Dicapai pada 1 Jun 2014.
                      27. ^ "The 100 Best Games to Play Today". Edge. Dicapai pada 21 November 2009.
                      28. ^ "The 100 Best Games to Play Today". Edge. 200: 59–63. April 2009.
                      29. ^ "Edge readers pick the top 20 games of our lifetime". Nintendo Everything. 24 Oktober 2013. Dicapai pada 1 November 2013.
                      30. ^ "6 Reasons Why Legend Of Zelda: Ocarina Of Time Is The Highest Rated Game Of All Time". whatculture.com. Dicapai pada 23 Ogos 2014. "...largely considered to be one of the greatest games of all time."
                      31. ^ "Ocarina of Time: Why It's STILL The Best Game Of All Time". dealspwn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-26. Dicapai pada 23 Ogos 2014.
                      32. ^ Lewis, Zachary. "Legend of Zelda: Ocarina of Time Master Quest — Review". RPGamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-06-20. Dicapai pada 2 Oktober 2008.
                      33. ^ "Quote: The 640x480p upgrade makes the game look a lot sharper, but compared to other GameCube titles the textures, models, and framerate are definitely dated". IGN. Dicapai pada 13 September 2010.
                      34. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GameSpot VC review tidak disediakan
                      35. ^ kombo (19 Mac 2009). "Is The Legend of Zelda: Ocarina of Time Overrated? Another Look". Dicapai pada 18 Disember 2011.