Thuluth (seni khat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Teks Shahada al Tawhid, pada bendera Saudi Arabia ditulis dengan skrip Thuluth.

Thuluth (Bahasa Parsi: ثلثsolos, Bahasa Turki: Sülüs, daripada Bahasa Arab: ثلث "satu pertiga") ialah sejenis skrip seni khat yang direka oleh seorang Ibn Muqlah Shirazi, seorang berbangsa Parsi. Skrip ini muncul buat kali pertamanya dalam kurun ke-11 M (kurun keempat Hijri). Bentuk lurus dan bersudut skrip Kufi digantikan dengan skrip garisan yang melengkung dan condong (oblik).

Dalam skrip Thuluth, satu pertiga setiap huruf condong, dari mana datangnya nama skrip. Ia skrip besar dan anggun, digunakan pada hiasan masjid dalam Zaman Pertengahan. Beberapa gaya khat lain berkembang daripada Thuluth melalui perubahan kecil bentuk.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Nabi Muhammad (SAW) beriringan dengan Selawat dan Salam dalam gaya Thuluth.

Sumbangan terulung kepada pengembangan skrip Thuluth berlaku pada zaman Empayar Uthmaniyyah dan tiga gelombang berturut-turut, yang disebut ahli sejarah seni Uthmaniyah sebagai "Revolusi Khat":

Farid[sunting | sunting sumber]

Sampel seni khat bentuk simetri menggunakan skrip Thuluth

Thuluth digunakan untuk menulis tajuk surah-surah al-Qur'an. Bebrapa salinan tertua al-Qur'an ditulis dalam gaya Thuluth. Salinan-salinan terkemudian ditulis dengan penggabungan Thuluth dengan sama ada skrip Naskh atau Muhaqqaq, sementara selepas abad ke-15, skrip Naskh digunakan secara ekslusif.

Gaya[sunting | sunting sumber]

Satu ciri penting skrip Thuluth script ialah penggunaan Harakat ("Hareke" dalam bahasa Turki untuk mewakili bunyi vokal (nahu), dan tanda-tanda lain direka untuk mencantikkan skrip. Harkat nahu mengikut hukum biasa skrip Arab, tetapi tanda 'seni' mengikut peraturan tersendiri dari segi tempat dan kumpulan. Satu kaedah kumpulan ialah dengan mengasingkan tanda yang terletak di bawah huruf daripada tanda di atas huruf. Peraturan gaya membolehkan daya cipta lebih dari segi bentuk dan arah.

Skrip yang dikembangkan daripada Thuluth[sunting | sunting sumber]

Semenjak rekaannya, Thuluth telah menghasilkan beberapa jenis skrip khat, dan telah membenarkan banyak perubahan sepanjang tempoh pengembangannya. Thuluth Jeli dibangunkan untuk diguna pada panel-panel besar, seperti batu nisan dan sebagainya. Skrip khat Muhaqqaq dikembangkan dengan melebarkan bahagian-bahagian mendatar Thuluth. Skrip Naskh juga dikembangkan daripada Thuluth, dengan menyerapakan beberapa perubahann seperti memperkecilkan saiz dan kehalusan penulisan. Tevki ialah versi Thuluth yang diubah suai dan kecil.

Berkemungkinan besar skrip Ruq'ah dikembangkan daripada gaya Thuluth, dan Naskh, yang sendirinya dikembangkan daripada Thuluth.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hüseyin Kutlu: Hat sanatı kalemi şevk edebilmektir - Kalem Güzeli
  2. ^ hamdullah1500s
  3. ^ Kitap Sanatı
  4. ^ Ali, Wijdan. "From the Literal to the Spiritual: The Development of Prophet Muhammad's Portrayal from 13th Century Ilkhanid Miniatures to 17th Century Ottoman Art Diarkibkan 2004-12-03 di Wayback Machine". In Proceedings of the 11th International Congress of Turkish Art, eds. M. Kiel, N. Landman, and H. Theunissen. No. 7, 1–24. Utrecht, The Netherlands, August 23–28, 1999, p. 7
  5. ^ Mehmed Şevki Efendi « Sanat Tarihi
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-05. Dicapai pada 2021-09-07.
  7. ^ Türk Ýslam Sanatlarý - Tezyini Sanatlar

Pautan luar[sunting | sunting sumber]