Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tolong Sempurnakan Cerita Mami adalah drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil di Astro Ria melalui Slot MegaDrama. Drama ini adalah arahan Eyra Rahman terbitan Dear Creative Media. Drama ini ditayangkan bermula 13 Januari 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam, bagi menggantikan drama TQ Captain yang telah melabuhkan tirainya.

Tolong Sempurnakan Cerita Mami
GenreKeluarga
Cinta
Berdasarkan daripada
Tolong Sempurnakan Cerita Mami (Novel) karya Syamnuriezmil
PenciptaSyamnuriezmil
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Fatimah Noryyah
Isyariana
Dato' Fizz Fairuz
Alvin Chong
Azizah Mahzan
Eleena Sui
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Dear Creative Media Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
(Slot MegaDrama)
Siaran asal13 Januari 2020
StatusSedang Ditayangkan
Kronologi
MengikutiTQ Captain

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Adeena Aurell (Fatimah Noryyah)berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya(Isyariana Che Azmi) dan Aun Adwa(Fizz Fairuz). Penceraian kedua ibu bapanya mengganggu kehidupan Addie/Deena yang sentiasa berpindah seperti orang nomad. Dia mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangannya semuanya gagal.

Muncul Ku Harez Harith (Alvin Chong)yang dipanggil Cikgu Ku yang mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku, kawan baik mami dan papa dan menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia.

Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.Namun begitu, Razean tidak menyenangi kehadiran semula Ku Harez dalam keluarga mereka.Mengapa papanya sanggup menceraikan maminya dan mahu bekas isterinya berkahwin lagi dengan cikgu Ku Harez?Mengapa pula mami tidak selesa dengan kehadiran semula cikgu Ku? Adakah mereka pernah ada hubungan istimewa sewaktu di London? Dapatkah rancangan Papa Adwa berhasil menyempurnakan cerita mami Addie/Deena?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]