Alvin Chong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Chong.
Alvin Chong
钟瑾桦
إيلۏين چوڠ
KelahiranAlvin Chong Chean Wah
(1991-01-23) 23 Januari 1991 (umur 28)
Gua Musang, Kelantan, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPenyanyi, pelakon, ahli perniagaan
Tahun aktif2012–kini
Ketinggian5 ft 9 in (1.75 m)

Alvin Chong Chean Wah (Bahasa Cina: 钟瑾桦pinyin: Zhōng Jǐnhuà; lahir 23 Januari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Bakatnya lahir daripada program realiti nyanyian iaitu Astro Star Quest (ASQ). Alvin kini merupakan seorang penyanyi yang bernaung di bawah syarikat 360 milik Universal Music Malaysia.[3][4]

Kehidupan awal

Alvin dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan. Beliau berketurunan Cina dan beragama Kristian.[5] Beliau fasih berbahasa Melayu, Hokkien, Mandarin dan Inggeris. Biarpun dibesarkan dengan Bahasa Mandarin dan Hokkien sebagai bahasa ibunda, Alvin fasih berbahasa Melayu. Namun, untuk menyertai industri hiburan tempatan dengan lebih persediaan, beliau mula memahirkan diri dengan Bahasa Melayu dan Inggeris setelah berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 2009.[6] Dalam satu temubual, Alvin turut mengakui persahabatannya dengan pelakon Fattah Amin banyak membantunya menguasai loghat Bahasa Melayu yang bersesuaian untuk kerjaya lakonannya atas bantuan dan dorongan teman rapatnya itu.

Kerjaya

Chong memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 2012 selepas mengambil bahagian dalam program realiti nyanyian iaitu Astro Star Quest (ASQ) dan mempunyai 10 buah lagu yang ditulis dalam bahasa Mandarin. Beliau melangkah ke layar lebar menerusi filem 3 Brothers yang ditayangkan pada tahun 2014, memegang watak sebagai Ah Por.[7]

Beliau seterusnya muncul dalam drama Dia Semanis Honey yang dibintangi oleh Siti Nordiana dan Alif Satar, ia merupakan drama Melayu pertama lakonannya. Chong paling dikenali melalui gandingannya bersama Erma Fatima dalam drama Mak Cun, memegang watak sebagai Thomas Loh[8]

Chong merakamkan single bahasa Inggeris pertamanya bersama penyanyi Filipina, Isabela Vinzon menerusi lagu bertajuk "We Got This".[9]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 3 Brothers Ah Por Watak tambahan
2015 The Dream Boyz[10] Wang Yi Hu
2016 Huat The Fish[10] Alvin Loh Sheng Yang

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Dia Semanis Honey Alvin Astro Ria & TV3
Suri Hati Mr. Pilot Chan King Wei
2017 Mak Cun Thomas Loh Jing Xiang

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2018 I Can See Your Voice Malaysia ntv7 Menjadi pengacara bersama Shuk Balas

Diskografi

Single
  • "Lagu Mu"
  • "Perfect"
  • "Don't Ask Me Why"
  • "Oh!"
  • "Born This Way"
  • "Mencintaimu"
  • "We Got This"

Rujukan

  1. ^ Tahir Alhamzah (13 Julai 2018). #Showbiz: Alvin Chong all set to flying high New Straits Times. Dicapai pada 31 Julai 2018.
  2. ^ Izwan Mohd Isa (17 Februari 2018). "Alvin Chong mendaki tuah". Kosmo!. Dicapai 5 Julai 2018. 
  3. ^ Mohd Izzat Mohd Khalizan (Pelatih UUM). "Alvin Chong Kini Penyanyi Bawah Universal Music" (23 November 2017). Dicapai 5 January 2018. 
  4. ^ Kenneth Chaw. "Actor Alvin Chong's tale of hardship will bring you to tears". Star2 (4 September 2017). Dicapai 4 September 2017. 
  5. ^ "Alvin Chong Bimbang Peminat Keliru Status Agamanya" (20 October 2016). Dicapai 5 January 2018. 
  6. ^ "5 MINUTES WITH THE MULTI-TALENTED ALVIN CHONG". Mens Folio. 15 Mei 2017. Dicapai 5 January 2018. 
  7. ^ "Alvin Chong Bimbang Peminat Keliru Status Agamanya" (11 December 2014). Dicapai 5 January 2018. 
  8. ^ Pui Fun (5 Julai 2018). "Meet Alvin Chong, the inspiring Malaysian artist who refused to conform to sterotypes". World of Buzz. Dicapai 5 Julai 2018. 
  9. ^ "Alvin Chong records first English single with Filipino artiste Isabela Vinzon". Star2. 15 Julai 2018. Dicapai 15 Julai 2018. 
  10. ^ a b "Artiste Alvin Chong has unexpectedly piloted his way into the hearts of Malay TV audiences" (15 November 2014). Dicapai 5 January 2018. 

Pautan luar