Tom Vilsack

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Tom Vilsack
20210427-OSEC-TEW-001 Agriculture Secretary Tom Vilsack (51148817903).jpg
Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat
ke-30 & ke-32
Memegang jawatan
24 Februari 2021
PresidenJoe Biden
Didahului olehSonny Perdue
Dalam jawatan
20 Januari 2009 – 13 Januari 2017
PresidenBarack Obama
TimbalanKathleen Merrigan
Krysta Harden
Michael Scuse (pemangku)
Didahului olehEd Schafer
Digantikan olehSonny Perdue
Gabenor Iowa ke-40
Dalam jawatan
15 Januari 1999 – 12 Januari 2007
LeftenanSally Pederson
Didahului olehTerry Branstad
Digantikan olehChet Culver
Anggota Senat Iowa dari daerah ke-49
Dalam jawatan
11 Januari 1993 – 11 Januari 1999
Didahului olehJack Hester
Digantikan olehMark Shearer
Datuk Bandar Mount Pleasant
Dalam jawatan
1987–1992
Didahului olehEdward King
Digantikan olehStanley Hill
Butiran peribadi
LahirThomas James Vilsack
(1950-12-13) 13 Disember 1950 (umur 70)
Pittsburgh, Pennsylvania, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganChristie Bell (k. 1973)
Anak-anak2
PendidikanKolej Hamilton, New York
Albany Law School
Tandatangan

Thomas James Vilsack (/ˈvɪlsæk/; lahir 13 Disember 1950) ialah seorang ahli politik dan peguam Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat dari bulan Januari 2009 hingga bulan Januari 2017 dan sekali lagi sejak 24 Februari 2021. Seorang ahli Parti Demokrat dari Iowa, Vilsack juga berkhidmat sebagai Gabenor Iowa dari tahun 1999 hingga tahun 2007.

Pada 30 November 2006, beliau secara rasmi mengumumkan pencalonannya untuk Presiden Amerika Syarikat bagi Parti Demokrat pada pilihan raya 2008 tetapi menarik diri pada 23 Februari 2007.[1] Presiden terpilih ketika itu, Barack Obama mengumumkan pencalonan Vilsack sebagai Setiausaha Pertanian pada 17 Disember 2008. Pencalonannya disahkan oleh Senat Amerika Syarikat dengan persetujuan sebulat suara pada 20 Januari 2009. Sehingga pengundurannya pada 13 Januari 2017[2] iaitu seminggu sebelum penggal kedua Obama tamat sebagai presiden, Vilsack merupakan satu-satunya ahli Kabinet A.S. yang telah berkhidmat sejak Obama mula memegang jawatan.

Pada 19 Julai 2016, The Washington Post melaporkan bahawa Vilsack berada dalam senarai khabar angin menjadi calon gandingan Hillary Clinton ketika pilihan raya presiden tahun itu. Akhirnya, senator dari Virginia, Tim Kaine dipilih.[3]

Pada 10 Disember 2020, presiden Joe Biden mengumumkan hasratnya untuk mencalonkan Vilsack sekali lagi sebagai Setiausaha Pertanian dalam pentadbirannya.[4] Pencalonan beliau disahkan Senat Amerika Syarikat pada 23 Februari 2021.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Vilsack dilahirkan pada 13 Disember 1950 di sebuah rumah anak yatim Roman Katolik di Pittsburgh, Pennsylvania. Ibu kandungnya yang berusia 23 tahun (seorang setiausaha) telah tinggal di rumah tersebut sejak September 1950 dengan nama samaran "Gloria". Vilsack dibaptis dengan nama "Kenneth".[5] Beliau diambil sebagai anak angkat pada tahun 1951 oleh Bud, seorang ejen harta tanah dan jurujual insurans dan Dolly Vilsack. Mereka menamakannya Vilsack sebagai "Thomas James".

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Vilsack bersekolah di Shady Side Academy, sebuah sekolah menengah swasta di Pittsburgh. Beliau menerima ijazah sarjana pada tahun 1972 di Kolej Hamilton. Semasa berada di Kolej Hamilton, beliau menyertai sebuah persaudaraan bernama Delta Upsilon. Beliau menerima ijazah Doktor Juris di Albany Law School pada tahun 1975.

Setiausaha Pertanian (2009-2017)[sunting | sunting sumber]

Potret rasmi Vilsack sebagai Setiausaha Pertanian, 2009

Pada 17 Disember 2008, Presiden Barack Obama (presiden terpilih ketika itu) mengumumkan pencalonan Vilsack sebagai Setiausaha Pertanian ke-30.[6] Vilsack telah mentadbir sebahagian besar negeri pertanian seperti dua Setiausaha Pertanian sebelumnya, Mike Johanns (yang kemudian menjadi Senator A.S. dari Nebraska) (2005–2007) dan Ed Schafer (2007–2009).[7]

Senat mengesahkan pencalonan Vilsack untuk jawatan itu dengan persetujuan sebulat suara pada 20 Januari 2009.

Jeanne Shaheen with U.S. Agriculture Secretary Tom Vilsack and New Hampshire Agriculture Commissioner Lorraine Merrill announcing a grant that helps local farms turn commodities into value-added products.
Vilsack bersama Senator Jeanne Shaheen dan Pesuruhjaya Pertanian New Hampshire, Lorraine Merrill pada bulan Ogos 2014 semasa mengumumkan geran bantuan kepada ladang tempatan untuk mengubah komoditi menjadi produk bernilai tambah.

Reaksi terhadap pencalonan Vilsack dari kumpulan pertanian sangat positif termasuk sokongan daripada beberapa persatuan pertanian.[8] Vilsack ialah pengasas dan bekas ketua Perkongsian Bioteknologi Gabenor dan beliau dinobatkan sebagai Governor of the Year oleh Organisasi Industri Bioteknologi, sebuah kumpulan lobi industri.[9]

Selepas penggal pertama[sunting | sunting sumber]

Tidak lama setelah beliau mengundur diri sebagai Setiausaha Pertanian, Vilsack mengeluarkan kenyataan menyokong penggantiannya iaitu Sonny Perdue.[10] Ini menjadikan Perdue satu-satunya calon ahli kabinet yang menerima kenyataan sokongan umum daripada seorang ahli kabinet Obama. Beliau disebut-sebut sebagai calon yang mungkin bertanding untuk Senat Amerika Syarikat pada tahun 2020 untuk kerusi yang kini dipegang oleh penyandang Joni Ernst dari Republikan.[11] Tetapi, Vilsack kemudian menolak untuk mencalonkan diri.[12]

Sejak Februari 2017, Vilsack telah menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Eksport Tenusu Amerika Syarikat.[13]

Vilsack menyokong Joe Biden dalam pemilihan calon presiden Parti Demokrat 2020.[14]

Setiausaha Pertanian (2021-kini)[sunting | sunting sumber]

Vilsack mengangkat sumpah jawatan Setiausaha Pertanian oleh naib presiden Kamala Harris

Pada bulan Disember 2020, Biden mengumumkan akan mencalonkan Vilsack semula sebagai Setiausaha Pertanian.[15] Tindakan Biden diterima kritikan kerana hubungan Vilsack dengan status quo dan pertanian korporat. Vilsack menghadap di hadapan Jawatankuasa Pertanian Senat pada 2 Februari 2021, dan dipersetujui sebulat suara. Pencalonannya disahkan oleh senat pada 23 Februari 2021, dengan undian 92-7.[16]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Vilsack bertemu dengan isterinya, Ann Christine "Christie" Vilsack, di sebuah kafetaria ketika melanjutkan pelajaran di Kolej Hamilton di New York pada bulan Oktober 1968. Vilsack mendekatinya dan bertanya, "Adakah anda penyokong Humphrey atau penyokong Nixon?". Christie menjawab "Humphrey" dan mereka mula bertemu janji. Pasangan ini berkahwin pada 18 Ogos 1973, di kampung halaman Christie Vilsack iaitu Mount Pleasant, Iowa. Vilsack dan isterinya berpindah ke Mount Pleasant pada tahun 1975.

Tom dan Christie Vilsack mempunyai dua anak lelaki, Jess dan Doug.[17]

Pada bulan Mei 2017, cucu perempuan Vilsack yang berusia enam tahun, Ella, meninggal dunia akibat komplikasi influenza.[18]

Pada tahun 2020, Vilsack memenangi wang tunai sejumlah $150,000 dalam Powerball, sebuah permainan loteri yang terkenal di Amerika Syarikat.[19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pindel, James W. (February 23, 2007). "Vilsack Dropping Out". Boston Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2016.
  2. ^ "Radio Iowa, January 13, 2017". Diarkibkan daripada yang asal pada January 6, 2018. Dicapai pada January 14, 2017.
  3. ^ "Two names emerge from Clinton's VP deliberations: Kaine and Vilsack". The Washington Post. July 19, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada January 2, 2019. Dicapai pada July 19, 2016.
  4. ^ @Transition46 (December 10, 2020). "Keluarga bekerja, veteran, petani dan pengeluar, dan mereka yang memperjuangkan tempat mereka di kelas menengah akan mempunyai rakan kongsi dalam pemerintahan sekali lagi. Kumpulan yang berpengalaman ini akan membantu kita mengatasi wabak ini dan berkembang sebaik sahaja krisis selesai" (Tweet). Dicapai pada December 10, 2020 – melalui Twitter.
  5. ^ "Interview with Tom Vilsack by David Axelrod on The Axe Files". podcasts.cnn.net. August 15, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada January 11, 2019. Dicapai pada August 16, 2016.
  6. ^ "Sources: Obama to tap Vilsack as agriculture secretary". CNN. December 16, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada November 5, 2012. Dicapai pada September 5, 2012.
  7. ^ "Senate confirms 6 Obama Cabinet officials, OMB director". CNN. January 20, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada January 22, 2009.
  8. ^ Schuff, Sally (December 22, 2008). "Obama picks Vilsack for ad secretary". Feedstuffs. m/s. 1.
  9. ^ "BIO – Iowas Vilsack Named BIO Governor of the Year". Bio Technology Industry Organization. September 20, 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 18, 2008. Dicapai pada Mei 21, 2017.
  10. ^ Enoch, Daniel (January 31, 2017). "Vilsack backs Perdue for Agriculture Secretary". agri-pulse. Diarkibkan daripada yang asal pada February 23, 2019. Dicapai pada July 25, 2017.
  11. ^ Pfannenstiel, Brianne (2018-12-19). "Tom Vilsack doesn't say 'yes' or 'no' to a possible 2020 challenge to Sen. Joni Ernst". Des Moines Register. Diarkibkan daripada yang asal pada December 9, 2020. Dicapai pada 2019-09-18.
  12. ^ Pfannenstiel, Brianne; Cannon, Austin (February 22, 2019). "Former Iowa Gov. Tom Vilsack will not run for the U.S. Senate against Sen. Joni Ernst in 2020". Des Moines Register. Diarkibkan daripada yang asal pada December 9, 2020. Dicapai pada September 18, 2019.
  13. ^ "Tom Vilsack to Take Helm of U.S. Dairy Export Council". U.S. Dairy Export Council. Diarkibkan daripada yang asal pada September 20, 2019. Dicapai pada September 12, 2019.
  14. ^ Gruber-Miller, Stephen (November 23, 2019). "Former Iowa Gov. Tom Vilsack and wife Christie Vilsack endorse Joe Biden for president". The Des Moines Register (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 9, 2020. Dicapai pada December 9, 2020.
  15. ^ Charles, Dan (December 9, 2020). "Biden plans to bring Vilsack back to USDA despite criticism". NPR. Dicapai pada December 10, 2020.
  16. ^ https://www.nytimes.com/2021/02/23/us/politics/linda-thomas-greenfield-ambassador-united-nations.html
  17. ^ "Jess and Doug Vilsack". justfacts.vote smart.org (Siaran akhbar). Washington D.C.: Project Vote Smart. December 1, 2008. Dicapai pada December 11, 2020.
  18. ^ "UPDATE: Vilsack's granddaughter dies following flu complications". KCRG.com. May 20, 2017. Dicapai pada December 11, 2020.
  19. ^ "Vilsack wins Powerball". Omaha.com. Diarkibkan daripada yang asal pada February 12, 2020. Dicapai pada February 10, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]