Toyota Starlet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Toyota Starlet
1998 Toyota Starlet EP91
Maklumat
PengilangToyota
Mula pengeluaranApril 1973
Tamat pengeluaranJuli 1999
Pengeluaran1973-1999
Tahun model1973-1999
PendahuluToyota Publica
PenggantiVitz
KelasSubkompak
BerkaitDaihatsu Charade

Toyota Starlet adalah kereta kecil yang dihasilkan oleh Toyota Motor Corporation, Japan dari tahun 1973 hingga 1999. Pada awalnya Starlet merupakan versi lebih mahal dari Toyota Publica, dan disebut Publica Starlet.

Starlet yang sebenarnya (tanpa nama Publica) dilancarkan pada tahun 1978 berbentuk Hatchback 3 dan 5 pintu.

Pasaran yang besar untuk Starlet adalah Jepun, Indonesia, Amerika Tengah, dan beberapa negara Eropah seperti Belanda, Belgium, Switzerland, dan Yunani.

Selepas Starlet dihentikan pengeluarannya pada tahun 1999, kedudukannya digantikan oleh Toyota Vitz.


Publica Starlet 40-Series (1973-1977)[sunting | sunting sumber]

Starlet 40 Series
Toyota-PublicaStarletSR.JPG
Maklumat
Mula pengeluaranApril 1973
Tamat pengeluaran1978
Tahun model1973-1978
PendahuluToyota Publica
Pengganti60 Series
Stail badancoupe 2 pintu
Sedan 4 pintu
Reka letakFR layout
PelantarP40 & P50
Enjin993 cc 2K I4
1166 cc 3K I4

Publica Starlet pertama kali dibuat dalam bentuk Coupe 2-pintu. Model Sedan 4-pintu hadir beberapa bulan kemudian. Modelnya mirip dengan Toyota Corolla, tetapi lebih kecil. Mesin yang tersedia adalah 1000 cc 2K dan 1200 cc 3K. Trim level di Jepun adalah Standard, Deluxe, Hi-Deluxe, ST, dan SR.


Starlet 60-Series (1978-1984)[sunting | sunting sumber]

60 Series
1979 Toyota Starlet (6279060466).jpg
The early model Starlet 3-door hatchback (P60, New Zealand)
Maklumat
PengeluaranFeb 1978[1]–Oct 1984
Stail badan3/5-door hatchback
3/5-door station wagon/van
Reka letakFR layout
PelantarP60
Enjin993 cc 2K I4 (KP60)
1,166 cc 3K I4 (KP62)
1,290 cc 4K I4 (KP61)
PenghantaranK40 (4-speed manual)
K50 (5-speed manual)
Jarak roda2,301–2,324 mm (90.6–91.5 in)[2]
Panjang
  • 3,680–3,745 mm (145–147 in)[3]
  • 3,850 mm (152 in) (Van)[4]
Lebar1,525–1,535 mm (60–60 in)[3]
Tinggi1,370–1,395 mm (54–55 in)[3]
Berat Curb695–750 kg (1,532–1,653 lb)[3]
1981 Starlet 1000 (KP60)

Ini adalah Starlet pertama yang berbentuk Hatchback, dan model Station Wagon juga tersedia. Mesin yang digunakan adalah 1000 cc, 1200 cc, atau 1300 cc. Starlet berpenggerak roda belakang ini di Jepun dipasarkan dalam trim level Standard, DX, XL, XL Lisse, S, dan SE.

Model awal mempunyai lampu depan bulat, sedangkan model facelift tahun 1980 hadir dengan lampu depan kotak. Untuk tahun 1983, Starlet mendapat facelift kedua dengan lampu depan kotak dan grille baru, serta lampu belakang baru dengan pintu bagasi yang terbuka lebih rendah.

Starlet KP61 3 pintu merupakan model yang pernah dijual di Amerika Syarikat pada tahun 1981 hingga 1984.


Starlet 70-Series (1984-1989)[sunting | sunting sumber]

70 Series
3rdStarletSi.jpg
Starlet 1.3 Si (EP71, Japan)
Maklumat
PengeluaranOct 1984–Dec 1989
PemasanganJapan
Jakarta, Indonesia
Stail badan
Reka letakFF layout
PelantarP70
Enjin
Penghantaran4 speed manual
5 speed manual
3 speed automatic
4 speed automatic
Jarak roda2,300 mm (90.6 in)
Panjang3,700 mm (145.7 in)
Lebar1,590 mm (62.6 in)
Tinggi1,380 mm (54.3 in)
Berat Curb740 kg (1,631 lb)
1987 Starlet 1.3 SE (EP71)

Starlet sekarang berpenggerak roda depan dengan mesin baru 12 valve 1000 cc 1E atau 1300 cc 2E. Di Jepun, Starlet 1300 cc ada yang menggunakan mesin injection 2E-E, dan turbo 2E-TELU. Starlet berenjin diesel 1500 cc juga dijual di Jepun dan beberapa negara Eropah.

Pada tahun 1985, Starlet pertama yang dipasang di luar Jepun iaitu model EP70 1000 cc di Indonesia. Setahun berikutnya juga dipasang model EP71 1300 cc.

Di Jepun, Starlet terdapat dalam banyak variant, iaitu Standard, DX, Soleil, XL, XL Lisse, S, SE, Si, Si Limited, Si Canvas Top, Ri, Turbo R, dan Turbo S. Model Ri and Turbo R merupakan variant berbody ringan yang untuk keperluan perlumbaan. Sedangkan Turbo S adalah yang kencang dan berkelas. S, Si, Si Canvas Top, Ri, dan Turbo R hanya 3 pintu, SE hanya 5 pintu, sedangkan yang lain ada yang 3 dan 5 pintu. Model 'Turbo S' dan 'Turbo R' mempunyai bumper yang lebih besar dan body kit.

Untuk pasaran export, Starlet hadir dalam model Standard and XL dilengkapi enjin 1000 cc, 1.3 DX, 1.3 XL, 1.3 S, and 1.3 SE dilengkapi enjin 1300 cc, serta Standard berenjin diesel 1500 cc. Berasaskan 1.0 XL atau 1.3 SE, model Si Limited hadir dengan spoiler depan dan belakang, dan ditawarkan dalam warna putih dan two-tone hitam silver.


Starlet 80-Series (1989-1996)[sunting | sunting sumber]

80 Series
Toyota Starlet 199X.jpg
Starlet 1.3 XLi (EP81, Europe)
Maklumat
PengeluaranDec 1989–Dec 1995 (Japan)
1990–March 1997 (Indonesia)
PemasanganJapan
Jakarta, Indonesia
Stail badan3-door hatchback
5-door hatchback
Reka letakFront engine, front-wheel drive / four-wheel drive
PelantarP80
Enjin
Penghantaran4 speed manual
5 speed manual
3 speed automatic
4 speed automatic
Jarak roda2,300 mm (90.6 in)
Panjang3,720–3,805 mm (146.5–149.8 in)
Lebar1,600–1,620 mm (63.0–63.8 in)
Tinggi1,380 mm (54.3 in)
BerkaitToyota Sera

Model ini menggunakan platform P80 dengan design body yang lebih bulat dari model sebelumnya. Untuk pasaran Jepun, Starlet mendapat mesin baru 16 valve 4E-F (karburator), 4E-FE (injection), dan 4E-FTE (injection, turbo). Starlet export tetap menggunakan mesin 1E, 2E, atau 2E-E. Enjin diesel 1N dipasang pada Starlet di Jepun dan beberapa negara di Eropah. Starlet untuk pasaran Jepun dan Indonesia mempunyai garnish pada Bagasi sehingga plat nombor belakang dipasang di bumper, sedangkan untuk negara-negara lain, plat nombor dipasang pada panel bagasi kerana tidak mempunyai garnish.

Variant Starlet 'JDM' (Japanese Domestic Market) adalah Soleil, 'Soleil L' (yang paling laku), S, X Limited, Canvas Top, Gi, dan 'GT Turbo' . Gi dan GT mempunyai standard body kit dan kerusi depan bucket yang sporty, serta lampu belakang dan garnish yang berbeza dari model lain. Mulai tahun 1992, semua Starlet di Jepun menggunakan injection.

Starlet versi export adalah 1.0 Standard, 1.0 XL, 1.3 XL, dan 1.3 S. Di Eropah starlet menggunakan mesin 2E-E dengan injection, sehingga nama variant-nya 1.3 i, 1.3 XLi, dan 1.3 Si. Model 1.0 GL dan 1.3 GLi untuk pasaran Inggeris mempunyai standard sunroof.

Di Indonesia, Starlet dipasarkan dalam variant 1.0 XL, 1.3 SE, dan 1.3 SE Limited yang kemudian menjadi '1.3 SE-G' pada tahun 1992. SE-G mempunyai interior yang mewah seperti X Limited, serta lampu belakang dan garnish seperti Gi dan GT versi facelift. Pada tahun 1996, SE dan SE-G mendapat facelift kembali dengan kap mesin dan body kit yang sama seperti Gi. Model ini disebut 'Fantastic Starlet' .

Pengeluaran Starlet 80-series di Jepun dihentikan pada bulan Disember 1995, tetapi diteruskan di Indonesia sehingga tahun 1999.


Starlet 90-Series (1996-1999)[sunting | sunting sumber]

90 Series
1996-1997 Toyota Starlet (EP91R) Style 5-door hatchback (2011-03-10) 01.jpg
Starlet 1.3 Style (EP91, Australia)
Maklumat
PengeluaranJanuary 1996–July 1999
Stail badan3-door hatchback
5-door hatchback
Reka letakFront engine, front-wheel drive / four-wheel drive
PelantarP90
Enjin
Penghantaran4 speed manual
5 speed manual
3 speed automatic
4 speed automatic
Jarak roda2,300 mm (90.6 in)
Panjang3,750–3,790 mm (147.6–149.2 in)
Lebar1,625 mm (64.0 in)
Tinggi1,400–1,415 mm (55.1–55.7 in)
BerkaitToyota Tercel
Toyota Paseo

Pada dasarnya, ada 3 macam Starlet untuk pasaran Jepun iaitu 'Reflet' (biasa), 'Glanza' (sport), dan 'Carat' (klasik). Starlet Reflet terdiri daripada versi standard yang sangat sederhana, Reflet f kelas menengah yang menggantikan Soleil L, dan Reflet x yang mempunyai peralatan lebih banyak. Starlet Glanza terdiri dari Glanza S yang sporty, dan Glanza V Turbo yang berkemampuan tinggi. Reflet, Carat, dan Glanza S dilengkapi enjin 4E-FE, Glanza V dilengkapi enjin turbo 4E-FTE, dan reflet standard juga boleh didapati dengan enjin diesel 1N. Semua Starlet di Jepun mempunyai SRS Airbag untuk pemandu sebagai peralatan standard.

Untuk variant export Starlet berenjin 2E dan 4E-FE. Di beberapa negara Eropah, Starlet ditawarkan dengan pelbagai trim level. Starlet yang mempunyai peralatan lebih banyak dari pada model asas dan XLi dipasarkan dengan nama GLS, XT, SLi, atau Crystal. Model ini hadir dengan SRS Airbag, head rest belakang, power window, tachometer sebagai kelengkapan standard. Kelengkapan optional-nya adalah ABS dan tingkap bumbung.

  1. ^ Toyota Vehicle Identification Manual. Japan: Toyota Motor Corporation - Overseas Parts Department. 1984. Catalog No.97913-84. 
  2. ^ "Autotest: Toyota Starlet". Autocar. 149 (nbr 4264): pages 33–37. 29 July 1978. 
  3. ^ a b c d "自動車ガイドブック [Japanese Motor Vehicles Guide Book 1979/1980]" (dalam bahasa Japanese). 26. Japan: Japan Automobile Manufacturers Association. 1979-11-01: 130. 053-790026-3400. 
  4. ^ Automobile Guide Book 1979/1980, p. 188