Toyota Vios

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Toyota Vios
2014 Toyota Yaris 1.5 XLi in Chile.jpg
Maklumat
PengilangToyota Motor Company
Juga dikenaliToyota Yaris
Pengeluaran2002–sekarang
PemasanganChachoengsao, Thailand
PendahuluToyota Soluna
Toyota Tercel
KelasSubcompact car
Stail badan4-door Sedan
BerkaitToyota Platz/Echo (2003–2007)
Toyota Belta/Yaris (2007 - sekarang)

Toyota Vios adalah kereta sedan kecil yang dibuat oleh Toyota Motor Thailand untuk pasaran Asia Tenggara. Vios juga dibuat dan dijual di China.

Vios menggunakan platform P yang sama dengan Vitz / Yaris, dan Echo / Platz. Seperti kereta kecil Toyota lain yang menggunakan platform sama, Vios juga mempunyai papan pemuka dengan panel instrumen di tengah.

Diperkenalkan pada tahun 2002, Toyota Vios berfungsi sebagai pengganti daripada Toyota Tercel (juga dikenali sebagai Toyota Soluna di Thailand, Filipina, Singapura, Malaysia, dan Indonesia).



Generasi Pertama (2002-2007)[sunting | sunting sumber]

Generasi pertama
1st Generation Toyota Vios 1.5 G NCP42
Maklumat
Juga dikenaliToyota Soluna Vios (Thailand, 2002)
Pengeluaran2002-2007
2003-2014 (Taiwan)
PemasanganTianjin, China (TFTM)[1]
Jhongli, Taiwan (Kuozui Motors)[2]
Chachoengsao, Thailand
Stail badan4-door sedan
Reka letakFF layout
Enjin1.3 L 8A-FE
1.3 L 2NZ-FE
1.3 L 2SZ-FE
1.5 L 5A-FE
1.5 L 1NZ-FE
1.5 L 3SZ-VE

Vios di Asia Tenggara dilengkapi enjin 1500 cc 1NZ-FE. Di Filipina ada yang menggunakan enjin 1300 cc 2NZ-FE. Vios di China dilengkapi enjin 1300 cc 8A-FE, atau 1500 cc 5A-FE. Trim level untuk Asia Tenggara adalah J (standard), E (kelas menengah), S (sporty dengan body kit), dan G (mewah dengan instrumen digital). Vios dilengkapi enjin turbo 1500 cc (trim level S) dengan body kit hanya dipasarkan di Thailand. Di Indonesia, model yang beredar adalah trim level E (hanya transmisi manual) dan G (tersedia manual dan automatik). Model asas untuk taxi disebut Limo merupakan jenis J di negara lain.

2002-2005 Toyota Vios
2005-2007 Toyota Vios


Generasi Kedua (2007-2010)[sunting | sunting sumber]

Generasi kedua
2007 Toyota Vios 1.5 G NCP93 (Malaysia)
Maklumat
Pengeluaran2007-2010
PemasanganTianjin, China (TFTM)[3]
Chachoengsao, Thailand
Santa Rosa, Laguna, Filipina
Stail badanSedan 4 pintu
Reka letakFF layout
Enjin1.3 L 2NZ-FE
1.5 L 1NZ-FE
1.6 L 4ZR-FE
BerkaitToyota Vitz
Toyota Belta
Toyota Yaris Sedan

Dilancarkan pada awal tahun 2007, Vios terbaru sama dengan Toyota Belta di Jepun, atau Toyota Yaris Sedan di Amerika dan Australia.

Vios baru tetap mempunyai papan pemuka dengan panel instrumen di tengah menghadap ke belakang dan boleh dilihat oleh penumpang, berbeza dengan sebelum ini yang lebih condong menghadap ke arah pemandu. Sound system dengan head unit bersepadu dengan panel dasboard tengah. Untuk model G juga dilengkapi dengan pengatur volume suara pada stir. Start / Stop button hanya ada di model G dengan transmisi automatik. Secara keseluruhan, Vios baru mempunyai ciri-ciri dalaman yang jauh lebih banyak dari pada model sebelumnya.

Untuk pasaran Indonesia, Vios tampil dengan ornamen gril berbentuk huruf "V", sedangkan Vios di negara lain di Asia Tenggara jeriji-nya sama dengan Yaris Sedan.

Toyota Vios facelift 2011 di Malaysia


Generasi Ketiga (2013-kini)[sunting | sunting sumber]

Third generation
Toyota Vios XP150 China 2014-04-16.jpg
Maklumat
Juga dikenaliToyota Yaris Sedan (Middle East, Caribbean, South America and Africa)
Pengeluaran2013–present
PemasanganChina: Tianjin (TFTM)[4]
Indonesia: Karawang[5]
Malaysia: Shah Alam, Selangor[6]
Philippines: Santa Rosa, Laguna
Thailand: Chachoengsao
Stail badan4-door sedan
Reka letakFF layout
PelantarToyota B platform
Enjin1.3 L 4NR-FE
1.3 L 2NZ-FE
1.5 L 5NR-FE
1.5 L 1NZ-FE
Penghantaran5-speed manual
4-speed automatic
BerkaitToyota Yaris (XP150)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "International Cooperation". Faw.com. 2002-08-29. Dicapai 2010-10-17. 
  2. ^ "國瑞汽車股份有限公司 KUOZUI MOTORS, LTD". Kuozui.com.tw. Dicapai 2010-10-17. 
  3. ^ "Ìì½òÒ»Æû·áÌïÆû³µÓÐÏÞ¹«Ë¾". Tftm.com.cn. Dicapai 2010-10-17.  Templat:Cn icon
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 天津一汽丰田汽车有限公司 tidak disediakan
  5. ^ Aszhari, Arief (2013-12-18). "Toyota Vios Made in Indonesia Mulai Diproduksi". Okezone Autos (dalam bahasa Indonesian). Dicapai 2013-12-18. 
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Gen.3 Toyota Vios M'sia launch tidak disediakan