Tuhan Beri Aku Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuhan Beri Aku Cinta
Genre
PenciptaAzlina Pa'Wan
Ditulis olehAzlina Pa'Wan
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu tema"Tuhan Beri Aku Cinta" nyanyian Ayushita
Lagu penutup"Tuhan Beri Aku Cinta" nyanyian Ayushita
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifSiti Salwah Mohd. Yasin
PenerbitSuzana Mohd. Yasin
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Medyavizyon Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal1 Oktober 2023 – 3 November 2023
StatusTamat
Kronologi
MengikutiDarah Merdeka
Diikuti olehZuriat Dari Penjara

Tuhan Beri Aku Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan bersama Adinata MK & AG Kader terbitan Medyavizyon Sdn Bhd, dibintangi oleh Alya Iman, Azlee Khairi dan Meor Mohd. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 bermula 1 Oktober 2023 menggantikan Darah Merdeka.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Memaparkan kehidupan dan cinta manusia biasa. Ayu tinggal bersama dengan ayahnya. Ayu bekerja di rumah keluarga Syukri. Bapanya Pak Samad merupakan pemandu keluarga Syukri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Episod[sunting | sunting sumber]

No. Episod Ringkasan
1 Ayu tinggal bersama dengan ayahnya. Ayu bekerja di rumah keluarga Syukri. Ayahnya, Pak Samad pula merupakan pemandu keluarga Syukri. Ayu dirompak. Namun, dia berjaya mengejar dan mengambil begnya kembali.
2 Marlia menghantar rombongan meminang Syukri dan hal ini mengejutkan Ibu bapa Syukri. Marlia mengugut Dato’ dan Datin dan berkeras mahu berkahwin dengan Syukri.
3 Pak Samad meninggal dunia selepas kejadian rompakan di rumah keluarga Syukri. Ayu sangat sedih kehilangan ayahnya. Syukri pula masih di hospital kerana ditembak oleh perompak di kakinya.
4 Datin Kamariah mengamuk dan menampar Datin Saadiah apabila mengetahui Datin Saadiah mempunyai perasaan terhadap anaknya, Syukri. Datuk Ismail sangat marah dan sedih dengan kelakuan Datin Kamariah di pejabatnya.
5 Ayu menampar Syukri kerana Syukri menuduhnya yang bukan-bukan. Ayu dimarahi Datin. Ayu sedih kerana dia diperlakukan seperti itu.
6 Syukri marah dan cemburu apabila melihat Ayu menegur lelaki lain. Nadia, isteri muda Encik Tahir pula telah merancang sesuatu. Encik Tahir meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Nadia pada masa yang sama cuba memikat Syukri.
7 Syukri menyesal melayan Ayu dengan begitu dan dia cuba membetulkan keadaan. Nadia dan ibunya menjadi pengurus projek dan bekerjasama dengan syarikat Syukri.
8 Syukri diperangkap oleh Nadia. Mereka ditangkap khalwat. Ayu disahkan mengandung namun Syukri tidak mengendahkannya.
9 Datuk dan Datin ke rumah Syukri. Mereka marah kerana Syukri cuba menyembunyikan perkahwinannya dengan Nadia. Ibu Nadia dan Nadia pula baru mengetahui bahawa Syukri telah mempunyai isteri bernama Ayu. Nadia keguguran.
10 Ayu memberitahu Datin Khaty bahawa dia telah diceraikan oleh Syukri dan dia juga telah bersalin. Zafran membawa Ayu ke rumah keluarga mertua Ayu.
11 Nadia cuba memujuk Syukri ke rumah keluarganya. Nadia tidak sangka dia pula tidak dilayan. Ibu Nadia pula pengsan di pejabat. Nadia cemas dan terus ke hospital. Datuk dan Datin cuba memujuk Syukri untuk berbaik semula dengan Ayu.
12 Syukri datang ke rumah Ayu dan kawannya. Ayu takut dengan apa yang Syukri lakukan. Zafran berjumpa Syukri dan memberitahunya bahawa dia akan berkahwin dengan Ayu. Syukri sedar bahawa Ayu cintakan Zafran.
13 Zafran menghidap penyakit dan cuba merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan Ayu.

Rujukan & Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV1: Slot Widuri, Jumaat - Ahad 6:45 petang
Sebelumnya Tuhan Beri Aku Cinta Berikutnya
Darah Merdeka Zuriat Dari Penjara