Tunku Besar Burhanuddin
| Tunku Besar Burhanuddin | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Tunku Besar Seri Menanti | |||||
| Tunku Besar Seri Menanti | |||||
| Pemerintahan | 14 Julai 1888 - 5 Julai 1961 | ||||
| Didahului oleh | Tuanku Muhammad Shah Tuanku Antah | ||||
| Diikuti oleh | Tuanku Muhriz Ibni Tuanku Munawir | ||||
| Keputeraan | Tunku Burhanuddin ibni Almarhum Tuanku Antah 22 September 1878 Bandar Diraja Seri Menanti, Mukim Sri Menanti, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Persekutuan Tanah Melayu, Tanah Melayu | ||||
| Kemangkatan | 5 Julai 1961 Istana Baroh Seri Menanti, Negeri Sembilan | ||||
| Pemakaman | 6 Julai 1961 Makam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu | ||||
| Pasangan | Tunku Sharifah Alawiyah binti Sayid Abdul Hamid (k. 1907; m. 1949) Cik Halija binti Umar (k. 1911; m. 1968) | ||||
| Anakanda | Tunku Mustapha, Tunku Mohamed, Tunku Indrian, Tunku Daud, Tunku Adnan, Tunku Mahmud, Tunku Shahabuddin, Tunku Kurshiah, Tunku Hamdah, Tunku Ampuan Durah, Tunku Sharifah Alawiyah, Tunku Muhammad Jamil, Tunku Ahmad, Tunku Ghariba, Tunku Zahariah, Tunku Ampuan Najihah | ||||
| |||||
| Wangsa | Pagaruyung | ||||
| Ayahanda | Yamtuan Antah | ||||
| Bonda | Chik Puan Besar Halimah Binti Uggoh | ||||
| Agama | Islam Sunni | ||||
Tunku Besar Burhanuddin Ibni Almarhum Yamtuan Antah (Jawi: تونكو برهان الدين يمتوان انته; 22 September 1878 – 5 Julai 1961) ialah seorang kerabat diraja Negeri Sembilan dan pernah menjadi pemangku raja Negeri Sembilan.
Ayahandanya ialah Yamtuan Antah Yamtuan Raden, yang menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-6 dari 1869 hingga 1888. kekanka Tunku Besar Burhanuddin, Tuanku Muhammad menjadi Yamtuan Besar ke-7 dan yang pertama menggunakan gelaran Yang di-Pertuan Besar apabila Yamtuan Antah mangkat.
Salasilah
[sunting | sunting sumber]Tunku Besar Burhanuddin dikenali sebagai bapa kepada permaisuri Negeri Sembilan. Ketiga-tiga puterinya berkhidmat sebagai Tunku Ampuan (gelaran bagi permaisuri Yang di-Pertuan Besar).
Puteri sulung baginda, Tunku Kurshiah telah berkahwin dengan Tuanku Abdul Rahman dan merupakan Tunku Ampuan dari tahun 1933. Baginda digantikan sebagai Tunku Ampuan oleh adiknya dan puteri kedua Tunku Besar Burhanuddin, Tunku Ampuan Durah, yang telah berkahwin dengan Tuanku Munawir.
Puteri bongsu Tunku Besar Burhanuddin, Tunku Ampuan Najihah[1] berkahwin dengan Tuanku Ja’afar. Baginda menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1967 hingga 2008.
Tunku Kurshiah dan Tuanku Najihah juga pernah berkhidmat sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia .
Seorang cucunda puteri baginda, Tunku Bahiyah, anakanda Tunku Kurshiah, merupakan Sultanah Kedah dan pernah juga menjadi Raja Permaisuri Agong. Cucunda putera baginda, Tuanku Muhriz, anakanda Tunku Ampuan Durah menjadi Yang di-Pertuan Besar ke-11.
Tunku Besar Burhanuddin mangkat pada tahun 1961.
Penghormatan asing
[sunting | sunting sumber]
United Kingdom:
- Pingat Setia St Micheal dan St George (CMG, 3 Jun 1935) [2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ The right royal address, The Star, July 22, 2010
- ↑ "No. 34166". The London Gazette. 31 Mei 1935. m/s. 3598.