Seri Menanti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan pekan Sri Menanti di Johor.
Istana Besar Seri Menanti

Seri Menanti adalah bandar diraja bagi Negeri Sembilan. Ia terletak kira-kira 32 kilometer dari ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Bandar ini terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalnya petani.[1]

Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti.[2] Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi. Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri itu jika dibuka.[3]

Bangunan menarik[sunting | sunting sumber]

Istana Lama Seri Menanti

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Diraja Tuanku Munawir
  2. Balai Polis Seri Menanti
  3. Klinik Kesihatan Seri Menanti
  4. Pejabat Pos Seri Menanti

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Seri Menanti Palace of Negeri Sembilan" (PDF). Malaysian Australian New Zealand Association. March 2007. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 29 August 2007. Dicapai 27 May 2009. 
  2. ^ "The Royal Town of Seri Menanti". Malaysia Story Blog. 31 July 2007. Dicapai 27 May 2009. 
  3. ^ "Tunku Ali appointed Tunku Besar Seri Menanti". Bernama. The Star (Malaysia). 23 February 2009. Dicapai 27 May 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]