UPB-MyTeam F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari UPB-MyTeam)
Jump to navigation Jump to search

Untuk maklumat mengenai program realiti televisyen, lihat MyTeam (siri TV Malaysia).

'
logo
Nama penuh UPB-MyTeam Football Club
(Kelab Bolasepak UPB-MyTeam)
Gelaran "The Revolution"
Ditubuhkan 2006
Dibubarkan 2009
Stadium/Padang Stadium MBPJ,
Petaling Jaya
Kapasiti 25,000
Pengerusi Khairy Jamaluddin
Ketua Jurulatih Bojan Hodak
Liga Liga Super Malaysia
2007-08 11
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Kelab Bola Sepak United Plantations Berhad-MyTeam, atau UPB-MyTeam FC, adalah merupakan pasukan telah ditubuhkan dari sekumpulan pemain dari pelbagai latar belakang yang dikumpulkan bersama oleh bekas pemain kebangsaan Malaysia, Serbegeth Singh.

MyTeam mengambil bahagian dalam perlawanan pertunjukan menentang pasukan kebangsaan Malaysia pada 28 Mei 2006. Walau bagaimanapun MyTeam tewas 1-2. MyTeam kemudiannya dijemput untuk menyertai Liga Perdana Malaysia bagi musim 2007.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Idea[sunting | sunting sumber]

Ahli politik Malaysia, Khairy Jamaluddin dan DJ radio Jason Lo adalah orang-orang di sebalik tabir pembentukan MyTeam. Ideanya adalah untuk mendapatkan 22 pemain bukan profesional yang dipilih daripada ujian pemilihan yang diadakan merentas Malaysia bagi bertanding merentasi skuad kebangsaan Malaysia.

Idea ini telah diwar-warkan sebagai satu revolusi bola sepak tempatan dan satu kempen media besar-besaran telah dilancarkan untuk menarik minat di kalangan muda-mudi untuk mencungkil bakat mereka. Perlancaran program ini telah dilakukan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur .

Pemilihan[sunting | sunting sumber]

Cara memilih pemain dalam MyTeam adalah seperti berikut:

  • Pemain yang tidak menggunakan bola sepak sebagai kerja utama;
  • Berumur 17 tahun ke atas;
  • Boleh berlari 100m dalam 12 saat.

Krew MyTeam telah menjelajah ke 13 buah negeri di Malaysia untuk memilih tiga pemain terbaik di setiap negeri yang mereka kunjungi untuk diserapkan ke Bukit Jalil. Antara 39 permain yang berjaya menyertai MyTeam, hanya 22 yang berjaya masuk ke senarai terakhir pasukan MyTeam.

Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Perlawanan antara MyTeam dan pasukan Malaysia, telah berlangsung pada 28 Mei 2006 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan bermula pada pukul 8.45 malam. Menjelangnya perlawanan tersebut, satu kontoversi telah berlaku di mana Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada masa itu, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad mengatakan MyTeam hanyalah pasukan 'mee segera'.

Terdapat juga satu spekulasi mengenai "pasukan kebangsaan" yang akan bermain menentang MyTeam. Sebahagian memberi petunjuk bahawa FAM akan menghantar pasukan bawah 20 tahun untuk bermain menentang MyTeam. Manakala segelintir peminat mengatakan bahawa pasukan utama Malaysia akan hadir. Akhirnya, pasukan "Malaysia" yang bermain menentang MyTeam adalah merupakan satu campuran pemain senior dan bawah 20 tahun yang diuruskan oleh K. Rajagopal iaitu jurulatih pasukan bawah 20 tahun Malaysia.

MyTeam memeranjatkan Malaysia dengan mendahului pada awal babak pertama sebelum tewas dengan jaringan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Farderin Kadir. Dalam perlawanan tersebut juga menyaksikan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak di buang padang.

Selepas Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Perlawanan ini telah menarik minat kebanyakan peminat bola sepak Malaysia, namun masih ada yang meragui bahawa program MyTeam akan "merevolusikan bola sepak Malaysia".

Sungguhpun menang dalam perlawanan ini, namun persembahan pasukan Malaysia dikatakan agak hambar jika dibandingkan dengan sebuah pasukan amatur berlawan dengan mereka.

Rasmi[sunting | sunting sumber]

Pengurusan Kelab (2007–08)

Nama Kewarganegaraan Tugas
Khairy Jamaluddin Abu Bakar Malaysia Pengerusi/Presiden
Jason Lo Malaysia Timbalan Pengerusi/Timbalan Presiden & Pengurus Pasukan
Ruben Emir Gnanalingam Malaysia Naib Presiden
Martin Bek-Nielsen Denmark / Malaysia Naib Presiden
Muhammad Yakub Hussaini Malaysia Naib Presiden & Pembantu Pengurus
Dax Muhamad Malaysia Setiausaha
Al-Naliq Hasmi Malaysia Pembantu Setiausaha Umum
T. Kunaseelan Malaysia Setiausaha Umum (Pasukan Piala Presiden)
Aqliff Shane Casey Malaysia Bendahari Kehormat
Safirul Azli Abu Bakar Malaysia Pegawai Media
Ismail Ibrahim Malaysia Pengurus Peralatan
Shamim Imran Malaysia Penganalisa Perlawanan
Herman Antoni Indonesia Kit Man

Staf Teknikal (2007–08)

Nama Kewarganegaraan Tugas
Jason Lo Malaysia Pengurus Pasukan
Bojan Hodak Croatia Ketua Jurulatih
Khan Hung Meng Malaysia Ketua Jurulatih
Abdul Rashid Hassan Malaysia Jurulatih Penjaga Gol
Luiz Pablo Pozzuto Argentina Jurulatih/Pakar Motivasi/Penganalisis
Jacob Joseph Malaysia Jurulatih Skuad Piala Presiden
Mohd Azrilreza Azman Malaysia Fisioterapi

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pertandingan Juara Naib Juara
Liga Perdana Malaysia 2007

Bekas Pemain[sunting | sunting sumber]

Pemain Luar Negara

Pemain Tempatan

Pemain dengan dua kerakyatan

Ketua Jurulatih[sunting | sunting sumber]

Tahun Jurulatih
2006 - Croatia Bojan Hodak

Pautan luar[sunting | sunting sumber]