United Sabah Bajau Organisation

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Logo usbo.jpg

Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu atau United Sabah Bajau Organization (USBO). Penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan untuk membela nasib suku kaum Bajau/Sama di negeri ini bermula seawal tahun-tahun 1950an. Bagaimanapun, usaha bersungguh-sungguh sekumpulan guru-guru berketurunan Bajau/Sama dari daerah Papar Sabah sekitar awal tahun 1960an membawa kepada penubuhan Persatuan Sabah Bajau Bersatu atau United Sabah Bajau Association (PSBB/USBA). PSBB atau USBA yang didaftarkan pada 15 Julai 1964, mengkhususkan keahliannya hanya kepada rakyat Malaysia yang berketurunan suku kaum Bajau/Sama, Irranun dan Suluk sahaja pada ketika itu. Sejak tahun 1964 USBA atau PSBB memindahkan pusat gerakannya ke daerah Kota Belud. Ketika itu, USBA lebih kenali ramai sebagai PSBB.

Bagaimanapun, untuk menekankan dan menjelaskan perjuangannya yang lebih menjurus kepada bidang budaya dan seni Bajau/Sama, maka nama PSBB diubah menjadi Persatuan Seni Budaya Bajau, Sabah atau Bajau Arts And Cultural Association, Sabah pada 1993 tetapi masih mengekalkan akronim PSBB.

Penukaran nama[sunting | sunting sumber]

Selaras dengan perkembangan semasa yang menuntut perjuangan NGO yang lebih mencabar, maka pada 10 Ogos 2006 perlembagaan PSBB dipinda sekali lagi dan seterusnya menukar nama Persatuan Seni Budaya Bajau, Sabah menjadi Pertubuhan tahun 1993 Wira Bajau Sabah kota Kinabalu kg lok kurai Bersatu atau United Sabah Bajau Organization (USBO), sekaligus memperluaskan ruanglingkup perjuangannya.

Keahlian USBO juga diperjelaskan lagi dengan merangkumkan rakyat Malaysia yang berketurunan suku-suku kaum rumpun Bajau/Sama seperti Bajau, Bajo,Jama Mapun atau Kagayan, Balangingi/Bangingi', Binadan, Kubang, Sama, Sama Delaut, Simunul, Sivutu’, Sikuvung, Yakan, Sibaud, Ubian, Irranun dan Suluk selagi ia berstatus Wira

warganegara Malaysia

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

USBO: Organisasi ini pada hakikatnya telapun wujud sejak 43 tahun yang lalu; Mulanya sebagai Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB); Persatuan Seni Budaya Bajau (PSBB). USBO diluluskan pendaftarannya dan perubahan namanya pada 10 Ogos, 2006

  • Penasihat : YB. Datuk Seri Panglima Shafie Haji Afdal
  • Presiden : Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said
  • Timbalan Presiden I : Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia
  • Timbalan Presiden II : Datuk Haji Aliasgar Basri
  • Timbalan Presiden III : Pn. Chandramata Haji Sinteh
  • Naib Presiden I : Haji Norzain Haji Tawi
  • Naib Presiden II : Haji Mohamad Said Hinayat
  • Naib Presiden III : Abdul Rashid Alan
  • Naib Presiden IV : Datuk Haji Yusof Amat Jamli
  • Setiausaha Agung : Dr. Haji Liddy Salun
  • Bendahari Agung : Haji Mohd. Akhir Tikok
  • Ketua Penerangan : Kibin Haji Samad
  • Tim Setiausaha Agung : Jemil Haji Sidah
  • Ahli Majlis Tertinggi:

Engineer Ajin Gagah @ Hazin, Mohamad Amir Haji Awid, Marali Haji Adim, Mohd Salim Gabot, Haji Abdul Hamid Kalling, Ramzah Haji Ahmad, Mohd Hasnan Haji Abd. Ghani, Norshima Simon, Haji Juragan Samamin, Dr. Mohd. Sharif, Mohd. Yunin Atin, Awang Rablah, Musli Haji Oli,