Pandikar Amin Mulia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tan Sri
Pandikar Amin Haji Mulia
PSM
Pandikar Amin Mulia.jpg
Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-8
Dalam jawatan
29 April 2008 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib
Butiran peribadi
Lahir (1955-09-17) 17 September 1955 (umur 62)
Kota Belud, Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara
Parti politik Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Puan Sri Hadijah Teng Abdullah
Pekerjaan Malaysia Speaker Dewan Rakyat

Tan Sri Pandikar Amin Mulia (lahir 17 September 1955) merupakan ahli politik veteran Malaysia berasal dari Kota Belud, Sabah. Beliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia bagi penggal ke-12 selepas pilihan raya umum ke-12 menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib[1]. Pada 2013 sekali lagi beliau terpilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Beliau dianugerahkan lulusan undang-undang dari Wolverhampton Polytecnic dan Lincoln Inn, London.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pandikar menceburi bidang politik pada 1982 apabila bertanding bagi kawasan Parlimen Kota Belud, tetapi tewas. Pada tahun yang sama beliau bertanding pula pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan DUN Usukan, Sabah dan berjaya memenangi kerusi itu atas tiket USNO.[2]

Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu dan meletak jawatan selepas menjawat jawatan Speaker Dewan Rakyat. Beliau juga pernah memegang jawatan Speaker Perhimpunan Negeri Sabah dari 1986 hingga 1988[3].

Beliau juga merupakan bekas Senator dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1999-2002).

Beliau pernah menjadi Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR BERSATU), sebuah parti politik dari Sabah yang telah dibubarkan. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu (USBO). Pada 2008 beliau menjadi (ADUN) Tempasuk, Sabah.

Yang Dipertua Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, Pandikar Amin terpilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-12 selepas menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Datuk Ronald Kiandee dan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga dari Malaysia Timur terpilih sebagai Timbalan Yang Dipertua.[4][5]

Pada 2013, Pandikar Amin Mulia terpilih sekali lagi sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas mendapat sebanyak 133 undi dalam sesi pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-13 pada 25 Jun 2013.Beliau mengalahkan bekas Hakim Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman - (89 undi). Abdul Kadir adalah calon dari pembangkang. Datuk Roosme Hamzah selaku Setiausaha Dewan Rakyat mengumumkan perlantikan tersebut yang dipilih menerusi kaedah undi bersurat.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Ismail Mohamed menggantikan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang pindah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri. [6]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Pandikar Amin Hj Mulia pernah menulis buku bertajuk '20 perkara dakwaan penyelewengan dan ulasan' pada 1992;Kota Kinabalu . Buku ini membincangkan tentang perjanjian dan persetujuan kemerdekaan Sabah bersama Malaysia .20 perkara adalah syarat kemasukan Sabah ke dalam Malaysia. Ini termasuklah pemansuhan Perkara 161C dan 161D. Beberapa pihak mempersoalkan bilangan pekerja dari Semenanjung yang bekerja di Sabah. [7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MPs urged to follow the rules". The Malaysian Insider (dalam bahasa B. Inggeris). 2008-04-26. Dicapai 2008-04-27. 
  2. ^ "Biodata, Rombakan Kecil Kabinet". Berita Harian. 21 Mei 1999. Diarkibkan daripada asal pada 12 Mei 2008. Dicapai 12 Mei 2008. 
  3. ^ "Baptism of fire for Speaker Pandikar Amin at first sitting". The Star (dalam bahasa B. Inggeris). 2008-05-01. Dicapai 2008-05-01. 
  4. ^ Pandikar Amin Mulia Speaker Dewan Rakyat
  5. ^ Vasudevan, V. (28 April 2008). "A day of firsts in parliament". New Straits Times. Diarkibkan daripada asal pada 1 May 2008. Dicapai 28 April 2008. 
  6. ^ Pandikar Amin dipilih semula Yang Dipertua Dewan Rakyat penggal ke-13
  7. ^ 20 perkara dakwaan penyelewengan dan ulasan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]