United Technologies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
United Technologies Corporation
Awam
Didagangkan sebagaiNYSE: UTX
Kumpulan DJIA
Komponen S&P 100
Komponen S&P 500
IndustriKonglomerat
PendahuluUnited Aircraft Corporation
Ditubuhkan1934; 85 tahun yang lalu (1934)
PengasasFrederick Rentschler
Ibu pejabatFarmington, Connecticut, Amerika Syarikat[1]
Tempat dibekalkan
Seluruh dunia
Perancang utama
Gregory J. Hayes
(Presiden, Pengerusi dan CEO)[2]
Hasil US$59.837 bilion (2017)[3]
US$8.672 bilion (2017)[3]
US$4.552 bilion (2017)[3]
Jumlah aset US$96.920 bilion (2017)[3]
Jumlah ekuiti US$29.610 bilion (2017)[3]
Bilangan pekerja
202,797 (2017)[3]
Laman sesawangwww.utc.com

United Technologies Corporation (UTC) adalah konglomerat multinasional Amerika yang beribu pejabat di Farmington, Connecticut. Ia meneliti, membangun, dan mengeluarkan produk di pelbagai tempat, termasuk enjin pesawat, sistem aeroangkasa, HVAC, lif dan eskalator, api dan keselamatan, sistem bangunan, dan produk perindustrian. UTC juga merupakan kontraktor ketenteraan yang besar, mendapat kira-kira 10% hasilnya daripada kerajaan A.S..[4][5] Gregory J. Hayes merupakan CEO dan pengerusi.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra-1970an[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: United Aircraft

1970an dan 1980an[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1974, Harry Gray yang sebelumnya bekerja di Litton Industries, meninggalkan syarikat itu dan menyertai United Aircraft sebagai CEO.[7] Beliau juga menunjukkan cita-cita untuk mempelbagaikan perniagaan United Aircraft dengan menukar nama syarikatnya kepada United Technologies Corporation (UTC) pada tahun 1975.[8] Kepelbagaian ini bertujuan untuk mengurangkan pergantungan pesawat United Aircraft pada pesanan yang hanya datang dari tentera.[7] UTC menjadi sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada pengambilalihan dan menggabungkan usaha untuk mengembangkan perniagaannya.[7] Pada tahun 1976, UTC juga memperoleh Otis Elevator.[9] Pada tahun 1979, Carrier Refrigeration dan Mostek diperoleh oleh UTC.[10]

Mostek lalu dijual ke Thomson pada tahun 1985.

1990an[sunting | sunting sumber]

UTC memperoleh Sundstrand Corporation pada tahun 1999, dan menggabungkannya dengan Hamilton Standard miliknya, bagi membentuk Hamilton Sundstrand.

2000an[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003, UTC membeli Chubb Security, yang juga menandakan kemasukan UTC ke dalam bidang keselamatan bangunan.

Pada tahun 2004, UTC memperoleh Schweizer Aircraft Corporation, yang dirancang akan tetap berdiri sendiri[11] dibawah kendali Sikorsky Aircraft miliknya.

Pada tahun 2005, UTC membeli Kidde, untuk mengukuhkan perniagaan keselamatan bangunannya. Pada tahun yang sama, UTC juga memperoleh Boeing's Rocketdyne, untuk digabungkan dengan Pratt & Whitney miliknya.

Pada bulan Mac 2008, UTC membuat tawaran sebanyak $ 2.63 bilion untuk membeli Diebold, pengeluar mesin perbankan.[12] Namun, Diebold menolaknya kerana dianggap kurang pantas.[13]

Pada bulan November 2008, Carrier Corporation milik UTC membeli NORESCO[14][15].

Pada bulan Disember 2009, diumumkan bahawa UTC akan memperoleh 49,5% saham di Clipper Windpower seharga $206 juta.[16][17][18][19]

2010an[sunting | sunting sumber]

Pada bulan April 2010, UTC mengumumkan pelaburan € 15 juta untuk membina United Technologies Research Center Ireland di University College Cork, yang akan digunakan untuk menjalankan penyelidikan dalam sistem tenaga dan keselamatan.[20]

Pada bulan Oktober 2010, UTC bersetuju untuk memperoleh seluruh saham di Clipper.[21]

Pada bulan September 2011, UTC memberikan penawaran senilai $18,4 bilion kepada Goodrich Corporation.[22]

Pada bulan Jun 2012, UTC telah menjual bahagian ketenteraannya ke China.[23] Setelah melanggar peraturan dan membuat kenyataan palsu, UTC dan anak-anak syarikatnya didenda $ 75 juta.[24]

Pada bulan Julai 2012, UTC secara rasmi memperoleh Goodrich dan bergabung dengan Hamilton Sundstrand, untuk membentuk Sistem Aeroangkasa UTC.

Pada bulan Februari 2013, UTC Power telah dijual kepada ClearEdge Power.[25]

Pada bulan Oktober 2014, Toshiba dan UTC sepakat untuk memperluas kerjasamanya hingga ke luar Jepun.[26]

Pada bulan November 2015, Lockheed Martin menyelesaikan proses perolehan bernilai $9 bilion terhadap Sikorsky Aircraft milik UTC.[27]

Pada bulan Februari 2016, Carrier Air Conditioner milik UTC mengumumkan kepada pegawainya bahawa kilang mereka di Indianapolis, Amerika Syarikat akan dipindah ke Monterrey, Mexico.[28]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Locations". utc.com. Dicapai February 1, 2016. 
  2. ^ "Louis Chenevert stepping down as CEO of United Technologies, being replaced by Gregory J. Hays". Market Business News. 24 November 2014. Dicapai 2014-11-24. 
  3. ^ a b c d e f "United Technologies Annual Report 2017" (PDF). UTC. Dicapai 23 May 2018. 
  4. ^ Ehrenfreund, Max (5 December 2016). "CEO: United Tech. considered federal contracts in decision to keep Indiana jobs in deal with Trump". The Washington Post. Dicapai 2 January 2016. I also know that about 10 percent of our revenue comes from the U.S. government," [United Technologies chief executive Greg Hayes] said. 
  5. ^ "CorpWatch : United Technologies". Diarkibkan daripada asal pada July 4, 2015. Dicapai July 3, 2015. 
  6. ^ "UTC Names Gregory J. Hayes As President And Chief Executive Officer". CNN. November 24, 2014. Diarkibkan daripada asal pada November 29, 2014. Dicapai November 24, 2014. 
  7. ^ a b c Fernandez 1983.
  8. ^ Fernandez 1983, halaman 246
  9. ^ Fernandez 1983, halaman 246–251.
  10. ^ Fernandez 1983, halaman 260–264.
  11. ^ Schweizer acquisition press release
  12. ^ UTC's bid for Diebold
  13. ^ "Diebold rejects $2.63 billion buyout bid - Business - US business - msnbc.com". MSNBC. 2008-03-03. Dicapai 2012-02-16. 
  14. ^ [1]
  15. ^ [2]
  16. ^ Clipper Windpower Gets GBP126.5 Million Investment From United Tech
  17. ^ "Clipper says UTC to buy 49.5 percent stake". Reuters. Dicapai July 3, 2015. 
  18. ^ Terry Macalister. "United Technologies Corporation flies to the rescue of Clipper Windpower". the Guardian. Dicapai July 3, 2015. 
  19. ^ UTC aims to take 49.5% of Clipper Windpower
  20. ^ [3][pautan putus]
  21. ^ UTC to acquire remaining interest in Clipper Windpower North American Windpower, October 18, 2010. Retrieved: October 23, 2010.
  22. ^ "United Technologies to acquire Goodrich in USD 18.4 bn deal". September 23, 2011. 
  23. ^ "United Technologies sent military copter tech to China". Reuters. June 28, 2012. 
  24. ^ Winter, Michael (June 28, 2012). "United Technologies sold China software for attack copter". USA Today. 
  25. ^ Nirappil, Fenit (February 12, 2013). "ClearEdge Power finalizes acquisition of UTC Power". The Oregonian. Dicapai 24 February 2013. 
  26. ^ "Toshiba and United Technologies ink deal to expand outside Japan" (Siaran akhbar). Reuters. 16 October 2014. 
  27. ^ "Lockheed Martin Completes Acquisition of Sikorsky Aircraft · Lockheed Martin". lockheedmartin.com. Dicapai 2016-02-18. 
  28. ^ Mann, Ted (13 February 2016). "Viral Video Over Plant Closure Gets Attention in GOP Debate". The Wall Street Journal. Dicapai 3 March 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]