Kongzi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Confucius)
Jump to navigation Jump to search
Kongzi
frames
Nama Leluhur (姓) Kong (子)  (Pinyin: Zǐ)
Nama Keluarga (氏) Kong (孔)  (Pinyin: Kǒng)
Nama Berian (名) Qiu (丘)  (Pinyin: Qiū)
Nama Zi (字) Zhongni (仲尼)
(Pinyin: Zhòngní)
Gelaran Anumerta
(謚)
Pendeta Kong
孔子,孔夫子)
(Pinyin: Kǒngzǐ, Kǒngfūzǐ;)
Pendeta Terunggul Purba
(至聖先師)
(Pinyin:Zhìshèng Xiānshī)
Wade-Giles K'ung-tzu, K'ung Fu-tzu
Confucius 02.png

Kongzi (Cina Tradisional: 孔子; pinyin: Kǒngzǐ), Kongfuzi atau Kong Hu Cu (Cina Tradisional: 孔夫子; pinyin: Kǒng Fūzǐ); 551 SM - 479 SM) merupakan seorang ahli fikir serta filsuf masyarakat yang termasyhur di China.

Falsafah beliau menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai-nilai ajarannya terkenal di China, berbanding ultrakeundangan dan Taoisme, sewaktu zaman dinasti Han. Digunakan sejak masa itu sebagai faham ortodoks maharaja, fikiran Kongzi telah diperkembangkan menjadi sebuah sistem falsafah yang luas dan lengkap, dan yang kini digelarkan Konfusianisme. Falsafah ini diperkenalkan kepada dunia Barat oleh seorang mubaligh Jesuit bernama Matteo Ricci; dia juga merupakan orang yang pertama untuk memberikan nama bahasa Latin kepada beliau iaitu Confucius (disebut [kon-fu-ki-us] atau [kon-fiu-syĕs]).

Perbincangan dengan pengikut-pengikutnya yang menggambarkan keseluruhan ajarannya dihimpunkan setelah kematian beliau dalam suatu buku khas berjudul Lúnyǔ.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Meninjau usia 15 ku teringin belajar; (十五向學)

Meninjau usia 30 ku terdiri teguh; (三十而立)

Meninjau usia 40 ku terhilang keraguan; (四十而不惑)

Meninjau usia 50 ku tererti takdir; (五十而知天命)

Meninjau usia 60 ku terdengar nasihat; (六十而耳順)

Meninjau usia 70 ku termampu kehendak hatiku tanpa terlewati batasan (七十而從心欲,不踰矩)

— [1]

Beliau dilahirkan di Zhou (kini Wilayah Shandong) yang terletak di negeri Lu pada Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh (春秋時代). Ayahnya merupakan seorang komander negeri Lu dan meninggal dunia sewaktu Kongzi berumur tiga tahun. Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidaklah kaya. Kematian ayahandanya meninggalkan mereka dalam kemiskinan. Kongzi berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Kongzi sanggup melakukan pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 527 SM, beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru.

Kerjaya perguruan[sunting | sunting sumber]

Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang tinggal berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu.

Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi masalah komplot penggulingan kuasa. Kongzi mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik orang ramai supaya mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta terdahulu. Beliau membuat penegasan ajaran-ajaran pendeta terdahulu dalam kelasnya.

Selepas beberapa tahun, ajaran serta teorinya disebarkan luas ke seluruh China oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang mengamalkannya.

Kerjaya dalam kerajaan[sunting | sunting sumber]

Kongzi yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir terhapuskan. Cara pentadbiran yang diperkenalkan adalah begitu baik sekali sehinggakan beliau dilantik menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk menahan pemecatan kuasa menteri. Kongzi meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496B.C untuk mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera negeri lain membenarkan beliau melancarkan reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu.

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan meniggal dunia 3 tahun kemudiannya di Lu – 479 S.M. Selepas beliau meninggal dunia, peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu (Sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan sebuah taman yang cantik dan dinamakan Taman Kong.

Walaupun Kongzi telah meninggal dunia tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokongnya di seluruh China. Kitab yang disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah Lunyu (Inggeris:Analects), dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Kongzi serta ajarannya yang semakin hilang.

Pemikiran[sunting | sunting sumber]

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Etika[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Peringatan[sunting | sunting sumber]

Tokong yang pertama dikhusukan untuk beliau di Malaysia terletak di sebuah sekolah yang bernama Kongzi Chung Hwa School di Pulau Pinang.[petikan diperlukan] Sekolah ini diasaskan oleh Duta Besar Dinasti Qing ke kawasan jajahan selat British pada awal kurun ke-20. Pada masa itu, orang orang Tionghua di Pulau Pinang akan membawa anak-anak mereka ke tokong untuk memberi penghormatan kepada Kongzi sebelum memulakan persekolahan awal mereka.

Di Melaka, sebuah bangunan yang dinamakan Bangunan Kongzi juga didirikan untuk memperingati jasa Kongzi dan para pengikutnya yang handal dalam bidang akademik. Setiap tahun, istiadat diadakan untuk memberi penghormatan kepada Kongzi pada hari jadi Kongzi iaitu pada 27 haribulan 8 Kalendar Cina (28 September 551 BCE).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Analects, translation by Charles Muller The Analects 479 BCE - 221 BCE, II.2, 4

Pautan luar[sunting | sunting sumber]