Upin & Ipin (Musim ke-3)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Upin & Ipin (Musim ke-3)
Upin Ipin 3.jpg
Negara asalMalaysia
Jumlah episod42
Siaran
Saluran asalTV9
Siaran asal2 Februari 2009 (2009-02-02) – 30 Disember 2009 (2009-12-30)
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim ke-2
Seterusnya →
Musim ke-4
Senarai episod Upin & Ipin

Musim ketiga Upin & Ipin, yang membawa tajuk penuh Upin & Ipin dan Kawan-Kawan, bermula pada 2 Februari 2009.[1] Sehingga pertengahan bulan Mei, tiga episod ditayangkan (termasuk ulangan) setiap minggu pada Isnin hingga Sabtu, jam 7 malam[2], diikuti siaran tiga dalam satu pada Ahad, dari pukul 7.00 hingga 7.30 malam.

Mulai 14 Mei, waktu siaran Upin & Ipin dihadkan kepada hujung minggu, iaitu Jumaat hingga Ahad, jam 5.30 petang. Selain itu, syarikat TM[3] diumumkan sebagai penaja utama siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan hingga kini.

Pada bulan September, siaran Upin & Ipin dikembalikan kepada setiap hari Isnin hingga Ahad dengan episod-episod baru sempena bulan puasa dan cuti sekolah akhir tahun. Musim ketiga diakhiri dengan "Kembara ke Pulau Harta Karun (bahagian 8)" keluar pada 30 Disember 2009, menjadikannya 42 episod kesemuanya.

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Siaran pertama DVD
191"Air Kolah, Air Laut (bhg 1)"2 Februari 2009Vol. 4
Hujan lebat menyebabkan Upin & Ipin kebosanan berdiam di rumah sahaja, tetapi mereka dididk oleh Opah bahawa hujan itu rahmat dari Tuhan. Senyap-senyap, Upin & Ipin merancang sesuatu yang memerlukan imaginasi, iaitu membayangkan diri mereka merupakan dua pahlawan yang hendak menyelamatkan Puteri Mei Mei dari genggaman Jarjit si lanun.
202"Air Kolah, Air Laut (bhg 2)"3 Februari 2009Vol. 4
Ketika Hang Upin dan Hang Ipin berlawan pantun dengan Jarjit si lanun, mereka dicelah oleh serangan Kak Ros. Rupa-rupanya mereka berdua bermain kapal kertas di bilik mandi.
213"Basikal Baru (bhg 1)"4 Februari 2009Vol. 5
Mail, Ehsan, dan Mei Mei memperagakan basikal baru di hadapan Upin dan Ipin. Walaupun seronok kejar-mengejar namun Upin dan Ipin terpaksa memecut dengan kaki, jadi mereka pun dahagakan basikal sendiri.
224"Basikal Baru (bhg 2)"9 Februari 2009Vol. 5
Pada hari kemudian, Upin dan Ipin melawat Tok Dalang untuk memasang basikal baru yang khas untuk ditunggang mereka berdua. Kawan-kawan mereka tertarik dengan basikal itu sehingga Fizi yang tiada basikal lagi meminta Tok Dalang buat basikal baru.
235"Berkebun (bhg 1)"10 Februari 2009Vol. 4
Kak Ros melarang Upin dan Ipin bermain melainkan mereka turut membantu berkebun. Kawan-kawan Upin dan Ipin pun datang untuk menolong dan memberi tunjuk ajar kepada mereka berdua.
246"Berkebun (bhg 2)"11 Februari 2009Vol. 4
Upin dan Ipin dan kawan-kawan menemui siput, beluncas dan cacing di kebun. Upin dan Ipin mengejek Mail dengan haiwan-haiwan itu, sementara Mei Mei mengajar baik buruk setiap haiwan itu. Ros menyuruh adik-adiknya menyiram air baja pula, tapi mereka main lagi.
257"Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 1)"16 Mac 2009Vol. 5
Upin dan Ipin tergamam kerana menggeruni doktor gigi yang hendak melawat tadika, jadi mereka cuba memperdaya Opah agar menyatakan tidak setuju dalam surat kebenaran, tetapi rancangan mereka digagalkan oleh Kak Ros.
268"Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 2)"17 Mac 2009Vol. 5
Doktor gigi datang melawat, murid-murid semakin takut. Satu demi satu doktor gigi memanggil nama dari pembesar suara di van, murid-murid cuba mencari jalan untuk mencegah "gigi dicabut" pula, kecuali Mail yang menipu dengan menyatakan tidak dalam surat kebenaran.(Dengan cara Menggelar "Ye la nama saya kan Ismail bin Mail.)
279"Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 3)"18 Mac 2009Vol. 6
Semua murid lega menjalani pemeriksaan gigi. Pada hari keesokannya, Doktor Ravi melawat bilik darjah untuk mengajar murid-murid menjaga kesihatan gigi. Mail tidak hadir, rupa-rupanya kerana sakit gigi.
2810"Kisah Dua Malam (bhg 1)"14 Mei 2009Vol. 6
Upin dan Ipin berkongsi perihal Cikgu Jasmin menegah anak-anak dari berada di luar pada lewat malam kerana ancaman hantu, tetapi Opah membetulkan kenyataan itu sebagai teladan kepada anak-anak agar balik ke rumah awal. Kak Ros mengingatkan adik-adiknya mengenai sebatang pokok kelapa condong yang "berhantu".
2911"Kisah Dua Malam (bhg 2)"15 Mei 2009Vol. 6
Di tadika, Mei Mei menceritakan kisah dirinya bertembung dengan hantu Cina (dipaparkan sebagai Jiang Shi) pada larut malam, rupa-rupanya dipetik dari tontonan DVD. Lepas cerita, Jarjit pula bermain-main hantu.
3012"Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 1)"16 Mei 2009Vol. 6
Hang Upin dan Hang Ipin berjaya menahan Kapten Jarjit dan konco-konconya. Puteri Mei Mei mendedahkan sehelai peta harta karun. Malangnya geng Jarjit terlepas dan menawan kapal Hang Upin dan Hang Ipin.
3113"Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 2)"21 Mei 2009Vol. 6
Hang Upin dan Hang Ipin menaiki perahu nelayan untuk mengejar lanun-lanun untuk merebut peta yang dirampas oleh Jarjit. Ketika mereka bergelut lagi, seekor burung gergasi datang mengganggu dan mencampakkan peta ke arah sebuah pulau.
3214"Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 3)"22 Mei 2009Vol. 6
Daripada berlawan, Puteri Mei Mei bercadang agar Hang Upin, Hang Ipin dan lanun-lanun Jarjit Singh berganding bahu, bersama-sama mencari harta karun di pulau. Mereka perlu bertanding dengan gergasi batu untuk mencapai harta karun buruan mereka.
3315"Istimewa Hari Ibu (bhg 1)"23 Mei 2009Vol. 7
Seluruh bilik darjah heboh membincangkan Hari Ibu yang menjelang, malangnya Upin dan Ipin tiada ibu tersayang. Opah menceritakan serba sedikit kisah ibu Upin, Ipin dan Ros sewaktu hidup.
3416"Istimewa Hari Ibu (bhg 2)"7 September 2009Vol. 7
Upin dan Ipin hendak bermain di rumah kawan, tetapi semua kawan-kawan sibuk mengemas rumah, membuat kek sempena Hari Ibu. Mei Mei sempat menjemput mereka meraikan Hari Ibu bersama. Kak Ros membawa Upin dan Ipin untuk menziarahi dan membersihkan kubur ibu mereka.
3517"Kami 1Malaysia (bhg 1)"8 September 2009Vol. 7
Upin, Ipin dan kawan-kawan leka bermain pistol mainan, sehingga Opah menyuruh mereka semua masuk ke rumah untuk mendengar kisah hidup Opah sewaktu zaman peperangan sebagai pengajaran kepada anak-anak agar bersyukur dengan keamanan negara zaman sekarang.
3618"Kami 1Malaysia (bhg 2)"9 September 2009Vol. 7
Opah memesan Upin, Ipin dan kawan-kawan untuk membawa makanan ke rumah Tok Dalang. Setibanya di situ, mereka memerhati Tok Dalang baru bermula mengecat bendera Malaysia. Apabila Tok Dalang berehat, kanak-kanak semua berganding bahu menyiapkan bendera.
3719"Seronoknya Membaca (bhg 1)"21 September 2009Vol. 8
Mei Mei dan Upin bergilir-gilir membacakan cerita Arnab dan Kura-kura kepada seluruh bilik darjah mengikut buku cerita, diikuti Mail yang begitu kecoh, berpura-pura sudah baca tetapi mereka-reka kesudahan cerita. Ijat dipanggil untuk menyambung cerita, tapi masih tak pandai membaca.
3820"Seronoknya Membaca (bhg 2)"22 September 2009Vol. 8
Ipin diminta untuk mehghabiskan cerita, selepas itu murid-murid menghayati pengajaran dari kisah arnab dan kura-kura. Sebuah perpustakaan bergerak dipandu ke tadika untuk menyemarakkan lagi minat membaca. Sayangnya, Ijat terpaksa mengambil kelas tambahan dari Cikgu Jasmin untuk belajar membaca.
3921"Seronoknya Membaca (bhg 3)"23 September 2009Vol. 8
Setiap murid meminjam sebuah buku dari perpustakaan bergerak. Waktu bermain, Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan buku yang dipinjam. Mei Mei bermegah rajin membaca buku tanpa gambar, tetapi apabila mencuba buku yang dipinjam Ipin tak boleh pula. Rupa-rupanya tulisan Jawi, Tok Dalang bacakan untuk semua.
4022"Berpuasa Bersama Kawan Baru (bhg 1)"24 September 2009Vol. 8
Di gerai Mail, Upin & Ipin bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang lain macam pelatnya, baru pindah ke mari hari kelmarin. Kemudian, mereka menyedekahkan ayam goreng yang dibeli mereka tadi kepada Tok Dalang ketika ada kerja pemasangan talian telefon dan internet di rumahnya.
4123"Berpuasa Bersama Kawan Baru (bhg 2)"25 September 2009Vol. 8
Di tadika, gadis dari gerai Mail semalaman memperkenalkan dirinya sebagai Susanti, yang pindah bersama ibu bapanya dari Jakarta, Indonesia. Selepas waktu sekolah, Upin, Ipin dan Ehsan bergegas ke rumah Tok Dalang untuk menyaksikan kecanggihan Internet bersama cucunya Badrul.
4224"Selamat Menyambut Lebaran"26 September 2009Vol. 8
Badrul dapat menghubungi bapanya yang sibuk di kota agar Tok Dalang boleh menegurnya dari jauh di kampung. Secara mengejut Tajul si bapa Badrul memutuskan talian, dalam masa singkat dia tiba di kampung. Susanti merindui suasana lebaran di negara asalnya, jadi kawan-kawan barunya di Kampung Durian Runtuh menjemputnya untuk menggunakan Internet untuk menghubungi orang-orang tersayang di sana.
4325"Upin, Ipin & Apin (bhg 1)"23 November 2009Vol. 7
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Upin, Ipin dan kawan-kawan menemui seekor kucing yang sendirian dalam semak. Ehsan geli dengan kucing, dan Fizi yang sudah membela banyak kucing tidak mampu menampung seekor dalam rumahnya. Oleh itu, Upin dan Ipin menjadi penjaga kucing itu yang diberikan nama Apin oleh mereka berdua, tetapi ditegah oleh Kak Ros.
4426"Upin, Ipin & Apin (bhg 2)"24 November 2009Vol. 7
Rupa-rupanya Kak Ros alah kepada bulu kucing. Mujurlah Opah membenarkan Upin dan Ipin membela Apin, dengan syarat bahawa anak kucing tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Walaupun diberi tempat tidur di ruang bawah rumah, sekali-sekala Apin mencuri masuk ke dalam rumah untuk mengusik kedua-dua pemiliknya. Tidak lama kemudian, Apin akhirnya bertemu semula dengan ibunya, maka Upin dan Ipin menjemput si ibu kucing tinggal bersama.
4527"Jejak Rembo (bhg 1)"25 November 2009Vol. 9
Ketika bermain sorok-sorok bersama kawan-kawan, Upin dan Ipin terserempak dengan Tok Dalang yang tengah mencari ayam jantan belaannya, Rembo. Kebetulan pula kawan-kawan lain mahu berhenti, oleh itu senanglah untuk Upin dan Ipin menolong Tok Dalang dengan penampilan dan kelengkapan detektif olok-olok mereka.
4628"Jejak Rembo (bhg 2)"30 November 2009Vol. 9
Sambil ditunjukkan gambar Rembo, Upin dan Ipin menemui sebelah kasut kanak-kanak di halaman rumah Tok Dalang. Selepas itu, mereka menyoal siasat kawan-kawan sendiri dengan berlagak penyiasat yang tegas: Fizi, Ehsan, Mail, tetapi tiada apa-apa petunjuk baru. Tok Dalang makin tawar hati, tetapi Detektif Upin dan Ipin tidak berputus asa begitu sahaja, apalagi baru menemui tapak kaki kucing.
4729"Jejak Rembo (bhg 3)"1 Disember 2009Vol. 9
Upin dan Ipin menyoal siasat pula Apin, selepas itu Kak Ros, tapi tidak banyak membantu, sekurang-kurangnya Rembo tidak menjadi makanan sesiapa. Tiga helai bulu ayam putih akhirnya menjadi petunjuk mutlak yang membawa mereka ke sebuah kampung berhampiran di mana Rembo terikut seekor ayam betina putih.
4830"Diri Bersih Badan Sihat (bhg 1)"2 Disember 2009Vol. 9
Selepas puas bermain, Upin dan Ipin bertemu dengan Susanti yang kembali ke Kampung Durian Runtuh dengan memakai topeng. Susanti mengajak mereka berdua untuk turut memakai topeng sebagai langkah mencegah penyakit. Di rumah, kak Ros pun mengingatkan adik-adiknya agar mandi sebelum makan. Pada hari keesokannya, seluruh tadika bertopeng, tetapi bukan semuanya melitup mulut.
4931"Diri Bersih Badan Sihat (bhg 2)"7 Disember 2009Vol. 9
Upin dan Ipin ditegur kerana memakai topeng lama yang koyak, hanya boleh dipakai sekali sahaja. Ketika waktu makan, walaupun ditegur kerana kurang menjaga kebersihan, Jarjit enggan mencuci tangan, tambahan lagi berani mengutip ketulan ayam yang tercicir di lantai tanpa disedari. Akibatnya, Jarjit sakit perut ketika bermain pada waktu petang, lalu terpaksa berehat di rumah pada hari keesokannya.
5032"Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 4)"8 Disember 2009Vol. 9
Setelah mendengar penjelasan dari gergasi batu, Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan lain-lain pergi ke arah perkampungan orang asli di sebalik gunung berapi walaupun ditegah gergasi itu. Setelah perjalanan mereka dimudahkan oleh gergasi batu secara senyap-senyap, mereka semua berjaya memasuki kubu orang asli. Di sana, Hang Upin dan Hang Ipin perlu mentafsir lakaran sejarah orang asli pada tembok kubu, kemudian memasang kepingan gambar batu bersama yang lain-lain untuk mencari laluan yang tersembunyi.
5133"Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 5)"9 Disember 2009Vol. 9
Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan kawan-kawan berjaya menyiapkan teka-teki gambar untuk membuka laluan, tetapi mereka dihendap oleh seekor labah-labah gergasi. Ketika mereka semua berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri, Ehsan tersangkut pada sarang labah-labah besar yang melekit, lalu yang lain-lain terpanggil untuk membebaskannya sambil menumpaskan labah-labah itu.
5234"Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 6)"14 Disember 2009Vol. 10
Di tengah-tengah malam buta, Nelayan Ijat yang merebut pisang dengan monyet bertembung dengan seorang asli, lalu berkawan sesama. Ketika tidur di keliling unggun api, Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan terjaga oleh hendapan orang asli yang menyedari cerobohan mereka dari dulu. Kebanyakan daripada mereka terselamat kecuali Kapten Jarjit dan si nelayan Dzul yang diheret lalu dihumban ke dalam kurungan orang asli.
5335"Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bhg 1)"15 Disember 2009Vol. 11
Ketika tengah bermain galah panjang, Upin, Ipin dan kawan-kawan tersampuk oleh keluhan Tok Dalang yang kedengaran tidak jauh. Rupa-rupanya Tok Dalang cuba menghalau seekor tupai dari mencuri buah di pokok rambutannya. Apabila ditanya kenapa tidak membiarkan tupai itu sahaja, jelas Tok Dalang, buah rambutan yang tumbuh di pokoknya adalah untuk dijual.
5436"Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bhg 2)"16 Disember 2009Vol. 11
Mail bercadang untuk membantu Tok Dalang menjual hasil tanaman rambutannya. Pada keesokan hari, kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di halaman rumah Tok Dalang sambil menunggu kedatangan kembar itu, lalu cuba memanjat pokok rambutan tersebut, sehingga datangnya Upin dan Ipin dengan sebatang galah buluh yang panjang sekali.
5537"Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bhg 3)"21 Disember 2009Vol. 11
Upin dan Mail bersama-sama memegang galah, tapi sebiji rambutan pun tidak tercapainya. Tok Dalang meminjam galah itu untuk diubahsuai dengan gunting untuk memotong tangkai rambutan. Selepas itu, Tok Dalang dan kanak-kanak bersama-sama mengira hasil petikan rambutan dan membincangkan harga dan tempat jualan rambutan.
5638"Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bhg 4)"22 Disember 2009Vol. 11
Atas pesanan Tok Dalang, Upin, Ipin dan kawan-kawan pergi ke tepi jalan untuk menjual rambutan, tetapi sepanjang berjam-jam menunggu, semuanya yang dilihat ialah kenderaan laju berlalu-lalang tanpa memberi perhatian kepada mereka, sehingga berhentinya sebuah lori yang dipandu oleh Ah Tong yang berminat untuk membeli rambutan mereka, itupun terpaksa tawar-menawar harganya. Selepas selesai berurus niaga, mereka hendak berkongsi pendapatan mereka dengan Tok Dalang, tetapi ditolak.
5739"Sapy Oh Sapy (bhg 1)"23 Disember 2009Vol. 10
Muthu memesan Upin dan Ipin untuk membawa Sapy ke padang rumput untuk makan, memandangkan Rajoo tengah demam, jadi tidak dapat menemani Sapy hari ini. Di tengah-tengah jalan, Upin dan Ipin berehat sebentar untuk bermain kemuncup, tetapi mereka leka bermain terlalu lama sehingga Sapy berasa tersisih lalu enggan berganjak walaupun Upin dan Ipin habis bermain.
5840"Sapy Oh Sapy (bhg 2)"28 Disember 2009Vol. 10
Pujukan Upin, Ipin dan kawan-kawan tidak berjaya menenangkan hati Sapy, sebaliknya Sapy lagi merajuk lalu melarikan diri dengan pentas. Mereka terpaksa menghabiskan sepanjang tengah hari mencari lembu kesayangan Rajoo itu. Lambat-laun. terpaksalah mereka semua berdepan dengan Muthu untuk memberitahu perkara sebenar, tetapi mujurlah Susanti sempat membawa Sapy balik ke tempat asalnya.
5941"Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 7)"29 Disember 2009Vol. 10
Pasangan Hang Upin, Hang Ipin dan lain-lain menyamar dengan memakai topeng-topeng besar dan berwarna-warni yang dipakai oleh orang asli, sebagai langkah penting untuk menyelamatkan Kapten Jarjit dan Nelayan Dzul, biarpun mudah diperhati oleh ratu orang asli yang tinggi. Malangnya, tugas Fizi untuk mengalih perhatian para pengawal lokap sebagai seorang tidak berjaya, maka mereka semua pun ditahan.
6042"Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 8)"30 Disember 2009Vol. 10
Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan semuanya dilantarkan pada sebuah jentera penggeletek yang digunakan sebagai alat soal siasat. Mujurnya Nelayan Ijat dan kawan orang aslinya sempat tampil untuk memberitahu ratu bahawa mereka semua itu ialah kawan-kawannya, jadi dilepaskan jua mereka semua lalu dijemput berjamuan mesra pada waktu malam. Pada keesokan harinya, sekali lagi Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan dimusuhi oleh orang asli kerana Jarjit sempat melarikan harta karun mutiara yang diburu-burunya selama ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saksikan Upin & Ipin : Dan Kawan-Kawan , Les Copaque, 30 Januari 2009. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  2. ^ Waktu Tayangan Siri Baru Upin & Ipin, Les Copaque, 2 Februari 2009. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  3. ^ Masa Siaran Baru Upin & Ipin di TV9, 11 Mei 2009. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  ((

((Mengajar amalan muNI!!!!!!! )

( best !!!!!!!!!!!)