Utrujah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Limau utrujah

Utrujah (Arab: أُتْرُجَّة, rumi: utrujjah) atau etrog (Ibrani: אֶתְרוֹג, jamak: etrogim; Ibrani Ashkenaz: esrog, jamak: esrogim) ialah sejenis limau sitron kuning (Citrus medica) yang digunakan umat Yahudi untuk perayaan Sukkot dan merupakan salah satu daripada empat spesies tumbuhan yang diperlukan selain pelepah pokok kurma (lulav), dahan pokok murad (hadass), dahan dedalu (aravah)—yang digenggam seikat dan dilambai-lambaikan dalam bahagian tertentu sembahyang raya. Memilih etrog perlu dibuat dengan teliti untuk upacara perayaan Sukkot.[1] Pelbagai upacara Yahudi menggunakan pelbagai jenis etrog, mengikut adat mereka atau keputusan posek (semacam mufti) masing-masing.

Buah ini juga disebut dalam hadis Nabi Muhammad sebagai bandingan dengan golongan yang beriman malah membaca al-Quran seperti limau utrujah yang harumnya dan rasanya manis.[2]

Pengistilahan[sunting | sunting sumber]

Perkataan utrujah diserap daripada bahasa Ibrani kededuanya diakar daripada nama Parsi wādrang yang muncul buah kali pertama dalam kitab Wendidad Majusi.[3][4] Antara kata sewarisan berkaitan ialah perkataan Parsi ترنجturunj serta kekata Arami אַתְרוּגָּא‎ ʾaṯruggā dan אתרונגא etronga yang keduanya mengekalkan bunyi sengauan gusi (ditandakan huruf נ nun) dari kata wādrang yang asal.[5][4]

Dalam bahasa Ibrani Moden, etrog diluaskan dalam bahasa moden nama untuk sebarang jenis atau bentuk limau sitron, baik yang sesuai untuk Sukkot mahupun tidak. Sesetengah pakar taksonomi seperti Hodgson dan lain-lain, telah tersilap menganggap etrog sebagai satu jenis sitron tertentu.

Kefahaman[sunting | sunting sumber]

Dalam agama Islam[sunting | sunting sumber]

Sahih Muslim meriwayatkan dalam Bab 37 Kitab Doa - Pengembara jilid 6 Abu Musa al-Asyari melaporkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:[2]

مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الأُتْرُجَّةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ التَّمْرَةِ لاَ رِيحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ لَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ

"Perumpamaan orang beriman yang membaca al-Quran itu seperti limau susu, baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang beriman yang tidak membaca al-Quran pula seperti buah kurma, tidak harum tetapi rasanya manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran pula itu seperti selasih, baunya harum tetapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran itu seperti labu pahit, tidak berbau dan rasanya pahit."

Dalam agama Yahudi[sunting | sunting sumber]

וּלְקַחְתֶּם לָכֶם בַּיֹּום הָרִאשֹׁון פְּרִי עֵץ הָדָר כַּפֹּת תְּמָרִים וַעֲנַף עֵץ־עָבֹת וְעַרְבֵי־נָחַל וּשְׂמַחְתֶּם לִפְנֵי יְהוָה אֱלֹהֵיכֶם שִׁבְעַת יָמִים׃
Pada hari pertama ambillah buah-buah daripada pokok yang baik-baik, pelepah-pelepah pokok kurma, cabang-cabang pokok yang rendang, dan pokok gandarusa di tepi sungai, kemudian bersuka rialah di hadapan TUHAN, Allahmu selama tujuh hari.

— Imamat 23:40, Alkitab Versi Borneo

Walaupun פְּרִי עֵץ הָדָר peri eitz hadar ("buah pokok yang baik-baik") boleh ditafsirkan atau diterjemahkan dalam beberapa cara,Talmud menafsirkan khususnya kepada limau utrujah. Kata hadar sendirinya telah digunapakai merujuk kepada genus Citrus dalam bahasa Ibrani Israel. Nachmanides (1194 – c. 1270) mengusulkan bahawa perkataan itu adalah nama asli Ibrani untuk limau sitron.[petikan diperlukan] Menurut pandangan ini, perkataan etrog telah diperkenalkan sedikit dem isedikit dan diadaptasi daripada bahasa Aramia. Nama Arab untuk buah sitron, itranj (اترنج), yang disebut dalam hadis, juga diadaptasi daripada bahasa Aramia.

Mozek asal Saumaah Maon purba
Mozek asli Saumaah Maon purba (sebelum abad ke-6 M), menggambarkan etrogim di dasar sebuah menorah.
Replika Mozek Maon
Replika Mozek Maon di Saumaah Or Torah. Replika yang serupa ditempatkan di laman Yad Ben Zvi.
Mozek Purba Saumaah Beth Alpha
Mozek Purba Saumaah Beth Alpha, menggambarkan etrog bersama lulav, syofar dan menora.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "In Calabria, rabbis and farmers continue a 2,000-year-old etrog tradition | the Times of Israel". The Times of Israel.
  2. ^ a b "Sahih Muslim 797a - The Book of Prayer - Travellers - كتاب صلاة المسافرين وقصرها - Sunnah.com - Sayings and Teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم)". sunnah.com. Dicapai pada 2024-01-31.
  3. ^ Stetkevych, Suzanne Pinckney (1994). Reorientations: Arabic and Persian poetry. Bloomington, IN: Indiana University Press. m/s. 131–3. ISBN 0-253-35493-5.
  4. ^ a b Moster (2018).
  5. ^ Rinat, Zafrir. "Jerusalem Dig Uncovers Earliest Evidence of Local Cultivation of Etrogs". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-10.