V. David

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat

V. David
Fail:V. David.jpg
Ahli Parlimen
untuk Bangsar, Selangor
Butiran peribadi
LahirSelangor Bangsar, Selangor
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

V. David merupakan ahli politik Barisan Sosialis di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Bangsar, negeri Selangor (1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Pilihan raya 1978[sunting | sunting sumber]

V David beralih kepada parti DAP dan beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Damansara, negeri Selangor dan anggota parlimen Puchong (1986 dan 1990). Beliau bertanding atas tiket DAP menentang parti Barisan Nasional. Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Hussein Onn dan Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Jalan V David[sunting | sunting sumber]

V David banyak berjuang untuk kepentingan pekerja.Beliau merupakan bekas setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan bekas setiausaha agung Kesatuan Pekerja pekerja Pengangkutan (TWU) selama lebih tiga dekad. Banyak kesatuan pekerja swasta dan ladang-ladang bergabung dengan MTUC.

Pada 30 April 2010, Jalan Barat, Petaling Jaya ditukar nama kepada Jalan Dr V. David, bagi mengenang tokoh pemimpin kesatuan pekerja dan wakil rakyat. Penamaan semula jalan ini sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2010.


Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

David meninggal dunia pada 2005 akibat serangan angin ahmar.

Rakannya P. Patto dinamakan untuk Jalan Selibin, Ipoh.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]