Gökhan Inler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gökhan Inler
AUT vs. SUI 2015-11-17 (178).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhGökhan Inler[1]
Tarikh lahir (1984-06-27) 27 Jun 1984 (umur 34)
Tempat lahirOlten, Switzerland
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)[2]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniNapoli
Nombor88
Kerjaya remaja
1992–1998Olten
1998–2002Solothurn
2002–2004Basel
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2004–2005Basel0(0)
2005–2006Aarau25(3)
2006–2007Zürich52(3)
2007–2011Udinese141(6)
2011–Napoli107(8)
Pasukan kebangsaan
2005Switzerland B213(0)
2006Turki B211(0)
2006–Switzerland83(6)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 31 Januari 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 31 Mac 2015

Gökhan Inler (lahir 27 Jun 1984) merupakan pemain bola sepak Switzerland yang kini bermain untuk kelab Napoli di posisi pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Inler memulakan kerjayanya di FC Basel sebelum menyertai FC Aarau. Pada 20 Mac 2005, beliau membuat debut liga ketika tewas 3-2 kepada Grasshoppers.

Pada Januari 2006, beliau telah diikat oleh kelab FC Zürich dan menjadi sebahagian daripada skuad yang menjuarai kejohanan Switzerland 2005–06 dan 2006–07.

Udinese[sunting | sunting sumber]

Musim 2007–08[sunting | sunting sumber]

Inler sertai Udinese pada Julai 2006 dengan bayaran tertutup dan beliau menandatangani kontrak lima tahun. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Udinese ketika menang 2-1 ke atas Torino. Pada 30 Mac 2008, Inler menjaringkan gol keduanya di Serie A dengan menjaringkan gol pembukaan ketika menang 3-1 ke atas Fiorentina. Inler juga membuat hantaran kepada Antonio Di Natale untuk melengkapkan kemenangan. Udinese menduduki tempat ke-7 liga dan layak ke pusingan pertama Piala UEFA.

Musim 2008–09[sunting | sunting sumber]

Pada perlawanan pembukaan musim 2008-09, Inler menjairngkan gol ketiga untuk pasukannya ketika melakar kemenangan 3-1 ke atas Palermo dan beliau membuat hantaran kepada salah satu jaringan Di Natale. Pada 18 September, Inler menjaringkan gol pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala UEFA menentang Borussia Dortmund di Jerman, Udinese menang 2-0. Udinese tewas 2-0 di laman sendiri pada perlawanan kedua dan walau bagaimanapun, Udinese menang 4-3 melalui penentuan penalti. Inler bermain keempat perlawanan kumpulan Udinese dan membantu pasukannya mengutip 9 mata. Pada pusingan 16, Inler bermain menentang kedua-dua perlawanan menentang kelab Rusia, Zenit St. Petersburg, Udinese menang 2-1 pada agregat. Pada suku akhir menentang Werder Bremen, Udinese tewas 3-1 pada perlawanan pertama. Tetapi pada perlawanan kedua, Inler mengejutkan tuan rumah apabila menjaringkan gol dari jarak 25 meter. Udinese akhirnya tewas 6-4 pada agregat dan tersingkir. Gol Inler ke atas Palermo merupakan satu-satunya gol beliau pada perlawanan liga musim ini tetapi beliau membuat tiga hantarak ketika menang 6-2 ke atas Cagliari pada perlawanan terakhir musim. Kemenangan itu sekali lagi meletakkan Udinese di tangga ketujuh liga dan lima mata di belakang A.S. Roma yang merupakan kelab Itali terakhir menempah tiket ke kejohanan Eropah.

Musim 2009–10[sunting | sunting sumber]

Inler melalui pada musim ini dengan sukar apabila prestasi beliau tidak memuaskan berikutan kekalahan Piala UEFA pada tahun sebelumnya. Inler tidak menjaringkan gol pada 33 kemunculan liga dan hanya membuat satu hantaran kepada Di Natale ketika tewas 2-1 kepada Internazionale. Pada 5 Jun 2010, Inler menjaringkan gol ketika bertemu Itali untuk persiapan pasukan kebangsaan menghadapi Piala Dunia FIFA 2010. Kedua-dua pasukan seri 1-1 dan Quagliarella menjaringkan gol untuk juara dunia.

Musim 2010–11[sunting | sunting sumber]

Inler meneruskan aksi teruk pada permulaan musim 2010-11 dengan tewas daripada lima perlawanan pertama mereka. Udinese kemudian menang empat perlawanan berturut-turut selepas enam perlawanan dengan kekalahan. Selepas musim sejuk, Inler membuat hantaran ketika Udinese menang 2-0 ke atas Chievo Verona pada 6 Januari 2011. Pada perlawanan sengit pada hari Ahad seterusnya, Inler membuat hantaran kepada Di Natale ketika seri 4-4 bertemu juara musim lalu, AC Milan. Inler menjaringkan gol pertamanya pada kempen ini ketika menang 3-0 ke atas Cesena. Keputusan ini menandakan Udinese tidak tewas pada tahun 2011 dengan lapan perlawanan dan mara ke tempat keenam liga. Udinese seri pada perlawanan seterusnya menentang Berscia sebelum menang pada perlawanan seterusnya termasuk 7-0 ke atas Palermo. Inler kemudian menjaringkan gol ketika menentang Catania, 2–0. Selepas tewas 2-0 kepada Lecce, Inler meneruskan aksi terbaik beliau dengan menang 2-1 ke atas Napoli. Udinese seri dengan Milan pada 22 Mei dan mengesahkan pasukan mereka menduduki tempat keempat dan merupakan kelab keempat Itali yang menempah tiket ke Liga Juara-Juara.

Napoli[sunting | sunting sumber]

Selepas melakukan aksi terbaik di Udinese dan membantu kelab itu menduduki tempat keempat di Serie A, spekulasi mula memuncak tentang perpindahan Inler. Pada Mei 2011, Inler bersetuju selepas melakukan rundingan dengan SSC Napoli untuk perpindahan pemain Switzerland itu dengan bayaran 13 juta euro. Pada Julai, beliau memakai jersi 88. Beliau membuat debut untuk Napoli ketika menang 3-1 ke atas AC Cesena pada 10 September. Inler membuat hantaran kepada Federico Fernández ketika tewas 3-2 kepada Bayern Munich pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 2 November. Pada perlawanan yang sama, beliau melakukan terjahan dengan Bastian Schweinsteiger yang menyebabkan pemain antarabangsa Jerman itu mengalami keretakan tulang bahu. Pada 7 Disember 2011, Inler menjaringkan gol pertamanya untuk Napoli pada perlawanan terakhir kumpulan Liga Juara-Juara menentang Villareal.

Pada perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Chelsea, Inler berjaya menjaringkan gol pada perlawanan kedua untuk menghantar perlawanan ke masa tambahan. Jaringa lewat perlawanan oleh Branislav Ivanovic telah menghantar Chelsea ke suku akhir dengan kemenangan 5-4 pada agregat. Pada 25 April 2012, Inler membuat dua hantaran kepada Marek Hamsik dan Edinson Cavani ketika menentang Lecce dan berjaya naik ke tangga keempat liga.

Pada 3 Mei 2014, Inler dibuang padang ketika Napoli melakar kemenangan ke atas Fiorentina pada perlawanan akhir Coppa Italia 2014.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Inler bersama Switzerland pada tahun 2008.

Inler bermain untuk pasukan bawah-21 Switzerland dan Turki sebelum membuat debut untuk pasukan kebangsaan Switzerland. Pada 2 September 2006, beliau membuat penampilan pertama antarabangsa bersama skuad senior pada perlawanan persahabatan menentang Venezuela. Beliau telah bermain kesemua perlawanan Switzerland di UEFA Euro 2008 dan pasukan mereka tersingkir di peringkat kumpulan di tanah air sendiri.

Pada 16 Jun 2010, Inler mengetuai pasukan Switzerland untuk menggantikan Alexander Frei ketika melakar kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol pada peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2010. Frei kembali pada perlawanan kedua kumpulan tetapi Inler menjadi kapten pada perlawanan ketiga dengan terikat seri tanpa jaringan bertemu Honduras.

Selepas Frei bersara pada 2011, Inler menjadi kapten pasukan Switzerland dan bermain kesemua perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 sehingga pasukan mereka melangkah ke puisngan 16.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 31 Mac 2015
Pasukan kebangsaan Switzerland
Tahun Kmncln Gol
2006 3 0
2007 10 1
2008 13 0
2009 7 0
2010 12 3
2011 9 0
2012 9 2
2013 7 0
2014 11 0
2015 2 0
Jumlah 83 6

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 22 Mac 2007 Fort Lauderdale, Amerika Syarikat  Jamaica 2–0 2–0 Persahabatan
2 3 Mac 2010 St. Gallen, Switzerland  Uruguay 1–0 1–3 Persahabatan
3 5 Jun 2010 Geneva, Switzerland  Itali 1–0 1–1 Persahabatan
4 12 Oktober 2010 Basel, Switzerland  Wales 3–1 4–1 Kelayakan Euro 2012
5 7 September 2012 Ljubljana, Slovenia  Slovenia 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
6 11 September 2012 Luzern, Switzerland  Albania 1–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2014

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 11 Mei 2014
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Switzerland Aarau
2004–05 14 3 0 0 0 0 14 3
2005–06 11 0 0 0 0 0 11 0
Jumlah 25 3 0 0 0 0 25 3
Switzerland Zürich
2005–06 17 2 0 0 0 0 17 2
2006–07 35 1 0 0 2 0 37 1
Jumlah 52 3 0 0 2 0 54 3
Itali Udinese
2007–08 37 2 3 0 - - 40 2
2008–09 36 1 1 0 12 2 49 3
2009–10 33 0 4 1 - - 37 1
2010–11 35 3 1 0 - - 36 3
Jumlah 141 6 9 1 12 2 162 9
Itali Napoli
2011–12 36 0 5 0 8 2 49 2
2012–13 31 6 2 0 6 0 39 6
2013–14 32 2 5 0 8 2 45 4
2014–15 8 0 0 0 3 0 11 0
Jumlah 107 8 12 0 27 4 144 12
Jumlah kerjaya 326 20 27 1 39 6 393 27

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Inler merupakan keturunan Turki walaupun dilahirkan di Switzerland.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

FC Zürich
Napoli

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 30. Dicapai 25 June 2014. 
  2. ^ http://www.sscnapoli.it/Squadra/Gokhan-Inler

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Alexander Frei
Kapten Switzerland
2011–
Diikuti oleh:
incumbent