Kembang bangkai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Walur)

Kembang bangkai
Bunga walur.
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Genus: Amorphophallus
Spesies:
A. variabilis
Nama binomial
Amorphophallus variabilis
Sinonim[1]
  • Amorphophallus zeylanicus Engl.
  • Arum caeruleopunctatum Zipp. ex Kunth
  • Arum stercorarium Zipp. ex Kunth
  • Brachyspatha variabilis (Blume) Schott

Kembang bangkai, atau turut disebut "walur", "acung" dan "cumpleng" (di Indonesia),[2][3][4] dengan nama saintifik Amorphophallus variabilis ialah spesies tumbuhan renek dalam keluarga talas-talasan (Araceae), tempatan di Jawa, Kepulauan Sunda Kecil dan Filipina.[5] Tumbuhan ini masih bersaudara dengan sarek dan porang, meskipun kurang dimanfaatkan berbanding kededua tumbuhan tersebut.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Tongkol bunga dari dekat

Tumbuhan ini jenis herba dengan umbi; bahagian tampangnya berwarna hijau, coklat, hingga keunguan atau kehitaman, dengan belang-belang menyamai loreng hijau muda, hijau tua, hitam, atau putih, dengan tinggi 0.3-1.5 m. Daunnya satu hingga dua helai, bertangkai 10-100 cm; lai daun 15–100 cm, pecah tiga. Setiap bahagian terpecah lagi dalam lai memanjang atau tetombak, dengan hujung meruncing atau bak ekor.[6]

Bunganya muncul setelah organ tampangnya telah layu dalam tongkol yang berdiri sendiri, bertangkai panjang dan langsing, 2–100 cm, sering berbintil kasar; pada pangkalnya ada beberapa daun pelindung. seludangnya berbentuk segi tiga memanjang, dengan hujung runcing. Tongkolnya 6–46 cm × 1–5 cm; bunga-bunga betina terletak di pangkal, hijau; bunga-bunga jantan pula kuning, dengan ukuran dua kali bahagian betina; bahagian mandulnya dua kali lebih panjang daripada bahagian betina dan jantan, kerap kali beralur atau gepeng, kuning atau ungu.[6] Puncak tongkolnya tidak membulat seperti porang, tetapi memanjang (sehingga dinamakan acung, "menunjuk ke atas").

Berinya berjejal-jejal, berwarna merah jingga dengan satu hingga dua benih.[6]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Umbi walur berwarna kuning dan terasa gatal di mulut apabila dimakan. Umbi ini dapat mengeluarkan benih yang dapat dipisahkan sampaikan pada musim "kebuluran" tahun 1925, masyarakat Hindia Belanda (sekarang Indonesia) memakannya dengan cara dihiris kecil-kecil dan kemudian direbuskan.[perlu rujukan]

Pada masa lalu di wilayah Jogyakarta dan Solo, walur kadang-kadang ditanam oleh orang. Umbinya diparut atau ditumbuk, dan dimasak dalam daun pisang.[7] Meskipun tidak banyak dimakan, umbi walur juga kaya dengan mannan iaitu sejenis karbohidrat yang dapat dijadikan konnyaku.[perlu rujukan]

Daun-daun walur dipakai sebagai makanan ikan kaloi di kolam-kolam. Dahulu, di wilayah Jakarta, daun, tongkol buah, tangkai daun dan buah-buahnya dimasak sebagai sayuran setelah dikikiskan kulitnya.[7]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Lekir, Amorphophallus prainii.
  • Porang, Amorphophallus muelleri.
  • Sarek, Amorphophallus paeoniifolius.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Amorphophallus variabilis". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2022-07-27.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kembang". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 549 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ Dato' Mohd Anim Hosnan (2 Julai 2020). "BEZA PORANG, SUWEG, ILES-ILES & WALUR". Anim Agro Technology. Dicapai pada 2022-07-27.
  4. ^ Jansen, P.C.M.; van der Wilk, C.; Hetterscheid, Wilbert (January 1996). Flach, M.; Rumawas, F. (penyunting). "Amorphophallus Blume ex Decaisne". Plant Resources of South-East Asia. Backhuys Publisher. 9: 45-50. Dicapai pada 2022-07-27.
  5. ^ POWO (2022). "Amorphophallus variabilis (Kunth) Pax". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2022-07-27.
  6. ^ a b c Steenis, CGGJ van (1981). Flora, untuk sekolah di Indonesia (dalam bahasa Indonesia). PT Pradnya Paramita, Jakarta. m/s. 142-3
  7. ^ a b Heyne, K. (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia I: 495-6. Badan Litbang Kehutanan, Departemen Kehutanan. Jakarta. (versi berbahasa Belanda -1922- I:447)