Pergi ke kandungan

Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-11
Menyandang jawatan
28 Julai 2025
Raja Johor Sultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Didahului olehTengku Maimun Tuan Mat
Pengerusi
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Menyandang jawatan
28 Julai 2025
Didahului olehTengku Maimun Tuan Mat
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 9 April 2009
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Syed Hamid Albar
Didahului oleh Tan Chai Ho
Digantikan oleh Abu Seman Yusop
Jelaing Mersat
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
23 Disember 2008 – 9 April 2009
Dalam jawatan
23 Disember 2005 – 22 Disember 2008
Maklumat peribadi
Lahir (1962-11-13) 13 November 1962 (umur 63)
Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik (-2013)
PasanganDatin Seri Utama Intan Baizura Abdul Wahab
Bidang pengkhususanHakim

Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh (lahir 13 November 1962) ialah Hakim dan bekas ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara ke-11 sejak 18 Julai 2025.[1]

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi selama 5 tahun dan 3 bulan, dilantik pada 8 Ogos 2019[2]. Ketika dalam politik, beliau berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal (2005-2008 dan 2008-2009). Beliau merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia bermula pada 19 Mac 2008 sehingga 9 April 2009. Beliau meletakkan jawatan sebagai Senator untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 ekoran kematian penyandangnya Razali Ismail. Walau bagaimanapun, beliau ditewaskan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut. Di peringkat parti beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Beliau telah mengumumkan bersara daripada politik pada tahun 2013[3].

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilahirkan pada 13 November 1962 di Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons) dari University of West London yang diperoleh pada tahun 1985. Tahun berikutnya, beliau memperoleh pula Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Universiti Malaya.[4]

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 2009

[sunting | sunting sumber]

Wan Ahmad Farid Wan Salleh bertanding dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 pada 17 Januari 2009 dan kalah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. Beliau mendapat 30,552 undi berbanding Wahid Endut mendapat 32,883 undi. Seorang lagi calon iaitu Azharudin Mamat @ Adam, yang merupakan calon Bebas hanya mendapat 193 undi. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk Razali Ismail (UMNO/Barisan Nasional).

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[5]
Tahun Parlimen Penyandang Undian Peratus Pembangkang Undian Peratus Buang undi Majoriti Muncul sebagai
2009 P036 Kuala Terengganu Wan Ahmad Farid Wan Salleh (UMNO) 30,252 47.77% Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) 32,883 51.92% 63,993 2,631 79.76%
Azharuddin Mamat (Bebas) 193 0.30%

Darjah Kebesaran

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ [1]
  2. ^ Biodata Hakim
  3. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/24/judge-disqualifies-himself-from-hearing-najibs-suit-against-tony-pua/
  4. ^ Biodata
  5. ^ "Penyata Pengudian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi" (PDF). Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 June 2011. Dicapai pada 18 July 2025. Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
  7. ^ 397 To Receive Awards From Terengganu Sultan. New Straits Times. 21 Mei 1996.
  8. ^ 441 On Sultan's Birthday List. New Straits Times. 29 April 1994.
  9. ^ Bernama (24 Ogos 2025). "Chief Justice leads Melaka Governor's birthday honours list" (dalam bahasa Inggeris). theSun. Dicapai pada 24 Ogos 2025.
  10. ^ Amir Mamat (24 Ogos 2025). "Ketua Hakim Negara ketuai senarai penerima darjah kebesaran Melaka". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2025.
  11. ^ Hidayatidayu Razali (29 September 2025). "KSN dahului 803 terima kehormatan kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan ke-56". Berita Harian.