Mohd Abdul Wahid Endut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Dato' Haji

Mohd Abdul Wahid Endut

DPMT (Terengganu)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Terengganu, Terengganu
Dalam jawatan
26 Disember 2008 – 4 Mei 2013
Didahului oleh Razali Ismail
Digantikan oleh Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Majoriti2,631 (PRU-12)
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Wakaf Mempelam
Dalam jawatan
1990 – 2018
Didahului oleh Mustafa Ali
Digantikan oleh Wan Sukairi Wan Abdullah
Majoriti2,986 (PRU-13)
2,193 (PRU-12)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
1999–2004
Menteri BesarAbdul Hadi Awang
PortfolioPembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna
Butiran peribadi
Lahir (1957-09-29) 29 September 1957 (umur 66)
Terengganu Kuala Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganWan Fatimah Wan Abdullah
Anak-anak9 anak

Dato' Haji Mohd Abdul Wahid Endut adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Terengganu bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Mohd Abdul Wahid Endut dilahirkan pada 29 September 1957 di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Beliau tinggal di Kampung Seberang Baruh Kiri, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu. Wahid mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu kemudian ke Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai pegawai tadbir di UPM, menjalankan perniagaan berasaskan pertanian, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan negeri Terengganu, Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri dari tahun 1999-2004 ketika pemerintahan PAS di Terengganu. Selain itu, pengalamannya dalam parti PAS pernah memegang jawatan Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Penolong Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak tahun 1990 – hingga sekarang dan Ketua Pemuda PAS Terengganu dari tahun 1991-1993.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon Barisan Nasional - UMNO, Othman Awang di DUN Wakaf Mempelam, Terengganu dengan majoriti sebanyak 2,193. Beliau mendapat 9,645 undi berbanding lawannya hanya mendapat 7,452 undi. Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 2,631 undi. Lawan beliau, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hanya mendapat 30,552 undi berbanding beliau mendapat 32,883 undi. Seorang lagi calon iaitu Azharudin Mamat @ Adam, yang merupakan calon bebas hanya mendapat 193 undi.

Beliau mempunyai seorang isteri bernama Wan Fatimah Wan Abdullah (bekerja sebagai Guru (P.K. HEM)) bersama 9 orang anak yang terdiri daripada dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan.

Anugerah dan penghormatan[sunting | sunting sumber]

  •  Terengganu
    • Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) - Dato' (2023)[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "HEBAHAN ISTIADAT PENGURNIAAN GELARAN DAN BINTANG-BINTANG DARJAH KEBESARAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE–61 HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU". Pejabat Setiausaha Negeri Terengganu (Khidmat Pengurusan). 19 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]